Tidak dinafikan saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan kasut larian yang terdapat di pasaran. Setiap satunya menawarkan kelebihan atau ciri teknologi tersendiri yang tidak kurang hebatnya.
Salah satu jenama yang sentiasa menampilkan teknologi kasut larian yang sangat baik ialah adidas. Jenama asal Jerman ini sudah terkenal sejak sekian lamanya menampilkan seleksi kasut larian terbaik yang juga digunakan oleh atlet-atlet profesional.
Terbaru, adidas memperkenalkan kasut SWITCH FWD yang menampilkan teknologi sokongan larian yang cukup mantap.
Perkara pertama yang mencuri perhatian MASKULIN ialah rekaannya yang nampak cukup berbeza berbanding yang aada di pasaran terutamanya pada bahagian midsole dan juga outsole-nya.
Sekali imbas rekaan kasut ini seolah-olah datang dari masa hadapan!
Mula dilancarkan pada hari ini, adidas SWITCH FWD meneruskan aspirasi jenama ini untuk menonjolkan inovasi dan teknologi terbaik dalam memberikan kepuasan maksima kepada pelari-pelari aktif.
Lebih menarik, SWITCH FWD dihasilkan dengan melalui proses rekaan canggih dengan penekanan utamanya pada bahagian midsole yang menggunakan kompaun EVA.
Jika dilihat dari segi rekaan ia menampilkan rekaan yang memberikan kemampuan lantunan ke hadapan dengan baik bagi memberikan anjakan positif ketika larian di lakukan.
Midsole yang kelihatan mempunyai siri lompang dari belakang hingga hadapan midsole betindak menyerap tekanan dan mengelakkan mengubah hentakan graviti kepada pergerakan kehadapan atau FWD.
Kemampuan atau ciri terbaru yang dibawa oleh SWITCH FWD ini secara tidak langsung membangkitkan potensi yang dimiliki oleh pelari dari pelbagai peringkat.
Hasil larian juga dipercayai akan jadi lebih lancar, seronok dan cukup selesa. Dan apa lebih penting kualiti larian juga dapat dipertingkakan dengan baik dari hari ke hari.
Gabungan kompaun EVA yang lembut yang bergabung dengan kemampuan plat TPU pada bahagian tapak memberikan kestabilan dan juga transisi lancar dari bahagian hadapan dan juga tengah kaki ketika larian. Malah ia juga boleh memberikan penjimatan tenaga dengan kelancaran tersebut.
Kehebatan yang ditawarkan oleh SWITCH FWD juga dilaungkan oleh Pengurus Produk Global adidas Running, Mili Seiffert yang berkata, “Kami sentiasa mencari cara inovatif untuk mendefinisikan semula proses rekaan untuk memberikan hasil serta manfaat terbaik buat komuniti larian.
“Mungkin ia kedengaran cukup mudah namun citi-cita untuk mengubah graviti kepada gerakan ke hadapan adalah tidak senang seperti yang disangka. Ini satu kejayaan dan bukti cita-cita kami untuk menberikan yang terbaik dalam penghasilan teknologi kasut larian,” tambanya lagi.
Pada bahagian upper, SWITCH FWD menampilkan mesh upper yang memberikan ‘dakapan’ yang cukup selamat untuk kami. Sokongan yang cukup snug serta jendelan mesh yang diletakkan membuatkan kaki lebih bebas serta memberikan sokongan baik untuk bahagian hadapan dan tengah kaki.
Pada bahagian tapak pula, adidas meneruskan kerjasamanya bersama pengeluar getah berkualiti tinggi iaitu Continental yang memberikan cengkaman baik tidak kira dalam apa jua jenis kondisi cuaca dan permukaan.
adidas SWITCH FWD kini ditawarkan dalam warna primary white/silver violet dengan kemasan lucid lemon untuk wanita manakala primary white/wonder blue dengan kemasan lucid lemon untuk lelaki.
Bersempena dengan pelancaran kasut larian terbaru SWITCH FWD, adidas Malaysia berkerjasama dengan Shokz untuk menawarkan pengalaman larian yang cukup sempurna.
Dijana oleh adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL), acara larian yang bakal dianjurkan turut memberi peluang kepada pengguna untuk merasai sendiri menggunakan Shokz OpenRun Open-Ear Sports Headphone.
Berikut maklumat lanjut acara tersebut:
adidas Runners Kuala Lumpur August City Run
Tarikh: 10 Ogos 2023
Masa: 7 malam hingga 10 malam
Lokasi: Foyer Saloma, Malaysia Tourism Centre (MATIC), KL
Manakala buat ahli adiClub yang melakukan pembelian adidas Switch FWD di antara 27 Julai sehingga 27 Ogos 2023 turut berpeluang memenangi sepasang Shokz OpenRun Open-Ear Sports Headphones. Ia merupakan fon telinga yang bukan sahaja selesa digunakan malah memberikan kualiti audio serta tahap keselamatan ketika larian yang baik.
Buat anda yang berminat menyertai larian di atas boleh mengisi maklumat peribadi di sini. adidas SWITH FWD kini berada di pasaran menerusi outlet, laman sesawang dan juga outlet rasmi adidas di seluruh negara.