Jenama sukan dan fesyen yang sinonim dengan ‘tiga jalur’, adidas sekali lagi menampilkan kemunculan adiClub Days untuk tahun ini. Sama seperti edisi terdahulu, ia bukan sahaja memberikan pengalaman luar biasa dan penuh gaya kepada ahli-ahlinya tetapi pelbagai tawaran menarik
Bermula 19 September hingga 2 Oktober 2024, para ahli adiClub dari Level 2 hingga Level 4 boleh menikmati pelbagai ganjaran eksklusif, seperti akses kepada produk terbaharu, hadiah menarik dengan setiap pembelian.
Meraikan adiClub Days pada tahun ini, adidas Malaysia turut ,engadakan acara kemuncak ‘adiClub Summer of Sports’ yang berlangsung pada 21 September yang lalu di The Courts, KLGCC.
Acara yang berlangsung selama etengah hari tersebut menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang disertai bersama-sama ahli adiClub bersama beberapa pempenaruh yang terkenal.
Ia dimulakan dengan Larian Komuniti bersama adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) dan diikuti dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pickleball, padel, yoga, dan spin.
Para peserta yang mengambil bahagian diberi pilihan melakukan sehingga dua sesi sukan berbeza untuk icuba sambal berpeluang merasai pengalaman baharu atau mengasah kemahiran mereka.
Ads
Selepas seharian bersukan, peserta akan diraikan dengan afterparty yang penuh semangat, menampilkan set DJ eksklusif oleh MJ (@mjisvicious).
Lebih menarik lagi, ahli juga boleh mendapatkan perkhidmatan personalised shoe customisation di stesen Style Your T-Toe oleh Made For You, di mana mereka boleh memilih tali kasut dan aksesori untuk mencipta gaya tersendiri.
Ads
Ganjaran Eksklusif
Bagi ahli yang berbelanja minimum RM499 di kedai terpilih atau dalam talian sepanjang tempoh adiClub Days, mereka berpeluang untuk memenangi adiClub Pro Pass. Pemenang akan mendapat pakaian adidas bernilai sehingga RM700 setiap bulan selama enam bulan.
Selain itu, dari 25 September hingga 2 Oktober, ahli yang memenuhi syarat pembelian juga layak untuk menebus penyegar kereta dan voucher 20% di kedai terpilih atau topi percuma untuk pembelian dalam talian.
adiClub Days kali ini adalah lebih daripada sekadar ganjaran; ia adalah simbol komitmen adidas dalam mencipta pengalaman yang unik, berlandaskan gaya hidup dan sukan.
Ads
Dengan acara eksklusif seperti adiClub Summer of Sport, adidas membuktikan bahawa mereka bukan sahaja sebuah jenama sukan, tetapi juga platform gaya hidup yang sentiasa mendekati komuniti mereka dengan penuh inovasi.
Bagi yang belum menjadi ahli, sekarang adalah masa terbaik untuk mendaftar dan menikmati pelbagai faedah adiClub, termasuk diskaun 15% untuk pendaftaran baharu, akses awal kepada produk terbaharu, serta peluang untuk menyertai pengalaman-pengalaman eksklusif yang akan datang.
Layari laman sesawang adidas Malaysia untuk pelbagai tawaran yang menarik sepanjang adiClub Days.
Daftar sekarang dan saksikan bagaimana adiClub mengubah cara anda berinteraksi dengan dunia sukan dan gaya hidup!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lumrah manusia. Yang gemuk nak kurus dan yang kurus pula nak naikkan berat badan.
Mungkin ramai memandang remeh akan masalah yang dialami oleh lelaki yang memunyai berat badan yang kurang. Sebenarnya mereka juga berdepan dengan masalah yang lebih kurang sama dengan obesiti.
Selain memberi kesan terhadap fizikal, keyakinan diri juga terjejas teruk dengan kondisi mereka. Jadi antara dilema utama yang dihadapi oleh insan yang berbadan kurus ialah bagaimana untuk menambah berat badan.
Mungkin anda dah lakukan macam-macam dan berusaha tapi masih tak berhasil. Terlebih dahulu anda jangan salahkan diri sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolism yang berbeza.
Bagi anda yang kurang berat badan mungkin anda boleh cuba teknik yang MASKULIN kongsi di bawah.
ELAK MAKANAN BERLEMAK & BERGORENG
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
PROTEIN, KARBOHIDRAT & SERAT
Bekalan protein sangat penting untuk anda membina otot. Oleh itu pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.
Sumber dari karbohidrat juga penting untuk bekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
BERSENAM
Jangan ingat anda kurus tapi boleh skip bersenam ya! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu. Dan ambil masa selama 10- 15 minit sahaja.
Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
REHAT & TIDUR YANG CUKUP
Pastikan anda dapat rehat yang menukupi. Pastikan anda sekurang-kurangnya tidur 7 atau 8 jam sehari bagi membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan salahkan genetik atau keturunan jika anda tergolong di dalam kelompok yang berkepala botak. Walaupun ramai yang mengaitkan masalah ini akibat keturunan, faktor lain juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Terdapat kajian dari sekumpulan penyelidik Perancis yang diketuai oleh Dr Philippe Giraud, iaitu penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris, bahawasanya lelaki yang mula botak diawal 20 tahun dikatakan berisiko atau petunjuk awal kanser prostat.
Berbanding lelaki yang mula botak di usia 30 ke atas, masalah botak adalah dianggap biasa kerana faktor genetik, pemakanan dan stres kerana pekerjaan. Walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih, tetapi ia boleh dianggap satu masalah yang besar kerana jika tidak dibendung, selama-lamanya anda tidak mempunyai rambut. Selain faktor genetik, penggunaan bahan kimia di dalam produk seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Pemakanan yang tinggi MSG (monosodium glutamat), masalah kulit kuat berpeluh, berminyak dan banyak fikir turut menyumbang kepada keguguran rambut.
Botak seksi? Mungkin kenyataan itu ada kebenarannya. Ramai lelaki botak ternyata mempunyai tarikan yang luar biasa.
1. Lelaki botak lebih kemas
Memiliki rambut tetapi kalau gugur pun boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu ‘serabut’ dengan masalah ini. Tidak perlu risau pada rambut yang gugur merata-rata sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang keliling. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan. Ini kerana mereka tidak perlu ‘ribut’ dengan gel rambut dan sebagainya.
2. Lelaki botak kelihatan lebih sasa
Bruce Willis, Vin Diesel, Jason Statham, dan Samuel L. Jackson semua aktor Hollywood ini nampak lebih sasa setiap kali beraksi dengan gaya lelaki botak atau rambut pendek berbanding lelaki-lelaki yang mempunyai rambut panjang atau diikat. Pelakon botak sering diberi peranan hero dalam filem-filem aksi atau superhero.
3. Botak simbol kedewasaan
Kebanyakan lelaki botak menampakkan fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Ini mungkin kerana semakin kurang rambut atau botak seorang lelaki itu, semakin jelas identiti gendernya dibandingkan lelaki berambut panjang atau kerinting. Memang secara logik sebenarnya tidak terlalu ada kaitan mengenai potongan rambut dengan kematangan, namun lelaki botak nampak tidak ‘main-main’ dan bertanggungjawab.
4. Lelaki botak tidak cerewet dengan penampilan
Biasakan melihat lelaki yang ‘pantang’ jumpa cermin asyik mahu membetulkan rambut sahaja? Sama juga seperti wanita, lelaki berambut akan terdorong untuk sentiasa memeriksa dan membetulkan rambutnya takut kusut. Beza dengan lelaki botak yang tidak perlu risau hal itu. Kebiasaan dengan kepala yang tidak banyak perawatan, mereka cenderung memilih hal yang ringkas dan tidak cerewet dengan penampilan.
5 . Rambut yang sedikit Menyerlahkan ‘Aset’ Yang Lain
Dengan rambut yang sedikit atau botak, anda lebih mudah melihat ekspresi mereka. Matanya, senyumnya, raut wajahnya, sehingga mampu dilihat dengan jelas bahasa tubuh dan apa yang dia bicarakan.
6. lelaki Botak Lebih Percaya Diri
Dengan kepala yang tanpa beban, gaya dandan yang ringkas dan personaliti yang lebih dewasa, mereka tampak lebih percaya diri. Lelaki botak punya percaya diri yang tinggi dan itulah yang membuat mereka nampak lebih seksi!
RAWATAN
Terpulang pada anda jika anda sanggup untuk berhabis wang ketika mengunjungi pusat pakar rawatan rambut. Setakat ini, Malaysia ada menyediakan rawatan menanam rambut (hair transplant) di mana teknik pembedahan kecil dilakukan. Doktor akan membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk mengambil rambut dan kemudian dijahit semula. Rambut yang diambil tadi akan diproses sebelum ditanam di kulit yang tiada rambut.
Namun, jika anda mahukan rawatan yang lebih selesa dan tidak menyakitkan, anda perlu rajin menjaga kesihatan kulit kepala. Guna syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Pengambilan makanan yang berkhasiat juga perlu diambil kira kerana sumber makanan membantu kulit kepala mendapat protein. Kaedah mengurut kulit kepala dan mengelakkan stres juga boleh membantu anda dari terus keguguran rambut.
PETUA
Tidak ada salahnya jika anda mahu mengikuti petua orang dulu-dulu untuk menyubur dan melebatkan rambut. Air bawang merah, bawang putih atau halia boleh disapu ke kawasan kulit kepala dan dibiarkan semalam untuk menyuburkan rambut. Daun bunga raya yang ditumbuk hancur pula boleh melebat dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Daun inai juga dikatakan boleh menguatkan akar rambut di samping melebatkan rambut yang nipis.
Biar apa pun punca dan kaedah rawatan yang anda ikuti, semuanya terpulang kepada tahap kerajinan anda. Jika anda bersungguh-sungguh mengikuti rawatan dan petua yang diberikan, ia mungkin membawa berita baik. Percaya atau tidak, lelaki berkepala botak kini bukan lagi insan tersisih sebaliknya semakin laris ‘di pasaran’!
Punca Masalah Lelaki Cepat!
1. Tekanan
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
2. Corak kebotakan rambut lelaki
Walaupun ada banyak sebab berbeza mengenai keguguran rambut, tetapi ada juga faktor yang kita tidak boleh kawal. Corak kebotakan rambut lelaki, atau lebih dikenali dalam perubatan sebagai androgenetik alopecia, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
3. Ikat rambut terlalu ketat
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
4. Trichotillomania
Trichotillomania adalah nama yang diberikan kepada kebiasaan mencabut atau menarik rambut dari kepala atau bahagian badan yang lain. Walaupun masih tidak jelas sama ada Trichotillomania perlu diklasifikasikan sebagai satu tabiat atau sebagai gangguan obsesif-kompulsif, tetapi hasil akhir adalah sama. Lama kelamaan, banyak kawasan yang menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat dihentikan, rambut biasanya akan tumbuh semula, tetapi dengan tabiat Trichotillomania yang berlebihan dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membawa kepada kehilangan rambut kekal.
5. Hipotiroidisme
Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian hadapan leher di bawah kotak suara. Ia memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pengeluaran pelbagai hormon. Hipotiroidisme adalah kurangnya pengeluaran hormon tertentu dan adalah punca yang paling biasa kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan yang dikenali sebagai alopecia areata (yang boleh menjejaskan seluruh badan dan bukan hanya kepala). Hipotiroidisme adalah disebabkan oleh kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun atau pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.
6. Penyakit autoimun
Jika anda mempunyai diabetes atau mempunyai artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun yang timbul apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut dan penyelenggaraan yang lain, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut pelbagai jenis, termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) danTelogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu).
7. Jangkitan kuman
Walaupun beberapa jenis jangkitan boleh membawa kepada keguguran rambut, jangkitan yang paling biasa yang memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tinea capitis, adalah disebabkan oleh kulat dipanggil dermatophytes yang hidup di dalam keadaan yang panas, lembap dan biasanya muncul di tempat yang kotor. Jika anda suka memakai topi atau menutup rambut anda, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat/kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.
8. Kemoterapi
Sel-sel kanser biasanya membahagi dan berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Apa yang menyebabkan kemoterapi begitu berkesan dalam menghentikan kanser adalah bahawa ia menghentikan sel-sel yang berkembang pesat. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan yang berkembang pesat juga seperti di folikel rambut. Walaupun terdapat mitos kanser di luar sana, keguguran rambut secara kekal selepas kemoterapi adalah tidak tepat. Kehilangan rambut boleh berlaku secara beransur-ansur atau dengan cepat, bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
9. Kurang zat/vitamin
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perut boroi dan paha bergesel merupakan antara perkara yang setiap orang ingin elakkan. Selain senaman, pemakanan juga harus dijaga. Barulah anda boleh jauhi berlakunya perut boroi dan paha bergesel.
Bukan sahaja demi kesihatan, anda juga pasti tidak selesa miliki perut boroi sehingga sendat untuk memakai baju. Apatah lagi bila paha bergesel, akan menyukarkan pergerakan harian anda.
Selain melakukan senaman secara rutin, pemakanan juga harus dijaga jika anda ingin elak masalah perut boroi dan paha bergesel. Ini merupakan antara 8 jenis makanan dan minuman yang anda perlu elak dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
1. Produk kaya tepung
Roti putih dan produk dengan kandungan tepung yang diperkaya adalah antara makanan yang perlu anda elak. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, belilah roti penuh gandum dan pasta.
2. Minuman di kedai kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan harian mereka dengan minum kopi. Sama ada kopi o atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan minuman kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesanlah kopi o kosong dan tambahkan dengan sedikit susu, krimer atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
3. Minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat manis dan bersifat ketagih. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air ini.
Anda perlu tahu bahawa, minuman berkarbonat hampir tidak mempunyai khasiat pun. Jadi ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Ambillah air masak dan jus buah-buahan segar jika anda memerlukan gula.
4. Makanan atau minuman pek segera (instant)
Kebanyakan makanan pek segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi dan sangat tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula dan krimer ke dalam badan anda, sekali gus boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penting untuk anda elak kerana kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Atau setidak-tidaknya kawal pengambilan makanan dan minuman ini.
5. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan kandungan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
6. Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng menggunakan mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, goreng sendiri makanan tersebut agar anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikannya dengan resipi anda.
7. Makanan segera
Siapa yang tak suka makan burger dan kentang goreng kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak, malah jarang-jarang ia mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1-2 kali sahaja setiap bulan.
8. Snek buah-buahan
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah-buahan yang segar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambahkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan, namun snek seperti ini mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semula jadi dan segar daripada anda ambil snek buah-buahan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.