Makan

Adakah Durian Bawa Manfaat Atau Mudarat? Ini Kata Doktor

Share

Apabila tibanya musim durian,pinggiran jalan akan mula meriah dengan lambakan gerai yang menjual raja buah itu. Pasti ramai tidak mahu ketinggalan untuk menikmati buah yang bermusim itu.

Namun penting untuk kita mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai manfaat serta mudarat dari buah durian ini. Memetik hantaran seorang doktor dan pempengaruh Dr Ahmad Samhan Awang di laman X, ini antara manfaat raja buah itu:-

Manfaat Durian

Sifar Kolestrol & Tinggi Lemak Tidak Tepu

Seperti yang diketahui ramai, kolestrol berlebihan boleh mengakibatkan jantung tersumbat. Namun kolestrol tidak terkandung di dalam mana-mana makanan jenis tumbuh-tumbuhan termasuklah kolestrol. Malah kandungan lemak tidak tepu nya tinggi yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi

Tinggi Antioksidan

Antioksidan sangat terkenal dalam membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, ia juga membantu mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.

Kaya Asid Folik & Folat

Bagi mereka yang mempunyai masalah anemia iaitu kurang darah merah, asid folik dan folat sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah di dalam badan.

Tinggi Serat dan Fiber

Serat dan fiber sangat terkenal dalam membantu melancarkan sistem penghadaman. Oleh itu, ia secara tidak langsung membantu mengelakkan masalah sembelit.

Mengandungi Trytophan

Trytophan merupakan sejenis bahan untuk menghasilkan serotonin dan melatonin. Ia membantu mereka yang mengalami masalah tidur atau dikenali sebagai insomnia dan juga kemurungan serta mengurangkan stress.

Sumber foto: X Dr Samhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan raja buah ini tetap ada mudaratnya jika diambil secara berlebihan. Menurut perkongsian Dr Samhan, ini antara perkara yang ada perlu perhatikan:-

Mudarat Durian

Tinggi Kalori

Buah durian merupakan sejenis buah yang berkalori tinggi. Kalori yang berlebihan mampu menaikkan berat badan dan mengakibatkan kegemukan.

Tinggi Kandungan Gula

Bagi pesakit kencing manis dan masalah buah pinggang, amat penting untuk anda berhati-hati dalam menjamah durian kerana ia mengandungi gula yang tinggi.

Badan Jadi Panas

Image by 8photo on Freepik

Ramai yang biasa merasakan panas selepas menikmati durian. Hal ini disebabkan tindak balas kimia dan proses metabolisma ketika proses penghadaman.

Gastrik

Buah durian akan membebaskan gas dan alkohon ketika dihadam. Hal ini akan menyebabkan ketidak selesaan perut dan keradangan perut.

Dompet Makin Nipis

Image by freepik

Ini merupakan mudarat yang paling menyeksakan. Ramai sedia maklum yang harga durian bukanlah murah, malah berbeza mengikut gred dan kualiti. Oleh itu, berpada-padalah berbelanja membeli durian agar wang anda masih boleh bertahan sehingga ke hujung bulan.

Sumber: X Dr Samhan

BACA: Petua-Petua Makan Durian Yang Mungkin Anda Tak Tahu, Berkesan Atau Sebaliknya?

 

Published by
Ruszaini Ruslan