Adi Putra Pelajar Genius Luangkan Masa Dengan Hafaz Quran

MAJU MELANGKAH

Diam-diam ubi berisi perumpamaan ini memang kena sepadan dengan anak muda yang baru menjangkau usia 19 tahun ini, bergelar siapa dirinya hari ini bukanlah satu impian yang pernah tergambar di benak fikiran sebelum ini. Ternyata, tempoh 13 tahun yang dilalui semakin mematangkan anak muda ini. Sehingga kini, Adi Putra sudah pun bergelar usahawan muda dan giat menjalankan perniagaannya sendiri yang terdiri daripada servis dan penjualan produknya tersendiri iaitu produk minda Adi-Q.

Adi Putra mendapat pendidikan tidak formal di rumah sejak sedekad yang lalu selepas mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak sambil menyifatkan sistem pendidikan yang diterima pada waktu itu tidak menepati dan bersesuaian dengannya.

“Adi bukan berdiam diri dalam beberapa tahun ini tapi mungkin disebabkan keluarga Adi berpindah ke Tanjung Malim dan Adi juga banyak fokus menjadi penceramah dalam pelbagai program ilmiah atas jemputan sahaja. Benar, saya hanya belajar di rumah, saya gunakan sepenuh masa dan peluang itu untuk memantapkan kemahiran lain termasuk menghafaz Al-Quran serta belajar bahasa, katanya yang petah berbicara setiap kali perbualan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris.

Ads

Selain itu, Adi kini juga mengeluarkan produk minda hasil dari formula Adi sendiri. Produk minda ini sebenarnya sudah lama tetapi kami baru sahaja berikan nafas baru dari segi rekaan dan sebagainya. Oleh itu, ujar Adi besar harapannya agar rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepadanya.

 Adi Putra Pelajar Genius Luangkan Masa Dengan Hafaz Quran

Ads

IDEALOGI GENERASI Y DAN THE POWERS OF SOCMED

Trend gaya hidup masa ini yang lebih berteraskan teknologi termaju dan deras aliran media sosial yang semakin berkembang mendesak kita khususnya generasi baharu untuk berubah dan sentiasa mentransformasikan diri demi mencipta sesuatu yang ‘extraordinary’. Menelusuri aliran generasi baharu kini nyata lebih drastik dalam menerima sesuatu perubahan dan ia merupakan perkara yang positif dari aspek kepimpinan yang pada hari ini yang kian bersifat terbuka. Kebebasan berbicara dan melontarkan pendapat serta pandangan tentang isu-isu semasa dari pelbagai aspek mendorong generasi baharu untuk progresif dalam berfikir dan inovatif dalam mencakna pemikiran serta idea yang lebih meluas. Namun, kebebasan ini punya had bersandarkan kepada teori komunikasi ‘peluru’ yang membawa pengertian dominasi media massa terhadap mereka yang menerima sesuatu suntikan maklumat secara terus tanpa tapisan khususnya golongan muda.

Ads

“Namun kini juga kita melihat generasi muda juga sudah berani menonjolkan diri dan bersuara lantang tentang apa yang mereka mahukan pada diri sendiri, negara dan agama. Bagi Adi ia sesuatu yang sangat baik, apabila anak muda mula bersuara terutamanya di media sosial namun jangan dilupakan kesan positif juga negatifnya. Hal ini kerana teknologi dan media sosial mempunyai kuasa tanpa batasan jika tidak dikawal. Perlu ada batas dan tatasusila bila bersuara kerana kita rakyat Malaysia dan orang Melayu terutamanya terkenal dengan tinggi budi pekertinya dan adabnya di mata dunia.

Golongan muda perlu tampil ke hadapan dan perlu bersifat proaktif serta jangan lepas tangan terhadap tanggungjawab yang harus dipikul sebagai ahli dalam keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Segala maklumat yang disampaikan kepada mereka haruslah diperiksa sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan lantaran bertindak secara efisien. Jangan terima bulat-bulat sesuatu berita kerana ada yang benar dan ada yang tidak benar. Kebergantungan golongan muda terhadap media sosial pada hari ini dilihat secara total dan kadangkala ia sangat membimbangkan jika tidak digunakan dengan bijak.

Biar membuat keputusan berasaskan kepada fakta. Lantaran selepas membuat keputusan ia harus disertai dengan tindakan tanpa mengharapkan pihak lain untuk melaksanakannya. Jangan lepaskan hak yang ada dalam genggaman tangan generasi muda, kerana hak demokrasi itu bukan sekadar mengundi. Saya melihat banyak salah faham tentang demokrasi dalam kalangan masyarakat kita khususnya golongan muda. Hak bersuara adalah demokrasi dan hak kebebasan media juga adalah demokrasi. Prinsip demokrasi itu adalah cukup luas. Tindakan untuk memastikan kerajaan bertindak secara amanah juga adalah tuntutan demokrasi di samping NGO yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan fungsi demokrasi yang nyata di Malaysia.”

DAPATKAN MAJALAH MASKULIN EDISI JULAI 2018 DI PASARAN.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI