Apabila pasukan kebangsaan berjaya menempah tiket ke peringkat akhir Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea kali-29, semangat tu jadi lain macam lah, semua sanggup berkumpul, bersatu padu nak melihat kejayaan yang mungkin bakal diraih esok! Tidak kira menang atau kalah, teruskan sokongan anda ok!
Siapakah di antara pemain ini menjadi pilihan anda sebagai pemain terbaik? Berikut senarai akhir 20 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membarisi skuad Projek Sukan SEA 2017.
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1. | AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK | 22 | TENGAH | KEDAH |
2. | IFWAT AKMAL CHEK KASSIM | 21 | PENJAGA GOL | KEDAH |
3. | SYAFIQ AHMAD | 22 | PENYERANG | KEDAH |
4. | ARIFF FARHAN MD ISA | 21 | PERTAHANAN | KEDAH |
5. | AKHYAR RASHID | 18 | PENYERANG | KEDAH |
6. Ads | JAFRI FIRDAUS CHEW | 20 | PENYERANG | PULAU PINANG |
7. | SYAMER KUTTY ABBA | 20 | TENGAH | PULAU PINANG |
8. | S KUMAAHRAN | 21 | PENYERANG | PULAU PINANG |
9. | HAZIQ NADZLI | 19 | PENJAGA GOL | JOHOR DARUL TA’ZIM |
10. | SAFAWI RASID | 20 Ads | PENYERANG | JOHOR DARUL TA’ZIM |
11. | ADIB ZAINUDIN | 22 | PERTAHANAN | FELCRA FC |
12. | N THANABALAN | 22 | PENYERANG | FELCRA FC |
13. | ADAM NOR AZLIN | 21 | PERTAHANAN | SELANGOR |
14. | SYAHMI SAFARI | 19 | SAYAP Ads | SELANGOR |
15. | MATTHEW DAVIES | 22 | SAYAP | PAHANG |
16. | NOR AZAM ABDUL AZIH | 22 | TENGAH | PAHANG |
17. | DANIAL AMIER NORHISHAM | 20 | TENGAH | FELDA UNITED |
18. | IRFAN ZAKARIA | 22 | PERTAHANAN | KUALA LUMPUR |
19. | SYAZWAN ZAIPOL BAHARI | 22 | PERTAHANAN | PKNP FC |
20. | SYAZWAN ANDIK ISHAK | 21 | SAYAP | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
Teruskan sokongan anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selepas Hina Isteri Khabib Adalah ‘Kambing’, Conor McGregor Umum ‘U-Turn’ Dari Bersara
Nampaknya apa yang MASKULIN syak telah menjadi kenyataan. Selepas beriya-iya mengumumkan persaraannya buat kali kedua pada 26 Mac yang lalu, Conor McGregor sekali lagi buat ‘u-turn’.
Nampaknya peminat Mix Martial Arts (MMA) bakal melihat aksi Conor lagi di dalam oktagon pertarungan. Minggu lalu Conor mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan persaraannya. Namun semalam dia telah memuat naik tweet yang membayangkan dia tidak akan mengundurkan diri.
Ramai pihak beranggapan bahawa Conor hanya mahukan perhatian daripada media dan peminat. Adakah ini usahanya untuk mendapatkan rematch semula dengan Khabib Nurmagomedov selepas dikalahkan dengan beigtu melakukan dalam pertarungan epik tahun lalu?
BACA: Conor McGregor Umum Persaraan Dari MMA, Ini Respons Khabib Nurmagomedov
Apa yang membuatkam perkara ini lebih hangat diperkatakan ialah tindakan Conor menghina Khabib dengan kenyataan berbaur perkauman dan Islamophobik. Dalam satu Tweet ditujukan kepada Khabib, Conor memuat naik foto Khabib dan isterinya dengan kapsyen ‘isteri kamu adalah tuala’.
Ia adalah bertujuan untuk membangkitkan kemarahan Khabib dan itu merupakan penghinaan terhadap pemakaian selendang yang menutup wajah isterinya ketika majlis perkahwinan.Lebih teruk lagi Conor turut menambah dengan penghinaan melampau batas dengan mangatakan isteri Khabib adalah kambing.
Khabib tidak berdiam diri dan membalas tweet tersebut dengan sekeping foto Conor dengan seorang gadis sambil beprelukan. “Rapist, you are are rapist,” jelas Khabib. Buat pengetahuan anda, Conor kini sedang disiasat dalam satu kes serangan seksual di Ireland.
Namun tweet yang cuku menghina itu telah dipadamkan oleh Conor. Namun ia sudah terlambat kerana ribuan warganet berang dengan kenyataan perkauman terhadap Khabib.
Drama antara dua atlet profesional ini nampaknya tak akan menemui kesudahannya. Mungkinlah kita bakal melihat pertarungan epik skali lagi antara Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Terlalu Obses Sado, Amin Hayat Pernah Hidap Alopesia
Pengalaman berdepan alopesia atau keguguran rambut kritikal hingga menyebabkan botak menjadi igauan ngeri buat pembaca berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim, 35, tahun lalu. Dia mengakui perkara itu memberi tekanan untuk berdepan masyarakat hingga hilang keyakinan diri dan mengganggu emosinya apabila tampil di khalayak sebagai pembaca berita.
