Adakah Bengkak Pada Leher Salah Satu Petanda Kanser? Doktor Pakar Ini Perjelaskan

Share

Ada segelintir daripada kita memandang remeh dengan bengkak pada leher kerana menganggapnya sebagai bengkak biasa yang tidak serius. Namun tanggapan biasa anda itu boleh jadi salah kerana bengkak pada leher mungkin menjadi salah satu petanda kanser.

Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penjelasan Dr Ezairy M.Sallih seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsiannya ini.

BENGKAK PADA LEHER PETANDA KANSER?

“Doktor, saya risau dengan leher saya yang ada ketulan dan bengkak sejak beberapa bulan ini. Apa sebabnya ya?”

Soalan seperti ini pernah ditanya kepada saya. Ya, anda tidak boleh ambil ringan jika masalah ini berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda.

Ia mungkin salah satu petanda kanser!

Kanser hidung, kanser larinks, kanser lidah dan mulut, imfoma dan sebagainya boleh disertai atau dimulai dengan gejala ini. Oleh itu, hati-hati.

Perhatikan juga simptom-simptom lain. Gejala seperti pengurangan berat badan yang signifikan, hilang selera makan, juga merupakan salah satu gejala yang perlu diberi perhatian.

Kanser hidung biasanya disertai dengan masalah sebelah bahagian hidung seperti pendarahan, hidung tersumbat, masalah pendengaran dan lain-lain.

Kesukaran menelan, perubahan pada kualiti suara lebih tiga minggu juga perlu diambil tahu. Kanser di bahagian larinks, peti suara dan esofagus (saluran makanan bahagian atas) boleh menyebabkan masalah ini.

Jika anda ada sebarang masalah, risau dengan keadaan penyakit anda, rujuklah dengan doktor terdekat. Anda akan dibantu.

Sila #kongsikan artikel ini jika anda rasa ia amat berguna untuk orang yang anda sayangi. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Published by
Roselinda