Memetik laman sesawang Beat Prostate Cancer, semua lelaki berisiko untuk menghidap kanser prostat. Lebih kurang satu dari setiap 94 lelaki di Malaysia akan didiagnos dengan penyakit itu, dengan kes paling tinggi dilaporkan dari kalangan lelaki berbangsa Cina, diikuti India dan Melayu, demikian menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016.
Faktor risiko ialah apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang menghidap penyakit seperti kanser prostat. Penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan kanser prostat.
Usia
Usia adalah faktor risiko kanser prostat yang paling biasa. Apabila seorang lelaki meningkat usia, risiko kanser prostat juga meningkat.
Ads
Kanser prostat jarang berlaku pada lelaki yang berumur kurang daripada 40 tahun. Peluang menghidap kanser prostat meningkat selepas usia 50 tahun. Lelaki yang paling kerap didiagnosis adalah di antara usia 65 dan 74 tahun.
Sejarah Keluarga
Sekitar lima hingga 10 peratus daripada kes kanser prostat adalah keturunan. Kanser keturunan ini dikaitkan dengan mutasi gen yang diwarisi dan cenderung berlaku lebih awal dalam kehidupan berbanding kes tidak diwarisi (sporadik). Seseorang lelaki mungkin mempunyai peningkatan risiko kanser prostat jika:-
Ads
Dia mempunyai keluarga asas (first-degree relatives: ibu bapa, adik-beradik, anak) yang didiagnosis pada usia sebelum 65 tahun atau sejarah kanser prostat di sebelah keluarga bapa atau ibunya.
Dia mempunyai ahli keluarga yang didiagnosis dengan kanser payudara, kanser kolorektal, kanser ovari, kanser pankreas atau melanoma.
Dia mempunyai saudara perempuan yang disahkan menghidap kanser payudara yang berkaitan dengan BRCA (gen kanser payudara) pada usia sebelum 50 tahun.
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Ads
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada rela atau tidak anda yang menggunakan telefon pintar tidak kiralah apa jenis jenama sekali pun pasti akan berdepan prestasi bateri yang menurun dari semasa ke semasa.
Begitu juga jika anda menggunakan iPhone. Perkara ini juga akan berlaku jika anda mengemaskini sistem operasi terbarunya, iOS untuk iPhone anda. Namun bergantung kepada generasi atau versi iPhone anda, penggunaan bateri mungkin sedikit berbeza.
Namun tip yang MASKULIN kongsikan di bawah ini sedikit sebanyak boleh membantu penggunaan bateri jadi lebih jimat dan efisien. Ikuti beberapa ‘setting’ mudah di bawah untuk jimatkan penggunaan bateri iPhone.
TETAPAN BRIGHTNESS & PENGGUNAAN AUTO-BRIGHTNESS
Salah satu faktor yang boleh ‘makan’ bateri dengan banyak ialah penggunaan skrin. Kecerahan skrin menggunakan banyak tenaga dari bateri. Anda boleh jimatkan bateri dengan Setting > Display & Brightness dan kurangkan kecerahan.
1
Dan salah satu cara terbaik ialah dengan mengaktifkan Dark Mode. Anda juga boleh menetapkan Auto-brightness yang akan menjadikan iPhone anda menyesuaikan penggunaan backlight mengikut kondisi persekitaran.
‘ON’ OPTIMIZED BATTERY CHARGING
Pengaktifan tetapan ini membolehkan iPhone anda mengetahui tingkah laku penggunaan harian anda lalu mengurangkan masa untuk pengecasan penuh. Ia akan membantu bateri berada pada kapasiti 100% pada masa lebih lama. Anda boleh lakukannya dengan; Settings > Battery > Battery Health > Optimized Battery Charging.
TUTUP SERVIS LOKASI
Bagi pengalaman penggunaan yang baik, iPhone turut mengaktifkan antena GPS terbina untuk mengetahui lokasi anda secara tepat. Banyak aplikasi memerlukan anda menggunakan servis lokasi ini.
Dan ia sebenarnya boleh menggunakan bateri dengan banyak. Jadi salah satu caranya ialah dengan menutup atau OFF tetapan ini; Settings > Privacy > Location Services > OFF.
MATIKAN PUSH NOTIFICATION
Fungsi Push Notification untuk pengguna iPhone ialah memberitahu apa yang berlaku secara masa sebenar terhadap kebanyakan aplikasi, e-mel, note dan juga contact. Menggunakan servis ini untuk memeriksa data terbaru membuatkan iPhone bekerja lebih keras. Jadi tidak hairanlah mengapa ia boleh menggunakan bateri dengan cukup signifikan.
Anda boleh matikan fungsi ini dan mengambil data penting secara manual. Anda boleh ke Settings > Mail > Accounts > Fetch New Data.
TUTUP BLUTOOTH DAN WIFI
Melainkan anda menggunakan dua perkara ini, tutuplah tetapan tersebut Ia boleh membantu memperlahankan penggunaan bateri kerana Bluetooth dan Wi-Fi menggunakan antena yang sama. Settings > Wi-Fi > OFF.
TUTUP DATA DI KAWASAN COVERAGE RENDAH
Sesetengah lokasi di negara kita terutamanya di pedalaman atau anda berada di dalam bangunan yang terperosok di bawah tanah, coverage akan berkurangan.
Dan jika ini berlaku iPhone anda akan sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan liputan. Apabila ini berlaku bateri akan digunakan dengan cukup banyak. Untuk elak perkara ini berlaku anda boleh lakukan tetapan Airplane Mode. Settings > Airplane Mode > ON.
AUTO LOCK
Tetapan auto-lock selepas 30 saat juga sangat membantu. Ini mengelak iPhone anda terus ‘menyala’ dalam masa yang lebih lama. Lakukan tetapan ke Settings > Display & Brightness > Auto-Lock dan pilih 30 seconds.
Semoga sedikit perkongsian ini boleh membantu anda menggunakan iPhone dengan lebih mantap. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Khasiat madu memang tidak boleh disangkal kerana ia merupakan sumber yang tinggi antioksidan dan boleh memberi kesan baik kepada tubuh badan.
Jadi tidak hairanlah, jika ramai yang mengamalkan pengambilan madu untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit wajah.
Anda juga pasti tidak mahu pengambilan madu yang anda amalkan setiap hari menjadi sia-sia.
Oleh itu untuk mendapatkan khasiat madu, penting untuk anda mengambilnya dengan cara yang betul.
Bagi anda yang sering mengamalkan pengambilan madu terutamanya yang dimakan bersama jus lemon, ini ada cara betul seperti yang dikongsikan Dr Suri Roowi di Facebooknya.
Semoga perkongsian beliau tentang pengambilan madu ini bermanfaat.
Madu ni boleh diambil dengan dua cara sama ada:
1. Kita mengambil madu itu sendiri atau
2. Kita boleh mengambilnya dengan menambahkan madu bersama sumber-sumber berkhasiat yang lain contohnya seperti herba, limau atau lemon untuk mengatasi masalah batuk dan sebagainya.
Ada kajian yang telah diterbitkan dalam penerbitan jurnal antarabangsa menunjukkan bahawa pengambilan madu yang dicampur dengan lemon sangat berkesan untuk membunuh bakteria staphylococcus.
Bakteria ini merupakan bakteria yang terlibat dengan masalah batuk, keradangan dan sebagainya, jika anda menggunakannya dengan kaedah yang betul.
Cara betul guna madu dengan lemon
Kalau kita ingin menyediakan madu dengan lemon, ini yang kita perlu lakukan iaitu:
1. Kita perlu ambil bahagian kulit lemon dan letakkan ke dalam balang.
2. Campurkan balang tadi dengan madu.
3. Biarkan campuran tadi selama sejam.
4. Selepas sejam, baru kita tambahkan madu tadi dengan perahan jus lemon.
Kenapa kena biarkan sejam?
Madu tidak boleh bekerja dalam keadaan persekitaran yang masam sangat. Ini kerana, di dalam madu mengandungi enzim yang mana enzim ini boleh bekerja dalam keadaan yang tidak terlalu asid dan juga tidak terlalu alkali.
Buang toksid secara natural dengan madu asli
Foto: Facebook Dr Suri Roowi
Cara terbaik, kita perlu amalkan makanan yang mempunyai sumber tinggi antioksidan dan sumber yang mudah untuk serap.
Cara yang terbaik adalah dengan mengamalkan madu tulen setiap hari. Dalam madu mengandungi antioksidan ringkas yang dikenali sebagai asid fenolik.
Asid fenolik ini diserap dalam masa setengah jam hingga ke satu jam. Jadi jika ingin makan madu, JANGAN makan apa-apa dalam masa satu jam. Ini adalah cara terbaik untuk detoks dan amalkan madu setiap hari.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak semalam negara kita heboh membiacarakan tentang kebenaran rentas negeri yang akhirnya dibenarkan bermula hari ini. Pengumuman yang dilakukan semalam oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob merupakan berita yang cukup dinantikan ramai.
Kerinduan kita terhadap ahli keluarga terutamanya kedua-dua orang tua tercinta akhirnya bakal terubat. Malah hari ini sudah ada yang telah bertolak pulang ke kampung halaman.
MASKULIN jangkakan pada hujung minggu ini aliran trafik menuju keluar dari ibu kota pasti akan meningkat berkali ganda. Seolah-olah seperti musim perayaan pula. Namun di sebalik itu ambillah langkah keselamatan terbaik. Pastikan anda lengkap dua dos vaksin dan lakukanlah ujian dengan menggunakan kit ujian kendiri sebelum bertolak pulang.
Buat anda yang merancang untuk pulang dengan kereta perlu tidak perlu tergopoh-gapah. Pertama sekali kena pastikan kondisi kenderaan berada pada tahap yang baik sebelum memulakan perjalanan jauh.
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi negri! Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang.
Ramai yang akan memilih untuk hantar servis ke bengkel. Tapi sebenarnya untuk memeriksa komponen asas anda boleh lakukan sendiri saja. Bukan sahaja jimat kos malah boleh lakukan bila-bila masa.
Periksa penunjuk aras minyak
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.
Periksa minyak enjin
Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu. Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksium. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.
Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minumum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.
Minyak power stereng
Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.
Air radiator
Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu. Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.
Getah wiper
Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
Sistem penghawa dingin
Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada biuh udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.
Drive belt merupakan talipenggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.
Bateri
Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakda ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.
Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.
Tayar
Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.
Semoga perjaanan anda selamat pergi dan balik. Terus amalkan SOP ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.