Menjadi selebriti sememangnya meletakkan imej mereka pada pandangan masyarakat. Dan tidak ada perkara yang lebih baik melainkan meletakkan imej itu kepada sesuatu yang bermanfaat. Itulah yang dilakukan oleh pelakon sensasi cukup popular, Datuk Adi Putra yang dilantik menjadi duta kepada sebuah institute pengajian tinggi swasta.
Memetik dari hantaran TikTok dan laporan dari Kosmo, Adi Putra dilantik menjadi duta International College of Management and Sports pada 27 Julai 2024 yang lalu.
Adi Putra atau nama penuhnya Mohamed Hadi Putera Halim melahirkan rasa syukur dan berterima kasih. Ini kerana IPTS tersebut yang melantiknya memberikan kepercayaan kepadanya.
Dalam pada masa yang sama Adi turut melafazkan janji menjalankan tugas sebagai duta dengan baik.
Ads
“Alhamdulillah syukur, terima kasih diucapkan atas pelantikan saya sebagai ICMS Star Ambassador International College of Management and Sports.
“Insya-Allah amanat ini saya laksanakan sebaik mungkin demi masa depan para pelajar,” jelasnya dalam satu hantaran di aman Tik Tok.
Dalam hantaran yang sama, pelakon filem ‘Mat Kilau’ itu turut berkongsi foto dia menerima pengiktirafan tersebut dengan memakai jubah graduasi pada Majlis Graduasi ICMS kali ke-12.
Semoga pengalaman luasnya dalam industry hiburan erta persona pengaruh yang dibawa olehnya mampu memberikan impak positif kepada anak bangsa. Tahniah bhuat Adi Putra dari team MASKULIN!
@adpadiputra Alhamdulillah Wa Syukurilah, Terima kasih diucapkan @ICMS atas perlantikan saya sebagai ICMS STAR AMBASSADOR INTERNATIONAL COLLEGE OF MANAGEMENT AND SPORTS. InsyaAllah Amanat ini saya laksanakan dengan terbaik demi masa depan untuk para-para Pelajar. #taatpadayangsatu#adiputra#icms♬ Thank You Allah – Maher Zain
Ads
Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced). Namun pelantikan tersebut turut mengundang perdebatan ramai apabila kelayakannya dipertikai.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat lihat ramai usahawan yang berjaya dan murah hati berbondong-bondong membuat kerja amal jariah dan bersedekah.
Di antara golongan yang sering diraikan ialah pelajar-pelajar tahfiz dan juga anak-anak yatim.
Mengambil peluang sempena bulan Ramadan, pasangan selebriti dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah meraikan pelajar tahfiz dan anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Anak yatim merupakan golongan yang cukup istimewa buat Aeril Zafrel kerana dia sendiri turut kehilangan kedua ibu bapa pada usia remaja. Jelasnya tiada apa lebih bermakna selain dapat berkongsi rezeki dan kasih kepada mereka.
“Majlis Raikan Ramadan 2024 ini memang sudah lama kami rancang dan pasang niat nak raikan lebih ramai anak-anak yatim dan tahfiz bagi tahun ini.
“Mengapa tidak untuk meraikan mereka dengan sama-sama berkongsi rezeki. Apatah lagi pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semua orang layak untuk rasa gembira dalam menantikan hari raya,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Media Hiburan.
Selain dijamu dengan pelbagai juada dan juga sumbangan duit raya, majlis anjuran syarikat mereka, Wawa Cosmetics turut memberikan beg sekolah buat anak-anak yatim dari Pertubuhan Warisan Suci dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi serta pelajar tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan dan Kesihatan Nur Nasari.
Kesantunan pasangan ini meraikan anak yatim dan pelajar tahfiz turut menyentuh hati warganet terutamanya pengikut mereka di laman media sosial.
“Pertama kali nampak orang kaya yang betul-betul raikan anak-anak.. bukan dikerah buat persembahan itu ini kemudian makan dipenjuru-penjuru sambil VVIP yang makan enak-nak di meja tanpa rasa insaf.” jelas satu komen di Instagram Aeril Zafrel.
Malah ramai memuji pasangan ini yang tidak kekok dan menyantuni mereka dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
Pada majlis tersebut juga, Wawa Cosmetics turut melancarkan produk mereka, advance moisturizer dan cleansing oil yang hadir menerusi set ‘Love Your Skin.’
Semoga kita semua turut terinspirasi dari Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal untuk terus menyumbang bakti kepada golongan kurang bernasib baik.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita selalu mendengar bahawa perempuan dinasihatkan untuk mengelak diri mereka daripada jatuh cinta terhadap lelaki kacak demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa curang dan kecewa di kemudian hari.
Tapi sebenarnya bukan semua lelaki kacak itu sebenarnya bersifat buaya dan akan mengakhiri hubungannya disebabkan orang ketiga. Rasa cinta itu lahir dari dalam, bukannya berasaskan rupa luaran semata-mata.
Buktinya, 10 orang pelakon terkenal dan kacak ini telah berjaya mempertahankan perkahwinan masing-masing untuk tempoh yang cukup lama.
Lionel Messi
Saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga. Salute! Tahun Perkahwinan : 2017
Denzel Washington
Sebagai seorang suami yang berjaya mempertahankan perkahwinannya untuk bertahan selama 4 dekad, pelakon filem Flight & The Equalizer ini kekal bersama isterinya, Pauletta Pearson. Mereka bertemu di set penggambaran filem Wilma pada tahun 1977 dan sejak itu memiliki empat orang anak yang sedang mengikut jejak langkah Denzel. Tahun Perkahwinan : 1983
Dato’ Rosyam Nor
Mereka sememangnya sweet! Dato’ Rosyam Nor mengahwini teman wanitanya, Runika Mohd Yusoff pada waktu beliau baru 3 tahun bertapak dalam industri seni dan membuktikan bahawa status sebagai pelakon lelaki yang sudah berkahwin tidak sesekali akan merudumkan kerjaya seni sesiapa. Sehingga kini, mereka telah dikurniakan 5 orang anak perempuan. Tahun Perkahwinan : 1989
Tim McGraw
Oh such country sweethearts! Duo hebat dalam industri muzik Country iaitu Tim McGraw dan Faith Hill bertemu semasa sama-sama menjayakan jelajah konsert Spontaneous Combustion pada tahun 1996 dan terus berkahwin pada tahun yang sama! Sejak itu, masing-masing tidak dapat menidakkan rasa kasih sesama mereka selama 25 tahun dan kini mempunyai 3 anak perempuan. Tim dan Faith masih aktif berkolaborasi dan pernah melancarkan album bersama berjudul The Rest of Our Life. Tahun Perkahwinan : 1996
Hisyam Hamid
Wajah kacak Hisyam yang menghiasi skrin televisyen Malaysia dan Singapura sering membuatkan ramai orang percaya dia seorang yang masih single. Namun memasuki 2021, Hisyam dan isterinya Rosmawati Hanafi telahpun mempertahankan perkahwinan yang dibina selama 15 tahun!
Ada masanya, Hisyam mengakui hubungan mereka diuji. Dia lebih selesa duduk berbincang dengan isteri berbanding mencari pertolongan orang lain. Tahun Perkahwinan : 2006
Kevin Bacon
Tiga tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap, namun pasangan selebriti Kevin Bacon dan Kyra Sedwick berjaya mengharungi segala cabaran sebagai pasangan. Menariknya, pada mulanya Kyra tidak begitu tertarik dengan Kevin setelah mereka berlakon bersama-sama menerusi filem Lemon Sky. But hey, love is blind.
Kevin pernah berkongsi tip bersama majalah People berkenaan rahsia mereka berdua masih bersama. “Dia tidak bersifat kompetitif apabila melihat graf karier saya. Kami sama-sama adalah pelakon tetapi kami tidak cuba untuk bertanding. She takes my successes as hers; I am the same way.” Tahun Perkahwinan : 1988
David Beckham
Okay, ‘Power Couple’ ini pernah berdepan dengan pelbagai skandal termasuklah satu dakwaan bahawa David pernah mencurangi Victoria sekitar tahun 2004. Ingat lagi dengan bekas pembantu peribadi David, Rebecca Loos?
Namun, masing-masing belajar daripada insiden yang hampir meruntuhkan rumah tangga mereka itu dan sehingga kini, Posh dan Becks masiih bertahan selama lebih 22 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Malah, David juga dikatakan cukup sentimental dan masih menyimpan tiket penerbangannya di mana tercatat nombor telefon yang diberikan oleh Victoria. Tahun Perkahwinan : 1999
Won Bin
Banyak sebenarnya selebriti kacak dari Korea Selatan yang telah memilih untuk berkahwin seperti Rain, Yeon Jung Hoon, Taeyang Big Bang, Lee Sang Woon dan ramai lagi. Namun kami merasakan perkahwinan pelakon popular, Won Bin kepada Lee Na-young setelah 3 tahun bercinta adalah sesuatu yang istimewa.
