Dilanggar kenderaan lain memang buat kepala kita pening. Dengan nak uruskan laporan polis, kalau cedera kena rujuk kepada hospital dan macam-macam lagi. Lagi memeningkan bila yang melanggar tidak mahu bertanggungjawab.
Agak-agak dengan pihak mana yang boleh bantu kita buat tuntutan. Seorang pengguna Facebook Wan Amir telah membuat perkongsian menunjukkan bagaimana anda boleh buat tuntutan terebut.
BACA: ‘Mengecas Telefon Di Dalam Kereta Adalah Selamat’, Jurutera Ini Ada Penjelasannya
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia…!!!
Dahi kita benjol…tangan patah, kereta rosak. Tapi tak boleh claim ke atas yang bersalah.
Kat mana kita boleh claim?
Sebenarnya, ramai yang tak tau. Untuk makluman, kes seperti ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.
Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
BACA: Kena Ambil Tahu 20 Perkara Ini Kalau Tak Nak Kena ‘Cekik’ Dengan Pomen Masa Servis Kereta!
1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plat kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan