Seringkali anda mendengar bahawa Labu merupakan sayuran jenis sejuk dan tidak boleh dimakan oleh segelintir masyarakat khususnya wanita dalam pantang. Labu mungkin menjadi salah satu buah-buahan yang paling kurang kerap anda nikmati. Kaya dengan antioksidan dan serat yang tinggi, labu merupakan makanan paling tinggi darjatnya. Mungkin ia tidak dapat dijadikan kenderaan buat Cinderella, tapi ini antara faktor, buah labu baik untuk kesihatan anda.

Ada Apa Dalam Sebiji Buah Labu?

Sumber daripada SheKnows, seorang Dietitian di Amerika Syarikat menyatakan bahawa biji dan isi buah labu paling bagus dinikmati kerana ia mempunyai manfaat yang tersendiri. Biji labu tinggi karotenoid, sejenis antioksidan yang kuat yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, semetara daging labu tinggi serat pemakanan, yang boleh membantu meningkatkan metabolisme, membantu dalam menurunkan berat dan mengawal kelaparan.

 

Labu tinggi vitamin A

Labu mempunyai sumber vitamin A yang bagus. Secara teknikalnya, labu mengandungi beta-karotena, pigmen tumbuhan yang ditukar menjadi vitamin A dalam badan. Sumber yang paling bagus untuk memperoleh vitamin adalah melalui sumber tumbuhan seperti vitamin A yang terbentuk daripada makanan berasaskan haiwan dan beberapa makanan tambahan.

Vitamin A adalah nutrien penting yang amat penting untuk mata anda. Ia adalah komponen penting dalam protein [dipanggil rhodopsin] yang menyerap cahaya di reseptor. Salah satu tanda awal kekurangan vitamin A adalah rabun malam, jadi jika anda mengalami sedikit kesulitan melihat pada waktu malam, pastikan anda mendapat cukup vitamin A dalam diet anda.

Ads

Ada Apa Dalam Sebiji Buah Labu?

Sebagai antioksidan yang kuat, vitamin A dapat membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan mengurangkan kerosakkan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh. Atas sebab ini, vitamin A juga dikaitkan dengan pengaktifan kanser yang lebih rendah. Ini juga penting untuk optimum penglihatan, kesihatan kulit dan berfungsi dengan baik pada organ dalaman.

Setengah cawan labu (tin atau segar) mempunyai kira-kira 100% nilai harian untuk vitamin A. Sama ada dalam tin atau segar, tiada masalah untuk anda nikmati. Masing-masing mempunyai nutrisi yang lengkap. Kami sarankan agar anda mencampurkan labu segar ke dalam oat, dalam smoothie atau masakan berlauk. Tapi berpada pada gula dan garam ye.

 

Ads

Labu adalah sumber vitamin C yang baik

Vitamin C dalam labu tidaklah sehebat vitamin A. Ia mempunyai sekitar 8 hingga 9 peratus kurang daripada vitamin A, namun ia mempunyai kolagen, komponen tisu penghubung yang membantu dalam penyembuhan luka. Vitamin C juga penting untuk antioksidan, mengehadkan kerosakan radikal bebas dalam badan, serta membantu menyerap sumber-sumber nonmet (berasaskan tumbuhan). Jika anda vegetarian dan mempunyai Anemia, pastikan anda mendapatkan beberapa vitamin C dengan zat besi.

Ada Apa Dalam Sebiji Buah Labu?

 

Ads

Biji labu yang lazat & berkhasiat

Bijian yang melekit, yang juga dikenali sebagai pepitas ketika dikupas, adalah tambahan yang baik untuk diet anda. Ia mungkin kecil, tetapi ia mempunyai nilai pemakanan tersendiri yang mempunyai sumber besi, serat, protein dan lemak yang sangat baik. Besi yang terdapat dalam biji labu adalah penting untuk oksigen di dalam tubuh badan kita. Tahap rendah besi boleh membawa kepada Anemia, keadaan yang dicirikan oleh keletihan, menurunkan prestasi fitness anda dan mengurangkan ketajaman mental dan cenderung terhadap mood yang kurang baik.

Ada Apa Dalam Sebiji Buah Labu?

Besi adalah nutrien penting untuk orang pramenopause, ia kerana besi hilang dalam darah semasa haid. Perempuan muda yang aktif mempunyai keperluan yang lebih tinggi. Cara terbaik untuk nikmati biji labu adalah dengan panggang ia di dalam oven atau campurkan dengan salad. Jadi, fikir kembali tentang masa depan anda, jika anda sedang berdier, mungkin sudah tiba masanya anda tambahkan menu diet dalam pemakanan anda dengan labu!

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI