Ada Sebab Lelaki Ini Tak Lupa Jasa Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selepas Genggam Master

Share

Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan namun bagaimanapun kita hendak la berusaha agar lebih berjaya dan jangan lupa diri apabila berada di atas.

Kisah pemuda ini mungkin boleh menjadi inspirasi buat anda diluar sana. Ridzuan Khalid berterima kasih kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi individu penting dalam perjalanannya mengenggam Ijazah Sarjana Pengurusan Hospitaliti di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ridzuan, 34, menganggap pertolongan kecil penyanyi wanita itu dalam mempromosikan kuih bangkit ibunya secara tidak langsung membantu dia untuk meneruskan pengajian selama lebih setahun itu.

Perkongsian beliau

KISAH PENJUAL KUIH

” Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi
Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya.

Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti.


Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.
Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.

Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah!


Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.”

Diharap perkongsian suadara Ridzuan Khalid ini dapat memberi insiprasi anak muda yang berniaga diluar sana.

Dan lelaki ini terus berjaya dalam kehidupannya. Selamat maju jaya!

 

Sumber : Instagram Ridzuan2021

 

 

Published by
Ruziana Zainal