Apabila berbicara mengenai nutrien dalam buahan sitrus, Vitamin C adalah perkara utama yang keluar dari kotak fikiran kita. Walau bagaimanapun, buahan sitrus mengandungi banyak vitamin dan mineral, dan ada pula setengahnya mengandungi ascorbic acis, folate, potassium dan fiber. Kandungan tinggi Vitamin C sangat bagus untuk tubuh kerana ia membantu untuk melindungi radang hati, meningkat daya penglihatan dan juga mengurangkan masalah demam. Selain itu juga, buahan sitrus mampu untuk menghalang penyakit kanser, melindungi dari penyakit diabetes dan menjadikan tulang lebih sihat. Buahan sitrus seperti kiwi, oren dan strawberi memang tinggi Vitamin C. Bukan sahaja ia mampu untuk merehatkan tubuh, malah ia juga merendahkan tekanan darah. Ini antara sebab lain kenapa buahan sitrus bagus untuk tubuh anda.
Meningkatkan kelancaran darah
Ia membantu meningkatkan aliran darah melalui arteri koronari dan menghalang keupayaan arteri dari membentuk darah beku. Sebagai contoh, oren adalah buahan yang paling tinggi Vitamin C dan ia terkenal sebagai bahan pencair darah semula jadi. Secara tidak langsung, ia membantu untuk mencegah dari pembetukan plak di samping mengukuhkan dinding kapilari.
Menghalang dari kanser sel
Dalam tempoh yang lama, para saintis telah membuat kajian berkaitan lemon dan kanser. Menurut mereka, kajian membuktikan bahawa ekstrak lemon mempunyai keupayaan untuk membunuh sel-sel malignan dalam pelbagai jenis kanser, ada yang termasuk kanser kolon, kanser paru-paru dan kanser payudara.
Risiko rendah untuk penyakit strok
Menurut WebMD, mereka yang mengamalkan diet yang mengandungi kandungan tinggi flavanones mempunyai peluang risiko rendah sebanyak 19% untuk menghidap penyakit strok.
Ads
Sumber fiber yang bagus
Buahan sitrus adalah sumber fiber yang baik. Ia membantu untuk proses penghadaman dan penurunan berat badan. Bagaimana? Fiber boleh berada di dalam perut lebih lama dari makanan lain dan seterusnya menjadikan anda terasa penuh untuk lebih lama, menyebabkan anda kurang megambil makanan. Ia juga boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah dan memberi lebih banyak tenaga.
Melindungi dari penyakit diabetes
Ia juga mengandungi naringin dan neohesperidin, kedua-duanya berindak untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan insulin dalam sel.
Ads
Tulang yang sihat
Menurut SaveInstitute, hasil kajian mereka menunjukkan bahawa buahan sitrus ini bertindak sebagai anti-oksidan dimana ia membantu untuk menjadikan tulang lebih sihat.
Mengurangkan stress
Apabila anda dalam keadaan stress yang kronik, tubuh anda akan lemah untuk bertindak balas. Kajian membuktikan bahawa dengan pengambilan buahan sitrus yang banyak membantu untuk mengurangkan tahap tekanan. Aroma dari minyak mandarin dan bau grapefruit terbukti membantu untuk mengurangkan tekanan.
Ads
Meningkat daya penglihatan
Buahan sitrus seperti beri dan lemon dipercayai tinggi Vitamin C. Jelas terbukti, Vitamin C membantu untuk menyokong kesihatan saluran darah dalam mata.
Tingkatkan sistem imun
Ia juga meningkatkan penghasilan sel darah putih dan ia membantu tubuh anda melawan sebarang jangkitan bakteria. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia boleh melonjakkan kekuatan sistem imun tubuh anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki tenaga yang berpanjangan semasa bersenam tak kira di kawasan beriadah, mauhupun di gym, adalah idalam setiap orang tak kira lelaki ataupun wanita. Makanan memainkan peranan penting dalam pencapaian seseorang. Seseorang yang menjaga diet, akan sentiasa menjaga pemakanan mereka tak kira dalam apa jua keadaan. Namun, ada antara anda yang masih tidak pasti bentuk makanan bagaimanakah yang sesuai dinikmati oleh seseorang sebelum memulakan senaman.
