Bolehkah manusia hidup tanpa gula putih (sucrose)? Gula putih sebenarnya berada di dalam kategori karbohidrat ringkas. Maksudnya ia tidak perlu dihadam lama oleh badan, tapi terus boleh digunakan sebagai tenaga.
Manis sudah menjadi seperti sebahagian dari kehidupan sesetengah orang, termasuk saya sendiri. Dibesarkan di Kelantan dan boleh dikatakan terlalu banyak minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi, termasuk dalam makanan. Kami makan roti canai pun kadang-kadang dengan gula atau susu pekat manis!
Ramai antara kita, bila mula berdiet sahaja akan potong terus gula dari diet. Adakah ini salah?
Ketakutan terhadap gula putih ini adalah kerana banyak kajian dan laporan yang dibuat, mengaitkan gula dengan peningkatan kerosakan gigi, berlebihan berat badan, masalah jantung dan kematian. Walaubagaimanapun, masih ada kontroversi samada masalah tersebut hanya disebabkan oleh gula atau kerana berlebihan ambilan tenaga harian.
Sebagai contohnya, satu kajian menujukkan perubahan kenaikan lemak dalam badan adalah sama, samada dengan pengambilan gula putih atau jenis karbohidrat yang lain.
Walaubagaimanapun, mengurangkan gula dalam diet semestinya dapat menurunkan pengambilan kalori seharian.
Tapi adakah gula punca utamanya?
The American Academy of Peadiatric menyarankan kanak-kanak untuk mengambil ‘sedikit atau minimum’ gula tambahan dalam diet untuk menyarankan keseronokan, rasa sedap dan pengambilan makanan tinggi nutrien yang lain.
Ads
Cadangan pengambilan gula yang dibenarkan sejak dari 2014 adalah 10% dari jumlah kalori seharian , walaubagaimanapun jumlah tersebut dikurangkan kepada 5% sejak 2015.
Jadi dalam mempromosi diet yang sesuai dengan saranan sekarang, langkah pertama adalah mengetahui jumlah pengambilan gula sekarang dan sumber utama makanan/minuman tinggi gula.
Kerisauan berkenaan kesihatan berkaitan pemakanan adalah amat tinggi di kalangan mereka yang berpendapatan dan berpendidikan rendah.
Pendapat dan cadangan saya berkenaan pengambilan gula samada gula putih atau dalam minuman/makanan adalah:
1. Gula seperti api. Sikit jadi kawan, banyak jadi lawan. Berapa banyak? Untuk mereka yang mempunyai berat badan normal, berdasarkan American Heart Association, :
Ads
– Lelaki 9 sudu teh atau ~150kcal
– Wanita 6 sudu teh atau ~100kcal
Bagi mereka yang obesiti atau kencing manis, cuba elakkan semaksimum mungkin tambahan gula dalam minuman atau makanan.
2. Cuba kurangkan perlahan-lahan, bermula dari elakkan minuman manis terutamanya dalam minuman kotak atau gas.
3. Snek dengan buah-buahan untuk hilangkan ketagihan terhadap manis. Potong buah kecil-kecil dan makan satu per satu. Frustose ( gula dalam buah) akan menaikkan gula lebih perlahan dari gula jenis lain kerana rendah glisemik indeks.
4. Kenalpasti nama lain gula dalam label iaitu sugar, sucrose, high-fructose corn syrup (HFCS), dehydrated cane juice, fructose, glucose, dextrose, syrup, cane sugar, raw sugar, corn syrup dan lain-lain.
Ads
5. Jika anda terlalu susah mahu kurangkan rasa ‘manis’ dalam minuman, boleh bawa stevia. Mana-mana brand stevia. Andai stevia memberi anda rasa ‘craving’ mengidam yang lebih kuat terhadap benda manis, elakkan sahaja. Tapai ramai kata stevia membantu.
