Tahukah anda fesyen baju Melayu tradisonal yang sering digayakan pada hari raya mengandungi mesej-mesej yang tersendiri melambangkan keperibadian bangsa Melayu?

Sama seperti Cheongsam milik kaum Cina dan Dhotti milik kaum India, meski dunia merentasi peredaran zaman, nilai kebudayaan yang ada masih utuh dikekalkan biarpun menerusi pakaian.

Berbeza dengan segelintir orang-orang Melayu yang ingin tampil moden, ada orang-orang lama marah dengan perkara ini.

Mereka jadi marah kerana acuan gaya baharu menghapuskan identiti keMelayuan yang sedia ada dan dipertahankan sejak zaman-berzaman melainkan :

Ads

1. Fesyen baharu mengandungi identiti Melayu

Biar pun sudah jadi satu pakaian moden, identity Melayu itu masih jelas kelihatan dan tetap boleh dibezakan kerana memiliki keunikan yang tersendiri.

2. Tidak mencolok mata dan pelik

Orang mahu beraya, bukannya mengecam. Biar pun ada pereka fesyen beranggapan, “Fesyen aku, suka hati akulah nak tentutkan apa sekali pun,” perkara ini mungkin perlu diperhalusi dengan lebih detail.

Ads

3. Boleh dibanggakan

Selain itu, fesyen baju Melayu yang baharu ini memang cun kalau ia boleh dibanggakan oleh seluruh anak Melayu dan juga bangsa lain yang kagum akannya. Tidaklah jadi syok sendiri dan tidak boleh dikembangkan.

Ads

Walau apa-apapun, baju Melayu ini hanyalah melambangkan budaya bangsa Melayu sahaja dan tidaklah berkait dengan Islam melainkan ia menutup aurat mengikut syarak dalam Islam.

Jadi, sekiranya ada Cina Muslim yang mahu memakai Cheongsam pada hari raya Aidilfitri, ia tidak menjadi kesalahan kerana Cheongsam melambangkan pakaian tradisi orang-orang Cina.

Sebagai masyarakat yang bijak, kita seharusnya pandai membezakan apa itu pakaian melambangkan bangsa dan juga melambangkan agama. Perbezaan ini harus difahami dengan jelas agar tidak timbul sebarang kekeliruan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI