adidas Adimatic Bawa Elemen Keselesaan Luar Biasa & Estetika Fesyen Jalanan Versatil [REVIEW]

Share

Gaya lama yang dikembalikan semula dengan nafas lebih baharu. Itulah perkara yang sentiasa berlaku dalam dunia fesyen. Apa yang trendy pada masa kini sebenarnya pernah popular dalam tempoh waktu dahulu.

Sebagai contoh lihatlah dunia sneakers yang semakin hari dilihat semakin besar pengaruhnya dalam dunia fesyen kontemporari. Sama ada gaya streetwear atau lebih kasual, sneakers kini secara konsensusnya telah diterima sebagai item fesyen yang cukup signifikan.

Sejak kebelakangan ini pengaruh dunia skateboard dilihat kembali berpengaruh. Salah satu jenama yang turut menghidupkan kembali sneakers mereka yang pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu ialah adidas.

Walaupun adidas tidaklah terlalu sinonim dengan skateboarding namun sebenarnya mereka mempunyai sejarah yang tersendiri. Baru-baru ini MASKULIN sempat mencuba sendiri adidas Adimatic yang merupakan sneakers skateboarding diperkenalkan pada era 90-an.

Buat generasi yang membesar pada era 90-an pasti cukup kenal dengan adidas Adimatic yang kini diperkenalkan semula. Rekaan yang ‘dikorek’ semula dari arkib luar biasa dimiliki jenama sinonim dengan tiga jalur, adidas Adimatic hadir dengan sebuah ilham sneakers yang bukan sahaja tahan lasak malah mempunyai penampilan yang cukup versatil dan sesuai digayakan dengan pelbagai outfit.

KELEBIHAN

Salah satu mengapa sneakers skateboarding cukup popular walaupun bukan di kalangan penggemar sukan lasak tersebut ialah tahap keselesaan yang ditawarkan. adidas Adimatic hadir dengan perlindungan yang cukup baik dari hujung kaki hingga ke tumit.

Ia juga lebih ‘bulky’ berbanding sneakers biasa menjadikan ia nampak lebih menonjol apabila disarung di kaki. Memakai kasut ini seharian melakukan tugas di pejabat dan juga aktiviti luaran juga tidak mendatangkan sebarang masalah.

Seperti kasut skate yang lain ia turut mempunyai kemampuan menyerap tekanan dengan baik. Itu juga salah satu sebab mengapa sneakers ini cukup selesa dipakai walaupun sepanjang hari.

Pada bahagian upper ia dilengkapi dengan kulit suede dan kanvas yang hadir dengan tiga jalur cukup menonjol.

Selain itu kasut ini juga mempunyai grip yang cukup baik dengan bahagian midsole-nya lengkap dengan corak unik ‘zig-zag’ yang menjadi identiti menonjol adidas Adimatic. Buat anda yang memiliki kaki yang lebar juga tidak perlu risau.

ESTETIKA REKAAN

adidas Adimatic hadir dengan rekaan lebih lebar terutamanya pada bahagian hadapan dan hujung jari. Estetika rekaannya juga menjadikan ia tidak sukar untuk digayakan dengan apa jua jenis seluar atau outfit.

Sebagai contoh ia cukup cocok dengan penampilan bersama seluar kargo, chino, skinny jeans mahupun seluar pendek paras lutut. Buat mereka yang cenderung ke arah streetwear pasti menyukai estetika yang dibawa oleh sneakers yang merentasi zaman dan generasi ini.

Sebagai seorang yang bolehlah dianggap sebagai ‘sneakerhead’, penulis mendapati adidas Adimatic yang lengkap dengan insole nipis yang dipadankan dengan tapak tengah yang lebar menjadikan ia sebagai kasut cukup ‘lembut’ dipakai. Jadi tidak timbul masalah sakit kaki walaupun dipakai seharian. Talinya yang lebar juga memberikan penampilan lebih ‘tough’ dan ‘rugged’.

Manakala reka bentuk ‘tongue’ yang lebih lebar dan tebal juga cukup menarik. Dengan padding yang tebal ia memberikan perlindungan maksima pada bahagian tengah kaki. Dari segi pemilihan siaz boleh kekal dengan ‘true-to-size’ kecuali buat anda yang lebih suka sensasi loose bolehlah tambah setengah saiz ke atas.

EKSKLUSIF

adidas Malaysia kini menawarkan dua model ekslusif yang hanya boleh di dapati di Atmos Sunway Pyramid sahaja iaitu adidas Adimatic Puprle, RM569 dan adidas Adimatic Xlarge, RM489.

Lebih menarik adidas Malaysia dan Atmos bakal memberikan hadiah yang cukup menarik berupa skate deck ekslusif yang direka oleh Jefr. Skate deck ini merupakan kolabrasi istimewa bersempena pembukaan outlet Atmos di Sunway Pyramid baru-baru ini. Sebanyak dua jenis rekaan skate deck yang dihasilkan dengan setiap satunya menjadi rebutan pengumpul.

Jefr merupakan seorang penulis dan ilustrator yang cukup berpengaruh dengan seni berdasarkan grafiti. Dikenali sebagai seorang penulis grafiti, Jefr merupakan artis ‘self-taught’ yang memnpunyai pengalaman luas sejak tahun 2012.

Jika anda ingin miliki skate deck ini bolehlah dapati sama ada adidas Adimatic Xlarge atau adidas Adimatic Purple hanya di Atmos Sunway Pyramid sekarang sementara stok masih ada.

Rating MASKULIN: 4/5

Published by
Farizul Izwany Ibrahim