Masing-masing lebih selesa untuk menjaga privasi hubungan mereka. Won Bin juga sudah lama tidak muncul dengan projek baru sejak memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik bagi filem The Man From Nowhere dan dikatakan menolak peluang membintangi produksi K-drama premium pada tahun lalu. Namun dia masih aktif menjadi duta jenama dan dipercayai dibayar sehingga USD806,000 bagi satu iklan! Tahun Perkahwinan : 2005
Datuk Aaron Aziz
Belasan tahun membina bahtera perkahwinan, pelakon Datuk Aaron Azizi dan Datin Diyana Halik sememangnya merupakan di antara sweet couple dalam industri hiburan negara. Kata Aaron dalam satu temu ramah tak lama dahulu, beliau menganggap ketiga-tiga orang anaknya merupakan sebab utama mereka berdua boleh bertahan.
Hubungan mereka tidak pernah diganggu orang ketiga kerana kuota berkahwin untuk tiga lagi itu sudah dipenuhi oleh anak-anaknya. “Saya berpegang pada 3 prinsip iaitu cinta, kasih dan amanah yang dipertanggungjawabkan.” Tahun Perkahwinan : 2003
*Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman kebanyakan orang, katanya lelaki kacak lebih setia berbanding yang tak berapa nak ‘elok’ tu. Apa pun, pokok pangkalnya adalah hati.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Taylor Swift nampaknya gayanya sudah ada buah hati dan beralih angin dengan perhubungan barunya bersama Travis Kelce. Hubungan cinta atara penyanyi pop ini dan pemain American football ini dihidu oleh media pada Julai 2023.
Para Swiftie cukup terkejut dan gembira dengan khabar berita ini. Malah, jejaka yang berusia 34 tahun itu langsung tidak menyorokkan perasaan cintanya terhadap Taylor Swift.
Berbadan Besar
Berbanding dengan bekas kekasih TS sebelum ini, Travis memang mempunyai bentuk badan yang lebih besar. Walaupun dia tidak berperut ‘segi empat’, ramai wanita sebenarnya lebih suka lelaki sebegini berbanding lelaki yang berbadan berotot. Malah, tinjuan yang dibuat melalui laman temu janji, lelaki dengan badan ‘dad body’ memang digemari.
“Hampir 75% orang bujang adalah peminat ‘dad bods’. Ini bermakna mereka sukakan figura yang tidak begitu berotot,” kata wakil Dating.com.
Lelaki berbadan besar lebih yakin
Tinjauan yang dijalankan melalui PlanetFitness pula menunjukkan 78% wanita merasakan lelaki berbadan besar lebih yakin dengan diri mereka sendiri. Separuh daripada wanita juga memilih pasangan dengan ‘abs’ dan bukannya ‘six-pack’. Sementara itu, 83% isteri berkata mereka bangga mempunyai suami yang lebih gemuk.
Walau bagaimanapun, penyelidikan seterusnya mendedahkan bahawa wanita sebenarnya tidak menganggap lelaki gemuk itu menarik secara fiziknya. Namun, mereka dianggap mempunyai sifat penyayang, mesra, dan berpotensi menjadi ibu bapa yang baik. Sementara itu, lelaki ultra-macho dengan badan berotot cenderung mempunyai paras testosteron yang tinggi, menjadikan mereka agresif dan tidak menarik.
Dikatakan ada sebab saintifik mengapa wanita lebih suka lelaki yang mempunyai bentuk badan seperti Taylor Kelce. Profesor dan juga ahli psikologi Joel Wade dari Bucknell University mendedahkan bahawa wanita mungkin menganggap lelaki dengan badan ‘ayah’ mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah. Disebabkan ini, mereka dianggap kurang agresif dan mempunyai ciri-ciri yang lebih baik sebagai pasangan dan bapa pada masa hadapan.
Menurut kajian ini lagi mendapati lelaki yang sempurna dari segi fizikal lebih cenderung untuk menipu dan curang. Disebabkan itu, wanita lebih suka memilih bakal pasangan yang lebih gempal kerana tidak perlu risau dicaras ‘penyondol’!
Sejujurnya lelaki berbadan besar ni memang nampak comel pun, untunglah lelaki berbadan besar ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.