
Ada segelintir daripada kita memandang remeh dengan bengkak pada leher kerana menganggapnya sebagai bengkak biasa yang tidak serius. Namun tanggapan biasa anda itu boleh jadi salah kerana bengkak pada leher mungkin menjadi salah satu petanda kanser.
Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penjelasan Dr Ezairy M.Sallih seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsiannya ini.
BENGKAK PADA LEHER PETANDA KANSER?
“Doktor, saya risau dengan leher saya yang ada ketulan dan bengkak sejak beberapa bulan ini. Apa sebabnya ya?”
Soalan seperti ini pernah ditanya kepada saya. Ya, anda tidak boleh ambil ringan jika masalah ini berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda.
Ia mungkin salah satu petanda kanser!
Kanser hidung, kanser larinks, kanser lidah dan mulut, imfoma dan sebagainya boleh disertai atau dimulai dengan gejala ini. Oleh itu, hati-hati.
Perhatikan juga simptom-simptom lain. Gejala seperti pengurangan berat badan yang signifikan, hilang selera makan, juga merupakan salah satu gejala yang perlu diberi perhatian.
Kanser hidung biasanya disertai dengan masalah sebelah bahagian hidung seperti pendarahan, hidung tersumbat, masalah pendengaran dan lain-lain.
Kesukaran menelan, perubahan pada kualiti suara lebih tiga minggu juga perlu diambil tahu. Kanser di bahagian larinks, peti suara dan esofagus (saluran makanan bahagian atas) boleh menyebabkan masalah ini.
Jika anda ada sebarang masalah, risau dengan keadaan penyakit anda, rujuklah dengan doktor terdekat. Anda akan dibantu.
Sila #kongsikan artikel ini jika anda rasa ia amat berguna untuk orang yang anda sayangi. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Orang Pernah Kata, Sukan Squash Adalah Pembaziran_Sanjay Sigh Chal