“Masalah alopesia sudah bermula sejak 2014 tapi tidak terlalu serius dan sembuh secara semula jadi. Namun pada awal 2016, ia bertambah kritikal. Mungkin faktor stres yang tidak diurus dengan baik menyebabkannya lebih serius sehingga menjadi kronik.
“Saya mendapatkan nasihat pakar dan dimaklumkan bahawa saya menghidap alopesia areata iaitu berkaitan autoimun. Mungkin akibat terlalu mahu berbadan sasa, saya mengambil makanan tambahan seperti serbuk protein.
“Selain itu, kerana mahu kesan yang lebih cepat, saya mengambil steroid untuk dimakan dan dicucuk pada badan,” katanya yang terbabit dalam kempen kesedaran ‘Aku Alopesia #adajalannya.”
Selepas mendapatkan rawatan daripada pakar selama setahun, Amin Hayat berjaya mendapatkan kembali rambut yang hilang dan kini menjadi jurucakap bagi memberi kesedaran awam mengenai masalah itu.
Menurutnya, sepanjang tempoh setahun, dia dirawat dengan beberapa rawatan khas berkaitan alopesia iaitu helmet iGrow, suntikan steroid, suntikan dan laser Platlet Rich Plasma (PRP) serta terapi laser excimer.
Diharap pembabitan saya dalam kempen kesedaran alopesia ini dapat memberi inspirasi kepada golongan yang mempunyai masalah sama tetapi malu menyuarakannya.
“Selain itu, saya mahu memberi pengetahuan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang betul bukan tertipu dengan produk atau khidmat yang menawarkan rawatan alopesia yang hanya berbentuk gimik semata-mata.
“Saya juga merancang untuk mewujudkan kumpulan sokongan khas untuk Kempen Kesedaran Alopesia yang pertama di Malaysia,” katanya.
KEPERLUAN SETIAP ORANG BERBEZA
Sementara itu, Pengarah Perubatan Clique Clinic Dr Tingsong Lim berkata, disebabkan masalah alopesia bergantung kepada tubuh individu, rawatan bagi setiap pelanggan yang mengalami masalah berkenaan mungkin berbeza dan tempoh rawatan juga bergantung kepada penerimaan atau tindak balas tubuh seseorang.
Katanya, sejarah perubatan lengkap, sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal dapat membantu dalam diagnosis. Corak dan kadar keguguran rambut, keadaan rambut berhampiran (contohnya, jika rambut dipotong) dan gejala yang disertai turut diambil kira apabila membuat diagnosis.
“Oleh kerana perubahan hormon, kerengsaan atau kerosakan, beberapa folikel rambut mengalami fasa pertumbuhan lebih pendek dan menghasilkan rambut lebih nipis dan pendek.
“Rambut melalui kitaran pertumbuhan dan rehat manakala setiap kitaran berbeza mengikut individu. Tetapi secara umum, fasa pertumbuhan rambut kulit kepala, yang dikenali sebagai anagen, biasanya berlangsung dua hingga tiga tahun.
“Pada masa ini, rambut anda tumbuh kurang dari setengah inci (satu sentimeter) sebulan. Fasa rehat iaitu telogen pula biasanya berlangsung tiga hingga empat bulan. Pada akhir fasa rehat, helaian rambut jatuh dan yang baru mula tumbuh di tempatnya. Setiap kali rambut gugur, peringkat pertumbuhan bermula semula,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Lim berkata, rata-rata rambut manusia gugur 50 hingga 100 helai setiap hari namun dengan kira-kira 100,000 rambut di kulit kepala, jumlah keguguran rambut ini tidak boleh menyebabkan penipisan ketara rambut.
Katanya, penipisan secara beransur-ansur adalah normal seiring penuaan, bagaimanapun, keguguran rambut boleh menyebabkan kebotakan apabila kadar keguguran melampaui kadar pertumbuhan semula, apabila rambut baru lebih nipis daripada rambut yang gugur.
JENIS KEGUGURAN RAMBUT
Alopesia androgenetik (kebotakan luar)
Dalam corak botak lelaki dan wanita, masa pertumbuhan semakin berkurangan dan rambut tidak tebal atau kukuh. Dengan setiap kitaran pertumbuhan, rambut berakar lebih dangkal dan lebih mudah gugur. Keturunan mungkin memainkan peranan kerana sejarah alopesia androgenetik di kedua-dua belah keluarga meningkatkan risiko botak.
Alopesia cicatricial (parut)
Keguguran rambut kekal berlaku apabila keradangan merosakkan dan meninggalkan parut folikel rambut. Ini menghalang rambut baru daripada berkembang. Keadaan ini boleh dilihat dalam beberapa keadaan kulit, termasuk lupus eritematosus atau lichen planus. Tidak diketahui apa yang mencetuskan atau menyebabkan keradangan ini.
