Isu lelaki berpakaian wanita mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, terutama selepas beberapa lelaki tampil dengan pakaian menyerupai wanita dalam acara berprestij, seperti yang berlaku di AJL39 yang baru berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Banyak yang beranggapan penampilan sebegitu mencabar identiti jantina dan norma sosial yang sudah diterima ramai.
Islam menggariskan dengan jelas bahawa lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki adalah sesuatu yang dilarang. Rasulullah ﷺ telah bersabda:
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari)
Memetik kata-kata dari Dr Ahmad Sanusi, “larangan ini bukan sekadar dalam aspek pakaian, tetapi mencakup segala bentuk tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat tentang jantina seseorang
“.Ini adalah peringatan jelas bahawa setiap individu harus menjaga batas-batas agama dan menjaga identiti jantina yang telah ditentukan oleh Allah.
Pelawak terkenal, Achey, yang turut memberi pendapat mengenai fenomena ini.
Beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap fenomena ini, apatah lagi apabila media sosial memberi ruang kepada mereka untuk muncul dengan penampilan sebegitu.
“Makin berani… dalam social media… yang lalu kat red carpet tu orang nak tengok lelaki dan perempuan.. memang takda lain dah .. 2 ni je… nak lalu ko lalu jela.. yang aku hangin … media siap buat posting… ibarat benda tu nak di war2 kan… ‘kita ada platform untuk korang muncul ni’… whatttt????”
Achey juga menegaskan bahawa kritikan kini telah menjadi satu bentuk pemasaran yang menguntungkan.
Seolah-olah semakin menjadi trend, lelaki berpakaian seperti perempuan mendapat perhatian besar di media, walaupun ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat.
Teguran Achey ini memberikan gambaran betapa isu ini turut memberi kesan kepada generasi muda.
Jika mereka terus terdedah kepada imej-imej sebegini, apakah kesan yang akan timbul dalam bentuk pembentukan pemikiran dan identiti mereka pada masa akan datang?
Masyarakat sering mengaitkan maskulin dengan kekuatan, ketegasan dan sifat-sifat tertentu yang mencerminkan peranan lelaki dalam keluarga dan komuniti.
Namun, dengan perubahan norma dan penerimaan sosial yang semakin berkembang, adakah kita kini melihat konsep maskulin mula terganggu?
BACA LAGI : Kesalahan Fesyen Perlu Lelaki Elak Agar Tak Ketinggalan Zaman & Nampak Lebih Tua
Lelaki berpakaian wanita bukan hanya soal pilihan fesyen, tetapi lebih kepada isu identiti yang mungkin merosakkan pandangan generasi muda terhadap apa itu maskulin yang sebenar.
Isu ini membuka ruang perbincangan tentang pentingnya mendidik anak-anak tentang nilai-nilai yang betul, terutama di era media sosial yang begitu kuat mempengaruhi budaya dan minda ramai.
Apa yang berlaku di AJL39 dan dalam dunia hiburan, walaupun mungkin dianggap sebagai gaya atau trend, harus dilihat dari perspektif yang lebih luas.
Kritikan yang muncul, seperti yang diutarakan oleh Achey, bukanlah semata-mata soal penampilan, tetapi tentang tanggungjawab sosial dan pemeliharaan identiti jantina yang jelas.
Sumber : Faceboook Dr Ahmad Sanusi
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.