OPTIMIS, ITU YANG PENULIS LIHAT PADA SOSOK TINGGI LAMPAI INI. SELALU TERSENYUM DAN RENDAH DIRI, ANAK MUDA INI PUNYA IMPIAN DAN VISI BESAR BUAT SUKAN SQUASH TERUS KEKAL RELEVAN, BAIK PADA PERINGKAT NASIONAL, WAIMA PERINGKAT OLIMPIK. BAGI SANJAY, SQUASH BUKAN SEKADAR SUKAN, IA SEBUAH PENGHIDUPAN.
Permulaan
Saya cintakan sukan ini sejak kali pertama saya menghayun raket. Saya masih ingat, ketika itu saya hanya berusia 10 tahun. Ia bagai satu perasaan yang tak tergambar. Ya, saya selesa dengan sukan ini berbanding sukan-sukan lain di arena sana.
Pencapaian
Memenangi dua pingat emas Sukan SEA tahun lepas di Singapura. Saya juga memenangi dua pingat emas SUKMA mewakili Sarawak pada 2012 dan 2014, buat dua kali kejohanan berturut-turut. Selain itu, saya juga mewakili Malaysia menerusi Men’s World Team Squash Championship. Sekarang saya merupakan pemain Squash lelaki nombor tiga negara.
Perkembangan
Buat masa ini, saya tidak bermain sepenuh masa seperti sebelumnya. Ini kerana, saya sedang menjalani pengajian Pengurusan Perniagaan untuk tahun kedua di Universiti Malaya. Saya sedar bahawa saya perlu seimbangkan sukan dengan pelajaran. Pelajaran itu penting bukan sahaja sebagai bekalan hidup, malah sebagai bekalan saat saya tidak lagi bergelar seorang atlet kelak. Maksud saya, suatu hari nanti saya akan bersara, saya perlu persiapkan diri dengan ilmu. Sekarang pun, saya sedang menjalani peringkat kedua kursus kejurulatihan. Saya berhasrat menjadi jurulatih bila tiba waktunya nanti.
Olimpic Dreams
Squash merupakan satu-satunya sukan yang kamu boleh bermain bola secara seorang diri. Bola yang dihayun raket, akan kembali semula kepada si penghayun. Boleh saya katakan, sukan ini unik. Namun sayang, majoriti orang tidak tahu apa itu sebenarnya sukan Squash. Mereka hanya mengenali Datuk Nicol Ann David tanpa mereka mengetahui sedikit pun hal sukan ini. Oleh itu, sukar buat kami menangkap mata dan minat penonton berskala besar. Ini juga merupakan salah satu punca utama kenapa sukan ini tidak dapat menembusi Sukan Olimpik. Kurang penajaan dan sokongan dari organisasi juga di antara punca sukan ini masih di posisi statik.
Idola
Amr Shabana dari Mesir. Dia merupakan bekas pemain Squash lelaki nombor satu dunia. Dia juga pernah merangkul empat kali Kejohanan Squash Dunia. Kini dia sudah bersara dari arena Squash. Saya sangat mengagumi dia. Lagi pula, dia juga bermain Squash menggunakan tangan kiri, sama seperti saya. Ramai orang berkata orang Asia tidak mampu untuk bermain sukan ini, tetapi dia buktikan pada mereka semua, mereka salah. Dari sudut pengaruh pula, ayah lah penyumbangnya. Sedari kecil, saya melihat dia bermain Squash mewakili negeri Sabah.
Proud and honours
Saya merupakan anak jati Miri, Sarawak. I left home when I was 14 years old. Saya membesar di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih di Kompleks Sukan Negara sehingga sekarang. Tahun lalu, saya menetap di England selama hampir lima bulan. I live on my own. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri. Ia sememangnya momen sukar dalam hidup saya. Tanpa sebarang sokongan, saya perlu belajar jaga diri untuk berlatih dan memburu pengetahuan di bumi asing. Jauh dari keluarga, saya gadaikan banyak perkara, terutama masa muda saya ini, demi sukan Squash.
Ada orang pernah berkata pada saya bahawa saya tidak patut menceburkan diri atas sukan ini. Ia tak menguntungkan dan tidak akan membawa saya ke mana-mana dalam kehidupan. Ekoran ini, saya harus kuat berlatih dan juga harus kuat belajar bagi membuktikan pada mulut-mulut tadi, apa yang mereka katakan tidak benar sama sekali. Saya akan ubah pemikiran dangkal mereka.
Harapan
Saya juga berharap sukan Squash ini layak dipertandingkan di peringkat Olimpik. Supaya Squash dikenali dan diakui bukan sahaja oleh jawatankuasa sukan Olimpik, malah diakui dan disenangi oleh hati rakyat Malaysia. Datuk Nicol Ann David sudah bersusah payah menaikkan taraf sukan ini dan membawa nama negara ke persada dunia. Kita sebagai rakyat, paling kurang, hargai dan kenali lah sukan Squash demi Malaysia.
Akhir kata, jujur saya kata, tak semua orang memandang sukan sebagai masa depan mereka. Ini realiti masyarakat kita. Namun, saya percaya, dengan apa yang saya tempuhi selama saya membesar bersama sukan, saya boleh katakan, sukan membawa saya ke tahap-tahap yang tinggi dalam kehidupan. Tahap yang tak pernah pun saya bayangkan. Asal kamu punya mimpi dan visi. Terus bermimpi kerana suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jumlah Kalori Mampu Anda Bakar Mengikut Jenis Sukan & Aktiviti