6. Sentiasa pesan minuman jenis o , kurang gula. Sebut ‘kurang gula’. Jangan segan untuk pesan sebegitu. Jika mampu, pesan tanpa gula.
7. Jika anda ada masalah senang gula rendah atau hypoglycemia, jangan ambil stevia untuk recover. Guna gula putih atau air kotak. Ini kebaikan gula. Tenaga yang cepat! Siapa kata gula hanya mendatangkan keburukan. Jika berlebihan baru bahaya. Siapa suruh ambil lebih?
8. Jika anda berbadan besar dan sangat ketagihan terhadap gula, tolong hentikan segera ketagihan tersebut. Samada kurangkan kekerapan atau kurangkan jumlah ambilan. Hentikan segera. Ia sudah seperti dadah dalam minda anda.
9. Gula putih, perang, kabong, semua mempunyai kandungan kalori yang sama dan jumlah gula yang lebih kurang sama. Bezanya adalah jenis gula yang ‘bukan’ putih ini lebih lambat dihadam jadi insulin tidak naik mendadak. Lebih sihat kerana lebih rendah glisemik indeks dan dapat kawal nafsu makan. Makanan yang tinggi glisemik indeks akan lebih trigger nafsu makan dan lebih cepat makan.Tapi masih perlu diambil secara sederhana kerana masih dikira sebagai gula.
Akhir pesan dari saya, setiap manusia adalah unik. Ada orang yang boleh kawal pengambilan gula yang minimum dalam pemakanan harian mereka dan ada sesetengah orang yang menyebabkan mereka lebi ketagih, makan lebih banyak dan kenaikan berat mendadak.
Pilih bagaimana yang sesuai untuk anda.
Oleh: Mohd Khairul Azuan (CIP)
Dietitian UM
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa suka makan ulam? Tahukah anda bahawa ulam-ulam melayu ni banyak khasiatnya? Terutama sekali kepada mereka-mereka yang dalam proses diet. Kalau dah namanya melayu, makanan melayu tak akan dapat dilupakan.
Ini antara sebab kenapa ulam baik untuk kesihatan khususnya untuk mereka yang sedang berdiet. Tapi, jangan pula anda cicah secara melampau tempoyak, budu dan sewaktu dengannya. Habislah diet anda.
Tinggi Pottasium
Pottasium merupakan mineral di mana fungsinya baik untuk mengawal urat saraf dan otot. Ia sangat bagus untuk mengelakkan sakit jantung kerana pottasium bertindak untuk denyutan jantung normal.
Tinggi Antioksidan
Bertindak menghalang anda dari mangsa kenser. Antioksidan adalah molekul yang menghalang pengoksidaan molekul lain. Ia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas, yang membawa kepada tindak balas rantai yang boleh merosakkan sel.
Tinggi Serat
Nampak kampung kan makan ulam ni? Namun ulam disifatkan sebagai sayur yang tinggi seratnya. Untuk mereka yang sedang berdiet, ulam boleh membuatkan anda kenyang dengan lebih lama dan bagus untuk penghadaman. Lepas ni lunch, nampak ulam, sila ambil dengan banyak tau.
Tinggi nutrien
Nak diet ni tak payah nak western sangat. Asal diet je kena telan makanan western. Anda boleh menganggap ulam sebagai Salad melayu. Ulam mempunyai nutrien yang sangat banyak kerana ia fresh, dan tidak dimasak. Anda pun tahu kan, zat pada jenis sayur itu akan berkurangkan apabila dimasak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
9 selebriti antarabangsa ini melakukan pelbagai cara dan teknik untuk berhenti untuk merokok. Patut diberikan pujian ni..
1. Cameron Diaz
Teringat pula kami pada lakonannya dalam filem Bad Teacher. Mungkin anda akan mengaitkan tajuk tersebut dengan dirinya kerana Diaz mengaku pernah menghisap rokok hampir 20 batang sehari. Walaupun begitu, pada 2003 dia nekad untuk berhenti setelah sedar ianya memberi kesan terutama kepada ibubapanya.
2. Matt Damon
Juga menggunakan khidmat hypnotherapy, Matt Damon telah menjalani rawatan tersebut sebanyak tiga kali. Sehinggalah pada akhirnya, dia menyedari akan kesan merokok pada masa akan datang, jadi pendekatan itu digunakannya untuk tidak lagi merokok.
3. Ben Affleck
Rakan baik kepada Matt Damon ini juga menggunakan teknik yang sama untuk berhenti merokok. Namun sebelum itu, Ben Affleck merupakan seorang perokok tegar dan pernah menghabiskan 5 kotak rokok dalam masa sehari. Fuhh!
4. Charlize Theron
Mengaku dirinya seorang perokok yang tegar hingga merasakan tidak normal, Charlize akhirnya berhenti merokok setelah menjalani rawatan hypnosis dan juga Yoga.
5. Barrack Obama
Percaya atau tidak, Barrack Obama dahulunya merupakan seorang perokok tegar! Mengaku agar sukar memberhentikan tabiatnya itu, Obama terpaksa mengunyah gula-gula Nicorette bagi mengelakkan ketagih. Hasilnya pada 2007 dia berjaya menjauhkan diri daripada tabiat merokok. The real idol bukan?
6. Gisele Bundchen
Seperti model yang lain, Gisele menghisap rokok sebagai salah satu cara untuk mengekalkajn bentuk badan yang ramping. Dia mula berhenti merokok pada 2003 dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. Meskipun beratnya meningkat sehingga 15kg, dia begitu gembira menjalani gaya hidup sihat serta kini menjadi role model kepada wanita-wanita muda.
7. Catherine Zeta-Jones
Tahukah anda, Catherine Zeta-Jones kali terakhir dilihat merokok adalah ketika mengandung buat kali terakhir pada tahun 2003. Seperti yang kita tahu, perempuan mengandung yang merokok berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang. Pada 2005 Zeta-Jomes mengumumkan tidak lagi merokok demi anaknya namun begitu pelbagai kepayahan dilaluinya bagi menghentikan tabiatnya yang sejak sekian lama.
8. Jennifer Aniston
Pelakon ini mengambil masa hampir setahun untuk benar-benar berhenti merokok pada 2007. Apa yang dilakukannya? Yoga dan bersenam selalu antara langkah yang berjaya diambilnya untuk tidak ketagih.
9. Paul Rudd
Ant-Man ini dahulunya adalah seorang perokok! Cara untuknya berhenti merokok adalah cukup unik kerana Paul telah menggunakan teknik, Kerry Gaynor sebuah teknik hypnotherapy yang diasaskan oleh Pakar hypnotherapist di Los Angeles, Kerry Gaynor.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara salah faham yang sering berlaku apabila berbicara mengenai kanser prostat ialah pengeluaran air mani secara kerap dapat mengurangkan risiko terkena penyakit itu.
Bagaimanapun, Pakar Urologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Ahmad Nazran Fadzli menegaskan yang fakta itu merupakan hasil kajian yang tidak menyeluruh dan belum terbukti kesahihannya.
“Mitos yang banyak keluar dalam Tiktok dan Instagram sekarang ialah, ada satu kajian di Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan banyak mengeluarkan air mani dapat membantu melindungi daripada kanser prostat.
“Tapi kajian itu sendiri yang menyatakan yang itu adalah satu kajian yang ada hadnya sendiri, jadi kita tak boleh guna maklumat kajian itu secara terus begitu sahaja,” jelas Dr Ahmad dalam satu sesi temubual bersama MASKULIN.
“Kita perlukan kajian lagi teliti, barulah kita boleh buktikan yang mengeluarkan air mani dengan kerap boleh mencegah kanser prostat. Jadi, harap jangan disebarkan dahulu, sehingga lebih kajian dapat dilakukan,” tambahnya.
“Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.