ACCORD 2018: INI 9 PERKARA UTAMA PERLU DIKETAHUI

Share

Generasi baharu Honda Accord kini sedia dipasarkan ke pasaran Amerika Syarikat. Negara Uncle Sam itu baru sahaja melancarkan generasi ke-10 Honda Accord.

Model sedan segmen-D itu lebih lebar, walaupun jarak roda dipanjangkan tetapi bahagian badan lebih pendek dengan garisan bumbung yang rendah.

Seperti apa popularnya model berkenaan? Untuk makluman, secara purata sebanyak 13 juta Honda Accord dijual di Amerika Syarikat sejak 41 tahun lalu. Ini bermaksud Accord akan terjual setiap dua minit.

Ini menjadikan pembaharuan semula Accord adalah satu cabaran besar.  Di sini, penulis senaraikan sembilan perkara yang perlu anda ketahui tentang Honda Accord 2018:

  1. ENJIN LEBIH KECIL

Honda menggantikan enjin 3.5 liter  V6 dengan 2.0 liter pengecas turbo 4-silinder daripada enjin Civic Type R. Tetapi jangan terlalu teruja bahawa Accord lebih maniac seperti  Type R. Accord akan menerima  inersia turbo rendah yang berbeza.

Terdapat juga enjin 1.5 liter turbo petrol iaitu enjin sama yang digunakan pada model Civic.  Enjin 1.5 liter menggantikan enjin 2.4 liter aspirasi semulajadi (NA).

Versi Hibrid turut ditawarkan  menggunakan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson bersama sistem dua motor hibrid yang dikemas kini. Bahagian bateri dan modul kawalan diposisikan di bahagian bawah lantai but bagi mengekalkan ruang kargo dan membolehkan kerusi barisan kedua dilipat.

  1. TRANSMISI 10-KELAJUAN

Honda mengesahkan Accord generasi ke-10 adalah model pertama pacuan depan yang digabungkan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Transmisi tersebut akan dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo. Manakala, transmisi CVT ditawarkan pada versi 1.5 liter.

Bagi pengguna yang menginginkan keseronokkan pemanduan, Honda masih terus menawarkan transmisi 6-kelajuan manual. Walaupun pilihan pemanduan manual berkenaan tidak begitu popular.

  1. VERSI COUPE DIMANSUHKAN

Oleh kerana Accord coupe hanya menyumpang kepada empat peratus jualan di Amerika Syarikat, Honda menamatkan tawarkan versi coupe.

  1. LEBIH BANYAK CIRI PERALATAN

Skrin sentuh hiburan lapan inci dipadankan dengan sambungan  Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara, sistem telematik HondaLink diperbaharui dengan ciri bantuan tepi jalan, membuka dan mengunci jarak jauh serta menghidupkan enjin, diagnostik jarak jauh dan pengesan apabila kenderaan dicuri dan geofencing.

Lebih menarik Honda Sensing ditawarkan standard bagi kesemua varian.

  1. DIMENSI BERUBAH

Accord versi 2018  lebih lebar, pendek dan rendah. Bahagian jarak roda meningkat sebanyak 2.16 inci bagi menawarkan ruang kabin lebih lapang.

Walaupun jarak roda bertambah, panjang keseluruhan Accord lebih pendek 0.39 inci dan ketinggian sedan dikurangkan sebanyak 0.6 inci. Kedudukan kerusi juga agak rendah bagi menawarkan ruang kepala dan bahu lebih lega.

Bahagian kerusi belakang diposisikan sedikit ke belakang bagi memberikan ruang tambahan 1.9 inci pada bahagian kaki. Ruang but belakang juga meningkat.

  1. KETEGARAN BADAN DIPERTINGKATKAN

Penggunaan 54.2 peratus keluli kekuatan tinggi menyumbang kepada pengendalian tajam Accord. Ia juga mengurangkan berat badan Accord selain meningkatkan ketegaran. Pengurangan berat Accord di antara 50 sehingga 80kg (bergantung kepada varian).

Rekaan semula topang MacPherson pada bahagian depan menawarkan pengendalian lebih baik. Manakala bahagian belakang juga didatangkan dengan suspensi multilink baharu. Lebih menarik, buat pertama kali Accord ditawarkan dengan penyerap hentak adaptif.

  1. DUA MOD PEMANDUAN

Accord didatangkan dengan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Sport. Mod berkenaan akan mengubah pengendalian stereng, kotak gear dan pemetaan pendikit serta suspensi bagi menawarkan pemanduan santai dan sporty mengikut mod pilihan.

  1. PILIHAN VARIAN

Accord 1.5L:  LX, Sport, EX, EX-L, EX-L Navi dan Touring.

Accord  2.0L: Sport, EX-L, EX-L Navi dan Touring.

Accord Hybrid: Hybrid, EX, EX-L, EX-L Navi, dan Touring.

 

GALERI

 

Published by
webadmin