Lebih sinonim dengan nama Pre-Workout dimana anda perlu mengambil sedikit makanan sebelum anda bersenam. Ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk antaranya makanan semua jadi, ataupun supplement yang telah diproses. Masing-masing mempunyai khasiat tersendiri. Tujuan utama mengambil makanan Pre-Workout adalah untuk menstabilkan gula dalam darah semasa bersenam yang akan membantu mencegah pengurangan glikogen dan mengurangkan kerosakan otot anda.
Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan bergantung kepada jenis senaman anda. Contohnya seperti kefein yang diterangkan oleh pakar UK, dimana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan creatine atau kafein, boleh membantu untuk meningkatkan prestasi. Walaupun mereka mungkin mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan mungkin juga meningkatkan aliran darah ke kulit, kesan-kesan ini begitu kritikal malah membantu anda menjadi lebih kuat, cerdas dan sihat.
Jenis-jenis Pre-Workout
Setiap coach, nutritionist, dan dietitian mempunyai konsep yang berbeza dalam jenis-jenis pre-workout. Namun, mereka semua mencapai kata sepakat bahawa makanan merupakan elemen terpenting dalam pre-workout. Makanan ini hendaklah diambil paling lewat 30 minit sebelum anda mula bersenam. Karbohidrat membantu memaksimumkan glikogen untuk senaman intensiti tinggi, manakala lemak membantu badan anda untuk bertahan lebih lama ketika latihan. Protein juga boleh dimasukkan kerana ia meningkatkan sintesis protein otot dan membantu dalam pemulihan otot yag koyak ketika bersenam.
Tentu sekali, jika anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar nutrisi dan dietitian, mereka akan menasihatkan anda untuk makan makanan yang tidak diproses seperti telur mata lembu, telur rebus bersama dengan sekeping roti sebelum bersenam. Manakala coach dan pakar gimnasium akan sarankan anda untuk mengambil protein powder sebagai makanan tambahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sekarang pelbagai karenah selebriti tanah airdan antarabangsa dapat kita saksikan di laman media sosial.
Ada yang bersenam, ada yang melayan tarian Tik Tok dan tidakkurang juga meluangkan masa dengan berkarya sama ada dari segi penulisan atau mencipta lagu.
Itulah yang dilakukan oleh dua penyanyi muda lelaki paling popular di negara kita sekarang iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel. Mereka berdua telah mengeluarkan sebuah lagu yang unik berjudul ‘COVID-19’.
Menariknya, lagu tersebut dicipta oleh mereka dalam tempoh 24 jam sahaja. Lagu tersebut di muat naik ke laman YouTube Ismail Izzani pada 22 Mac lalu dan kini telah mencatatkan sebanyak 60 ribu views. Malah rakaman video di dalam muzik video ini mamaparkan di sebalik tabir bagaimana mereka menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh PKP.
Memetik laporan Berita Harian, Naim Daniel menjelaskan bahawa lagu yang dihasilkan bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai bahaya virus tersebut merupakan cetusan idea Ismail.
Jelasnya, tiada sebarang niat untuk meraih keuntungan melainkan memberi kesedaran terhadap masyarakat.
Lagu tersebut dikatakan terhasil secara tak sengaja sewaktu Ismail muncul live di Instagram.
Naim Daniel yang juga juara Anugerah Juara Lagu Ke-34 dan bakal muncul sebagai back cover majalah MASKULIN isu April 2020 berkata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perlu diisi dengan seuatu yang bermanfaat bukan sahaja untuk dirinya tetapi masyarakat.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Naim dan Ismail kerana peka dan kreatif dalam menyampaikan mesej yang sangat penting tatkala negara berdepan krisis seperti sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat.
Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:
1. Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.
Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
2. Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).
Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.
Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
Doa orang yang teraniaya
Doa selepas solat 5 waktu
Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
Doa waktu solat dhuha
Doa diwaktu berjemaah
Doa seorang ibu
Doa ketika sedang sujud
Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.