Generasi baharu Honda Accord kini sedia dipasarkan ke pasaran Amerika Syarikat. Negara Uncle Sam itu baru sahaja melancarkan generasi ke-10 Honda Accord.
Model sedan segmen-D itu lebih lebar, walaupun jarak roda dipanjangkan tetapi bahagian badan lebih pendek dengan garisan bumbung yang rendah.
Seperti apa popularnya model berkenaan? Untuk makluman, secara purata sebanyak 13 juta Honda Accord dijual di Amerika Syarikat sejak 41 tahun lalu. Ini bermaksud Accord akan terjual setiap dua minit.
Ini menjadikan pembaharuan semula Accord adalah satu cabaran besar. Di sini, penulis senaraikan sembilan perkara yang perlu anda ketahui tentang Honda Accord 2018:
ENJIN LEBIH KECIL
Honda menggantikan enjin 3.5 liter V6 dengan 2.0 liter pengecas turbo 4-silinder daripada enjin Civic Type R. Tetapi jangan terlalu teruja bahawa Accord lebih maniac seperti Type R. Accord akan menerima inersia turbo rendah yang berbeza.
Terdapat juga enjin 1.5 liter turbo petrol iaitu enjin sama yang digunakan pada model Civic. Enjin 1.5 liter menggantikan enjin 2.4 liter aspirasi semulajadi (NA).
Versi Hibrid turut ditawarkan menggunakan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson bersama sistem dua motor hibrid yang dikemas kini. Bahagian bateri dan modul kawalan diposisikan di bahagian bawah lantai but bagi mengekalkan ruang kargo dan membolehkan kerusi barisan kedua dilipat.
TRANSMISI 10-KELAJUAN
Honda mengesahkan Accord generasi ke-10 adalah model pertama pacuan depan yang digabungkan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Transmisi tersebut akan dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo. Manakala, transmisi CVT ditawarkan pada versi 1.5 liter.
Ads
Bagi pengguna yang menginginkan keseronokkan pemanduan, Honda masih terus menawarkan transmisi 6-kelajuan manual. Walaupun pilihan pemanduan manual berkenaan tidak begitu popular.
VERSI COUPE DIMANSUHKAN
Oleh kerana Accord coupe hanya menyumpang kepada empat peratus jualan di Amerika Syarikat, Honda menamatkan tawarkan versi coupe.
LEBIH BANYAK CIRI PERALATAN
Skrin sentuh hiburan lapan inci dipadankan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara, sistem telematik HondaLink diperbaharui dengan ciri bantuan tepi jalan, membuka dan mengunci jarak jauh serta menghidupkan enjin, diagnostik jarak jauh dan pengesan apabila kenderaan dicuri dan geofencing.
Lebih menarik Honda Sensing ditawarkan standard bagi kesemua varian.
Ads
DIMENSI BERUBAH
Accord versi 2018 lebih lebar, pendek dan rendah. Bahagian jarak roda meningkat sebanyak 2.16 inci bagi menawarkan ruang kabin lebih lapang.
Walaupun jarak roda bertambah, panjang keseluruhan Accord lebih pendek 0.39 inci dan ketinggian sedan dikurangkan sebanyak 0.6 inci. Kedudukan kerusi juga agak rendah bagi menawarkan ruang kepala dan bahu lebih lega.
Bahagian kerusi belakang diposisikan sedikit ke belakang bagi memberikan ruang tambahan 1.9 inci pada bahagian kaki. Ruang but belakang juga meningkat.
KETEGARAN BADAN DIPERTINGKATKAN
Penggunaan 54.2 peratus keluli kekuatan tinggi menyumbang kepada pengendalian tajam Accord. Ia juga mengurangkan berat badan Accord selain meningkatkan ketegaran. Pengurangan berat Accord di antara 50 sehingga 80kg (bergantung kepada varian).
Ads
Rekaan semula topang MacPherson pada bahagian depan menawarkan pengendalian lebih baik. Manakala bahagian belakang juga didatangkan dengan suspensi multilink baharu. Lebih menarik, buat pertama kali Accord ditawarkan dengan penyerap hentak adaptif.
DUA MOD PEMANDUAN
Accord didatangkan dengan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Sport. Mod berkenaan akan mengubah pengendalian stereng, kotak gear dan pemetaan pendikit serta suspensi bagi menawarkan pemanduan santai dan sporty mengikut mod pilihan.
PILIHAN VARIAN
Accord 1.5L: LX, Sport, EX, EX-L, EX-L Navi dan Touring.
Accord 2.0L: Sport, EX-L, EX-L Navi dan Touring.
Accord Hybrid: Hybrid, EX, EX-L, EX-L Navi, dan Touring.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelbagai jenis kenderaan kini dilengkapi dengan teknologi dan fungsi yang canggih termasuk Tetingkap Kuasa atau dipanggil Auto Power Window.
Sistem ini membolehkan tingkap diturunkan atau dinaikkan hanya dengan sekali tekan. Pun begitu, kadangkala ia juga tidak berfungsi seperti kebiasaan khususnya kereta yang dah 4-5 tahun digunakan. Tingkap jadi berat nak tutup kemudian jammed.