Alopesia areata
Ia dikelaskan sebagai penyakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguan autoimun yang lain, termasuk penyakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik menderita mengembangkan penyakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin gugur dan tumbuh semula beberapa kali.
Telogen effluvium
Jenis keguguran ini biasanya disebabkan oleh perubahan dalam kitaran biasa rambut. Ia mungkin berlaku apabila beberapa jenis kejutan pada sistem anda emosi atau fizikal menyebabkan akar rambut dipaksa ke dalam keadaan berehat sebelum waktunya. Rambut yang terjejas dari akar rambut ini gugur dan dalam satu atau dua bulan, folikel rambut menjadi aktif lagi dan rambut baru mula berkembang.
Telogen effluvium mungkin dipengaruhi tekanan emosi, seperti kematian dalam keluarga atau tekanan fisiologi, seperti demam panas, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau berlebihan, diet melampau, kekurangan nutrisi, pembedahan atau gangguan metabolik. Rambut biasanya tumbuh semula selepas keadaan yang menyebabkannya membetulkan dirinya, tetapi biasanya mengambil masa berbulan-bulan.
Alopesia traction
Keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut. Jika tekanan berterusan, lama kelamaan proses penghasilan rambut menjadi perlahan dan akhirnya berhenti. Sekiranya tarikan dihentikan sebelum mencederakan kulit kepala dan kerosakan kekal pada akar, rambut biasanya tumbuh kembali normal.
Dr Lim turut menyarankan setiap individu mengamalkan pemakanan seimbang, meninggalkan diet keterlaluan atau mendadak yang boleh menyebabkan keguguran rambut kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein.
Ini kerana katanya, kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Tetapi harus diingati terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Jangan Salahkan Nasi!”, 5 Kekeliruan Sering Berlaku Tentang Diet & Senaman
Isi Kandungan
ToggleBila membicarakan tentang cara untuk turunkan badan pelbagai kaedah diet serta senaman yang diamalkan oleh ramai orang. Ada yang susah untuk dilakukan dan ada juga yang sebenarnya boleh dilakukan tanpa bersusah-payah.
Namun ramai orang yang silap mengamalkan senaman dan diet. Apatah lagi jenis yang tak sabar dan ingin melihat hasilnya dalam tempoh yang singkat. Anda harus ingat, proses ini merupakan sebuah perjalanan bukannya ingin capai keputusan sahaja.
Terdapat beberapa perkara yang sering silap dilakukan oleh ramai orang. Malah ada juga yang amalkan sesetengah tip dan petua atas dasar dengar apa yang orang lain cakap semata.
Berikut merupakan antara persepsi salah dan cara silap yang ramai orang lakukan.
SKIP MAKAN MALAM
Sejak kebelakangan ini ramai yang mula meninggalkan makan malam semata-mata ingin berdiet. Sebenarnya ia hanya menyebabkan badan anda kekurangan tenaga. Apa gunanya kalau anda skip makan malam tapi pada waktu pagi dan tengahari makan bagai nak rak. Berat gerenti tak berkurang malah boleh meningkat juga.
SENAMAN SEMATA
Ramai yang mengeluh selepas bersenam dalam beberap tempoh waktu tapi hasilnya tak dapat dirasai. Berat badan tak turun dan hanya dapat letih sahaja. Tahukah anda bahawa faktor berat badan turun dengan melakukan senaman hanyalah 20% sahaja. Manakala faktor lebih ebsar, 80% bergantung kepada diet dan corak pemakanan anda. Bersenam kalau tak jaga makan memang tak akan ke mana.
BACA: Cara Jaga Kulit Wajah & Badan Selepas Bersenam Di Gimnasium
MISI PERUT RATA DENGAN BERSENAM
Salah satu spot paling ketara bila berat badan naik ialah bahagian perut terutamanya di kalangan lelaki. Anda buatlah senaman seberapa banyak sampai perut pun sakit cramp. Tapi kalau tak jaga diet dan pemakanan, usah mimpi perut itu akan kembali rata.
KEPENTINGAN SENAMAN
Tapi janganlah pula anda anggap senaman itu tak penting. Ya, senaman memang sangat penting bukan sahaja untuk membantu badan membakar segala kalori dan lemak badan tetapi menjamin kualiti hidup lebih sihat. Dengan diet yang seimbang, proses senaman anda juga boleh berjalan dengan lancar. Barulah dapat hasilnya dalam tempoh yang cepat.
TAK MAKAN NASI TAPI BERAT SAMA
Ini adalah mitos yang buatkan ramai orang memusuhi nasi. Sebenarnya nasi itu tak salah. Malah sebagai orang Malaysia, nasi itu menjadi sebagai sumber makanan dan tenaga utama kita. Apa yang salah ialah bila anda makan nasi dengan banyak dan tak kawal jumlahnya. Untuk diet yang sihat anda perlu hanya makanan kira-kira segenggam nasi setiap kali makan. Sertakan juga dengan sayuran dan sumber protein seperti ikan, aya atau daging secukupnya. Nasi tak salah, yang salah adalah tabiat makan anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI