Gaya Hidup

adidas Lancar Koleksi Hard Wired Pack, Kasut Bola Dengan Warna Menyerlah!

Share

MASKULIN tahu dalam sebulan dua kebelakangan ini peminat-peminat bola sepak terutamanya liga Eropah pasti berasa dalam kebosanan.

Musim baharu pula hanya akan bermula pada bulan hadapan. Jadi sekarang hampir kesemua peminat dalam keadaan mode merehatkan diri daripada bola sepak. Tapi benarkah begitu?

Bagi kaki bola, musim rehat atau tak itu tak penting. Bola sepak tetap nombor satu di dalam jiwa mereka. Pengenalan musim baru juga menyaksikan setiap jenama pengeluar produk berkaitan bola sepak akan berlumba-lumba memperkenalkan sama ada jersi atau but.

COPA

Antara jenama yang sentiasa maju dengan pelbagai inovasi ialah adidas. Terbaru adidas Football Malaysia memperkenalkan koleksi Hard Wired Pack.

Menerusi koleksi ini adidas menampilkan empat silo but iaitu COPA, PREDATOR, X dan NEMEZIZ. Dan yang menariknya koleksi ini tampil dengan warna yang sangat menyerlah seperti solar green, aqua blue dan magenta.

NEMEZIZ
PREDATOR

BACA: 21 Pemain Bola Sepak Paling Kacak Di Mata Wanita

Warna-warna ini jelas sangat berbeza berbanding ksaut bola kotemporari yang biasanya berwarna hitam.

Koleksi ini juga bakal dipakai oleh pemain-pemain ternama dunia seperti Lionel Messi, Paul Pogbda, Paulo Dybala dan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris yang mewakili Juara Eropah, Liverpool iaitu Mohamed Salah.

X

Kesemua edisi kasut bola ini merupakan yang paling popular di kalangan penggemar but daripada adidas. Selain memberikan keselasaan maksimum buat pemain, penampilan warna terbaru menerusi Hard Wired Pack ini memberi penampilan agresif dan meyakinkan bagi pemakainya.

Koleksi ini akan mula berada di pasaran tempatan bermula pada 23 Julai ini di outlet terpilih di seuruh negara.

Kepada anda yang ingin nampak bergaya saka di atas padang mungkin inilah but yang dicari-cari selama ini!

Published by
Farizul Izwany