Salah satu punca masalah power window ini berlaku adalah kerana tidak melakukan penjagaan getah pada tingkap kereta atau dipanggil run channel. Demikian menurut perkongsian Altimate Auto Garage dalam satu video di laman TikTok.
Tak jaga getah run channel, punca power window rosak
“Korang tolonglah jaga getah tingkap kereta ini, kalau tak jaga itu yang buat rosak power window kereta,”pesannya.
“Bila cuba naikkan tingkap tapi jadi berat cuba tengok getah atau dipanggil run channel.
“Sebab ia boleh buat tingkap jadi berat dan menyebabkan motor bergerak secara paksa. Bila ini motor bergerak secara paksa, ia akan jadi panas dan kemudian boleh buat motor jammed.
“Cara nak jaga getah ini senang saja, guna silikon spray (boleh cari dekat Mr DIY atau beli online). Ataupun guna minyak.
“Cara nak guna, spray saja dekat celah celah getah. Bila dah spray, cermin akan bergerak dengan lancar.
“Jangan abaikan getah ini, spray ini murah saja. Elok elok modal kecil tak pasal pasal kena tukar power window,”pesannya lagi.
Sebagai pemilik kereta, penting kepada kita untuk mengetahui setiap sudut kenderaan agar dapat mengenal pasti masalah sekiranya berlaku kerosakan malah bagi mengelakkan kita membawa kenderaan kembali ke kedai untuk dibaiki bagi perkara yang tidak perlu.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kata orang malang tidak berbau. Kadang-kadang tengah sedap elok memandu ambil-sambil maka kacang tiba-tiba tayar kereta pancit. Jika perkara ini berlaku, jangan panik atau menggelabah. Tenangkan fikiran anda.
Ni 4 perkara yang perlu dilakukan.
1) Jangan terus menghentam pedal brek. Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukandalam kejadian tayar pecah kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.
2. Jangan mengangkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba. Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika, sebelum melepaskan ia beransur-ansur. Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar pecah. Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.
3. Saat kejadian kereta anda akan berasa ditarik ke arah tayar yang pecah. Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda adalah lurus. Membelok stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
4) Hidupkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada kenderaan sekeliling. Program kawalan kestabilan Kenderaan (contohnya ESP) dalam sistem sesebuah kenderaan juga adalah penyelamat dalam keadaan tayar pecah. Pertimbangkan ciri-ciri ini apabila merancang untuk membeli kereta anda yang seterusnya demi lebih ciri keselamatan.
Tip Tambahan
Selain daripada perkara diatas jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.
Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kawan-kawan, saudara dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.
Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna iaitu tidak pancit.
Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang amat penting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang utama
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang pemilik kereta terlepas pandang tentang Engine Mounting’.
Apabila berbicara tentang aspek penting dalam komponen kereta, seringkali kita hanya memikirkan tentang enjin, transmisi atau sistem suspensi. Malangnya salah satu komponen yang sering diabaikan namun sangat penting adalah ‘engine mounting’.
Secara asasnya, engine mounting merupakan salah satu komponen penting yang bertindak sebagai pengikat antara enjin dan kereta.
Engine mounting adalah set komponen yang berfungsi untuk menahan enjin di tempatnya serta mengurangkan getaran yang dihasilkan oleh enjin ketika beroperasi. Komponen ini kebiasaannya diperbuat daripada getah dan logam, engine mounting direka untuk menyerap getaran daripada enjin sehingga penumpang dan komponen lain dalam kereta tidak merasakannya.
Kredit Foto : Website Freepik
Fungsi Utama Engine Mounting:
Penahan Enjin
Salah satu fungsi utamanya adalah memastikan enjin kekal pada posisinya. Tanpa engine mounting yang baik, enjin mungkin bergerak atau bergegar dan mungkin dapat menyebabkan kerosakan pada komponen lain.
Penyerap Getaran
Enjin menghasilkan getaran ketika beroperasi. Getaran ini, jika tidak diredam, bisa dirasakan oleh penumpang di dalam kereta. Dengan mounting engine, getaran tersebut diserap, memberikan kenyamanan yang lebih bagi penumpang.
Perlindungan Komponen
Dicipta untuk menstabilkan enjin, komponen ini juga melindungi komponen lain dalam kabin enjin daripada berpotensi untuk rosak akibat getaran atau gerakan enjin yang berlebihan.
Kredit Foto : Website gridoto
Tanda-tanda Engine Mounting Bermasalah
Getaran Berlebihan
Salah satu tanda paling jelas daripada engine mounting yang bermasalah adalah getaran berlebih di dalam kabin. Ini menunjukkan bahawa komponen tersebut tidak lagi bekerja dengan efektif untuk menyerap getaran.
Bunyi ‘Berkertak’
Jika Anda mendengar bunyi berkertak atau pukulan ketika menghidupkan enjin atau saat memandu, ini mungkin merupakan tanda bahawa engine mounting sudah usang atau rosak.
Engine mounting adalah komponen penting dalam sebuah kereta bagi memastikan operasi enjin berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan. Kita perlu memastikan bahawa getaran tidak dirasakan oleh penumpang dan komponen lain.
Seperti komponen kereta lainnya, mounting engine juga memerlukan pemeriksaan dan pemeliharaan berkala untuk memastikan mereka tetap dalam kondisi baik dan berfungsi dengan baik.