Walaupun semakin ramai bakat-bakat baharu yang muncul mewarnai industri seni tanah air, sekalipun tidak pernah timbu perasan tergugat dalam diri pelakon Remy Ishak yang kini berusia 41 tahun.
Menerusi laporan Kosmo, Remy beranggapan yang dia dan bakat-bakat baharu masing-masing berada dalam kelas yang berbeza.
“Saya melihat situasi ini seperti permainan bola sepak; ada Liga Perdana dan ada Liga Super. Jadi, sebenarnya, kami berada dalam liga yang berbeza. Tidak ada keperluan untuk bersaing,” jelas Remy.
Tambahnya lagi, kehadiran generasi baharu adalah satu proses semula jadi dalam industri seni, di mana bakat baharu akan menggantikan yang lama. “Saya pun melalui proses yang sama dahulu, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.
Ads
Remy juga mengakui bahawa pelakon-pelakon muda hari ini layak menerima bayaran yang tinggi kerana permintaan terhadap mereka amat tinggi dari kalangan penonton.
“Nama-nama seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, dan Amir Ahnaf memang layak menerima bayaran tinggi kerana zaman sekarang adalah zaman mereka. Saya pula berada pada level saya sendiri, mungkin lebih kepada filem, platform penstriman, atau OTT (over the top) sekarang,” jelasnya.
Remy turut berkongsi pandangannya mengenai kerjayanya di masa hadapan. Menurutnya, tidak mungkin dia akan terus memegang watak hero hingga umur 50 tahun.
Dikenali menerusi drama “Lelaki Kiriman Tuhan,” Remy belum merancang untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon. “Masih banyak watak yang saya ingin lakonkan. Saya pernah cuba keluar dari bidang seni dan melakukan perkara lain, tetapi tidak boleh kerana sudah terlalu seronok berlakon. Apabila sudah terjun ke dunia hiburan, memang sukar untuk berhenti,” ujarnya.
Dengan semangat yang masih membara, Remy Ishak terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya, menyumbang kepada perkembangan industri seni tanah air tanpa merasa tergugat oleh generasi baharu yang muncul.
Sudah trend sekarang, anak muda terutamanya untuk melancong sekurang-kurangnya setahun sekali ke luar atau dalam negara bagi membuka mata dan minda tentang keindahan dan mengenal adat masyarat sesuatu tempat itu.
Tapi bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana.Mari kita tiru cara daripada perkongsian Wan Farhan petua bagaimana nak beli tiket kapal terbang pada harga terendah. Jom kita baca trik yang beliau amalkan.
1. Tempah Hari Selasa & Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
6. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!
7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
Skyscanner
CheapFlight
Momondo
Kayak
Google Flight
Ita Software
Selamat mencuba..
Kredit: kakikujalanjalan.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernahkah anda mendengar tentang Okinawa? Jika anda mengikuti sejarah Perang Dunia ke-2, tentu anda biasa dengan pertempuran Okinawa (battle of Okinawa) yang sebahagiannya telah dilakonkan semula di dalam sebuah filem bertajuk Hacksaw Ridge.
Kita tidak ingin bercakap tentang perang tetapi berkenaan satu fakta yang sangat menarik tentang tempat ini. Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.
Okinawa diet
Gaya hidup dan pemakanan penduduk di pulau ini telah lama diperhatikan serta dikaji memandangkan jangka hayat mereka sentiasa mendahului kawasan lain di dunia. Apakah sebenarnya rahsia mereka?
Pemakanan atau diet! Ini adalah antara faktor utama.
Lalu, apakah yang mereka makan?
Tiada yang begitu mengejutkan seperti buah-buahan syurga mahupun air sakti. Apa yang diamalkan oleh penduduk Okinawa adalah perkara asas. Okinawa diet dicirikan oleh:
Melebihkan makanan kaya dengan sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.
Berhenti sebelum perut penuh – Hara Hachi Bu
Di samping Okinawa diet, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.
Mereka secara amnya mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Mereka juga sudah membiasakan diri untuk berlapar. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.
Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada penduduk Okinawa. Ayuh ambil masa dan mula merancang diet anda hari ini!
Sebelum memulakan percintaan satu pejabat, sama ada sesebuah syarikat itu mempunyai polisi atau tidak akan larangan bercinta, pasti ada batas-batas yang perlu anda ikuti. Bukan sekadar itu, di mana anda berdua pergi juga pasti akan sentiasa diperhatikan. Maka prestasi kerja pasangan juga akan dinilai berdasarkan sejauhmana hubungan. Jadi sanggupkah anda menempuh semua itu?
Sebelum memulakan percintaan perlu fikirkan dahulu apa yang terjadi jika percintaan itu terputus di tengah jalan. Bolehkah anda berurusan secara profesional dan bertemunya setiap hari?
Jika sedang hangat bercinta, janganlah pula memperlihatkan adengan romantis di depan rakan sekerja. Berpengangan tangan atau menyuapkan makanan ke mulut mungkin boleh dilakukan di tempat lain dan bukan di pejabat. Rakan-rakan pula pasti akan rasa tidak selesa jika aksi itu yang sering anda lakukan.
Ketika bercinta mungkin segala rahsia dikongsi bersama. Namun jika putus, segala kelemahan bekas kekasih akan digunakan untuk tujuan membalas dendam bagi menghancurkan kariernya.
Bercinta satu pejabat juga akan memberi kesan terhadap prestasi kerja jika anda tidak pandai mengawalnya. Terlalu beremosi atau ‘jiwang’ akan membuatkan anda hanyut dalam situasi itu.
Faktor ego juga akan memberi kesan andai kekasih lebih tinggi jawatannya di sesebuah organisasi. Malah jika bos pula bercinta dengan pekerja lagi haru! Ada pula kes berat sebelah dan pilih kasih.
Ciri-ciri Positif
Apabila satu pejabat maka anda boleh melihat pasangan dan sentiasa menjaga akan keselamatannya.
Melakukan kerja dengan lebih tekun kerana tidak mahu pasangan dan pengurusan melihat akan hubungan cinta itu akan memberi sebarang masalah.
Apabila ciri-ciri positif ini ada, maka syarikat pula pasti tidak akan menghalang percintaan anda berdua malah untuk yang lain juga.
Pasangan akan lebih mudah diketahui dari segi perangai serta keadaan mood masing-masing.
Oleh kerana bercinta sepejabat, maka anda akan lebih difahami jika bekerja lewat masa atau dibebani dengan tugasan yang banyak.
Ini juga akan memupuk sikap tolak ansur dan lebih memahami dalam apa jua urusan untuk pasangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.