Tak dinafikan, ramai antara kita cenderung memilih larian atau bersenam di gimnasium sebagai cara untuk kekal cergas dan sihat. Kedua-dua aktiviti ini memang popular kerana keberkesanannya dalam membakar kalori dan menyingkirkan lemak badan. Selain itu, ia turut membantu meningkatkan stamina dan ketahanan diri secara konsisten.
Tapi, tahukah anda ada juga aktiviti senaman dan sukan lain yang memberikan manfaat serupa? Malah, beberapa aktiviti yang selama ini anda anggap sebagai hobi biasa sebenarnya mampu membakar kalori dengan baik.
Ikuti MASKULIN untuk ketahui lebih lanjut dan lihat sendiri berapa banyak kalori yang boleh anda bakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini!
1. Main kasut roda
Jika anda bermain kasut roda hanya dalam tempoh 30 minit, anda telah membakar 250 kalori.
2. Golf

Dengan membawa peralatan golf dan berjalan anda boleh membakar 150 kalori setiap 30 minit.
3. Berenang
Ia merupakan sukan yang paling banyak membakar kalori kerana gerakkannya melibatkan keseluruhan badan iaitu 250-400 kalori selama 30 minit.
4. Besbol
Aktiviti besbol yang memerlukan larian ini mampu membakar kalori sebanyak 135 kalori hanya dalam masa 30 minit.
BACA: 10 Pemain Bola Sepak Pilih Selebriti Popular Sebagai Pasangan & Kekal Bahagia!
5. Tenis

Sukan tenis memerlukan ketangkasan tangan anda dalam memukul bola. Ia dapat membakar 159 kalori dalam masa 30 minit.
6. Boling
Bermain boling selama 30 minit tanpa mengambil snek mampu membakar 100 kalori.
7. Memancing

Sambil santai-santai melakukan aktiviti memancing pun anda boleh bakar 100 kalori hanya dalan tempoh 30 minit.
8. Menari
Ini paling mudah untuk dilakukan. Dengan melakukan aktiviti menari selama 30 minit, anda telah membakar sebanyak 150 kalori.
9. Main pool/snooker
Dengan bermain pool atau snooker selama 30 minit, anda telah berjaya membakar 80 kalori. Wow! Cuba bayangkan kalau anda bermain berjam-jam lamanya?
10. Bertinju

Lakukan aktiviti bertinju ini selama 30 minit dan anda mampu membuang 216 kalori dari dalam badan.
Selepas mengetahui jumlah kalori yang dibakar untuk setiap aktviti di atas pastinya anda mahu mengekalkan badan yang fit dan cergas. Terdapat beberapa teknik dan tip yang boleh dilakukan secara rutin dalam kehidupa seharian anda. Ikutinya di bawah.
Teknik badan kekal fit
1. Gandakan dalam senaman
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Pantas dan hasilnya pasti hebat.
2. 19% senaman kardio
Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
3. Snek sendiri
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
4. Bersenam di luar
Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
5. Beban + senaman kardio
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
6. Timbang
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu.
7. Minuman protein
87% adalah peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
8. Pagi yang lebih baik
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
9. Teknik dapatkan lengan ketat
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
12 Tanda Pada Tubuh Akibat Terlebih Ambil Gula Dalam Sehari, No 10 Tu Pasti Buat Lelaki Gerun

Kesan negatif gula pada kesihatan, semua orang sudah maklum. Malah, mungkin ada yang muak hendak membacanya. Tapi mungkin kadang-kadang kita lupa atau alpa tentang pengambilan gula ini. Bagi mengelakkan komplikasi, ini adalah penting untuk mengenali tanda-tanda membimbangkan dan mengambil langkah yang sesuai.
Ini 12 simptom pada tubuh badan tanda korang terlebih mengambil gula.
1. Kelaparan berterusan
Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghalang glukosa memasuki sel-sel. Akibatnya, badan tidak menerima tenaga dan meminta makanan lagi dan lagi.
2. Penyebab keletihan
Kandungan gula yang tinggi dalam darah, badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul. Tenaga digunakan tidak cekap, dan sel-sel badan tidak menerima bahan api yang mereka perlukan. Semua ini membuat anda rasa letih tanpa sebab.
3. Kerap membuang air kecil
Jika gula darah terlalu tinggi, buah pinggang tidak boleh menyerap cecair. Oleh itu, badan cuba untuk menyamakan kepekatan glukosa dalam darah dan dalam sel-sel, melarutkan darah dengan cecair intrasel, sekali gus membawa kepekatan glukosa normal. Ini menyebabkan anda kerap membuang air kecil.
4. Mulut kering, dahaga berlebihan
Mulut kering dan dahaga yang kuat adalah jawapan kepada kehilangan cecair yang teruk. Baan dapat menilai tahap dehidrasi dan menyebabkan dahaga, menghantar isyarat berkaitan ke otak. Sudah tentu, anda tidak boleh menolak untuk minum, tetapi lebih baik jika anda memilih air atau teh tanpa gula.
5. Pengurangan berat badan
Dengan tahap glukosa yang tinggi, anda boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, walaupun makanan adalah kerap dan mengandungi banyak kalori. Ada beberapa sebab untuk ini: Kehilangan cecair kerana kerap membuang air kecil membawa kepada tahap cecair yang rendah pada seluruh badan, dan menyebabkan penurunan berat badan. Jika tahap insulin tidak mencukupi untuk metabolisma glukosa, badan akan bertukar kepada pembakaran lemak.
Satu jumlah yang besar air kencing pada tahap yang tinggi glukosa menjadikan badan menghabiskan lebih banyak kalori. Dengan cara ini, badan cuba untuk “membuang” glukosa yang berlebihan.
6. Penyakit berjangkit
Jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan yis boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Namun lebih kerap mereka ditemui di kalangan wanita yang mempunyai paras gula yang tinggi dan kencing manis. Satu jumlah yang besar gula mewujudkan persekitaran yang baik untuk pembiakan yis dan bakteria.
7. Kulit kering
Kulit kering boleh dikaitkan dengan tahap gula tinggi pada darah untuk pelbagai sebab:Kencing berlebihan menyebab badan dihidrasi sehingga tahap yang menyebabkan kulit mula kering. Masalah kulit adalah tanda aterosklerosis – pengerasan dan penyempitan arteri dan pengurangan seiring peredaran darah – penyakit yang sering berlaku pada pesakit kencing manis.
Saraf yang rosak boleh mengganggu operasi normal kelenjar peluh, dan mereka memberi kesan kepada keseimbangan kulit-air.
8. Sukar menumpukan perhatian
Tahap gula tinggi menghalang glukosa memasuki sel-sel otak, sehingga otak mengalami kesukaran untuk mendapatkan tenaga. Ini menjejaskan kelajuan pemikiran dan membuat keputusan.
9. Penglihatan kabur
Penglihatan kabur juga hasil daripada kesan dehidrasi disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah – ia juga memberi kesan kepada sel-sel mata. Akibatnya, mereka berubah bentuk dan mata kehilangan keupayaan untuk memberi tumpuan betul.
10. Mati pucuk
Kesukaran mengekalkan ereksi juga boleh berlaku terhadap glukosa tinggi dalam darah. Ereksi sihat memerlukan kesihatan saraf, aliran darah yang baik, dan hormon yang betul. Namun lebihan gula dalam darah boleh menjejaskan setiap sistem ini.
11. Luka yang lambat sembuh
Ini berlaku disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah akibat paras gula yang tinggi. Ini membawa kepada peredaran darah semaki nteruk, terutama pada anggota badan.
12. Cepat marah
Menurut kajian, orang dengan gula yang tinggi adalah lebih cemas, marah, dan cenderung kepada kemurungan. Otak bergantung kepada bekalan yang sama glukosa, dan melompat mendadak paras memberikan kesan negatif terhadap tugasnya. Hasilnya, suasana hati kita tiba-tiba menjadi lebih teruk. Gula juga memberi kesan kepada penyerapan nutrien lain: kromium. Mineral ini diperlukan untuk mengekalkan tahap gula yang stabil dalam darah kerana insulin, yang membersihkan glukosa daripada darah, tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya.
Sumber: Cerita Viral Hub
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI