Buat squats boleh tampil kacak?
Ya, mengapa tidak. Ini kerana senaman squats mampu membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan terutamanya di bahagian punggung dan peha tampil lebih mantap dan pejal.
Wanita pasti akan menoleh tengok buat kali kedua jika mereka melintas anda. Tak percaya? Cubalah lakukan squats secara konsisten dan MASKULIN boleh jamin penampilan anda akan berubah dengan drastik.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
- Back squats
- Front squats
- Box squats
- Bulgaria split squats
- Jefferson squats
- Zercher squats
- Prisoner squats
- Goblet squats
BACA: Selain Bentuk Body Sixpack, Ini 8 Lagi Manfaat Senaman Plank Setiap Pagi!
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
1.
Membina otot di seluruh badan
2.
Membakar lebih banyak lemak
3.
Meningkatkan kesihatan badan
4.
Mengekalkan tahap mobiliti anda
5.
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
6.
Tingkatkan prestasi sukan
7.
Mencegah kecederaan otot
8.
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
9.
Menguatkan sendi
10.
Senaman yang bersifat praktikal
11.
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
12.
Tak menelan kos yang tinggi
13.
Boleh dilakukan di mana saja
14.
Tidak perlukan ruang yang luas
15.
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sokongan Sosial Jadi Salah Satu Kunci Utama Tangani Masalah Obesiti
Mungkin ramai di kalangan kita semua tidak sedar bahawa Malaysia merupakan negara yang memiliki peratus rakyat mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti paling tinggi di Asia Tenggara.
Kajian pada tahun 2019 menunjukkan kira-kira 15.6% rakyat Malaysia mempunyai masalah ini. Ia diikuti dengan negara Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Tahun demi tahun menyaksikan kadar obesiti di Malaysia ini semakin meningkat.
Bersempena Hari Obesiti Sedunia pada 4 Mac lalu, Yayasan Obesiti Sedunia tampil dengan tema ‘Perubahan Perspektif: Mari Berbicara Tentang Obesiti’. Misi utama tema ini ialah membetulkan tanggapan dan salah anggap tentang masalah obesiti di kalangan masyarakat.
Di peringkat global masalah ini juga dilaporkan meningkat pada kadar yang cukup membimbangkan. Yayasan Obesiti Sedunia mendapati bahawa pada 2020, hampir 1 bilion orang mengalami obesiti iaitu 1 dalam 7 orang.
Lebih merisaukan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkan dengan anggara menjelang 2035 hampir 1 daripada 4 orang akan mengalami masalah ini. Statistik di Malaysia juga amat membimbangkan, kerana Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 melaporkan bahawa 50.1% rakyat Malaysia didapati obes atau mempunyai berat badan berlebihan.
SEMAKIN MENINGKAT
Keadaan ini mungkin mencetus implikasi kesihatan yang nyata, kerana kegemukan dikaitkan dengan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis yang merupakan faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular.
Dalam tempoh dua tahun kebelaknagan ini sahaja sejumlah besar pengguna melaporkan kenaikan berat badan disebabkan oleh amalan gaya hidup kurang sihat semasa pandemik. Ini adalah berdasarkan Tinjauan Tingkah Laku Peribadi Herbalife Nutrition yang dikendalikan di rantau Asia Pasifik.
Dalam kalangan individu yang terbabit, 46% daripada responden Malaysia menyatakan berat badan mereka naik sebanyak tiga hingga lima kilogram, manakala 24% mengalami kenaikan berat enam hingga 10 kilogram.
Berat bertambah terutamanya kerana makan terlalu banyak makanan kurang sihat (65%), tidak bersenam atau kurang aktif (61%), makan secara berlebihan akibat rasa tertekan (56%) dan tidak mendapat tidur yang secukupnya (35%).
GAYA HIDUP AKTIF
Antara langkah yang boleh diambil termasuk mengurangkan makanan terproses dan menambah buah-buahan dan sayur-sayuran serta protein; dan melakukan senaman lebih kurang 45 minit sehari. Bagaimanapun, memang lebih senang untuk bercakap daripada bertindak.
Sebagai contoh, data mengenai senaman di gimnasium mendedahkan bahawa walaupun orang ramai menjadi ahli dengan azam yang tinggi, tidak ramai yang dapat meneruskan amalan bersenam.
Bagaimanapun, jika anda boleh mencari sekumpulan rakan yang ‘sekepala’ yang mahu mengamalkan cara hidup aktif, anda boleh meningkatkan dengan ketara kemungkinan mencapai matlamat anda.
Satu kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Sports Medicine mendapati bahawa orang yang kerap berjalan kaki secara berkumpulan mempunyai tekanan darah, kadar jantung rehat dan jumlah kolesterol yang lebih rendah.
Bagi Herbalife Nutrition, mereka telah melihat sendiri kelebihan penglibatan dalam kumpulan sosial memainkan peranan penting untuk menetapkan rutin pemakanan atau kecergasan. Sokongan rakan seperjuangan mendorong mereka untuk menjalani kehidupan lebih sihat.
Malah ramai pengedar mereka turut aktif menganjurkan aktiviti kecergasan berkumpulan yang sering dirujuk sebagai Kelab Kecergasan. Di sini pengguna mereka berpeluang menyertai kelas senaman berkumpulan sama ada di dalam premis kelab atau di luar.
Kredit: Herbalife Nutrition
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Adakah Bengkak Pada Leher Salah Satu Petanda Kanser? Doktor Pakar Ini Perjelaskan
Ada segelintir daripada kita memandang remeh dengan bengkak pada leher kerana menganggapnya sebagai bengkak biasa yang tidak serius. Namun tanggapan biasa anda itu boleh jadi salah kerana bengkak pada leher mungkin menjadi salah satu petanda kanser.
Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penjelasan Dr Ezairy M.Sallih seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsiannya ini.
BENGKAK PADA LEHER PETANDA KANSER?
“Doktor, saya risau dengan leher saya yang ada ketulan dan bengkak sejak beberapa bulan ini. Apa sebabnya ya?”
Soalan seperti ini pernah ditanya kepada saya. Ya, anda tidak boleh ambil ringan jika masalah ini berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda.
Ia mungkin salah satu petanda kanser!
Kanser hidung, kanser larinks, kanser lidah dan mulut, imfoma dan sebagainya boleh disertai atau dimulai dengan gejala ini. Oleh itu, hati-hati.
Perhatikan juga simptom-simptom lain. Gejala seperti pengurangan berat badan yang signifikan, hilang selera makan, juga merupakan salah satu gejala yang perlu diberi perhatian.
Kanser hidung biasanya disertai dengan masalah sebelah bahagian hidung seperti pendarahan, hidung tersumbat, masalah pendengaran dan lain-lain.
Kesukaran menelan, perubahan pada kualiti suara lebih tiga minggu juga perlu diambil tahu. Kanser di bahagian larinks, peti suara dan esofagus (saluran makanan bahagian atas) boleh menyebabkan masalah ini.
Jika anda ada sebarang masalah, risau dengan keadaan penyakit anda, rujuklah dengan doktor terdekat. Anda akan dibantu.
Sila #kongsikan artikel ini jika anda rasa ia amat berguna untuk orang yang anda sayangi. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tidak Sempat Makan Sebelum Bersenam? Ini Makanan Untuk Tenaga Segera
Pentingnya makan sebelum bersenam tidak boleh diabaikan. Makanan yang betul sebelum sesi latihan dapat memberikan tenaga ekstra dan membantu anda mencapai prestasi yang lebih baik. Dalam artikel ini, kami akan meneroka beberapa pilihan makanan cepat yang mampu memberikan tenaga segera sebelum bersenam.
1. Pisang
Pisang adalah sumber tenaga semulajadi yang sangat baik. Makan sebiji pisang sebelum bersenam akan memberikan anda karbohidrat yang diperlukan untuk tenaga serta potassium yang membantu mencegah kekejangan otot. Pisang mudah dibawa dan dimakan di mana-mana sahaja, menjadikannya makanan yang sempurna untuk menambah tenaga sebelum bersenam.
2. Yogurt Greek
Yogurt Greek adalah makanan yang kaya dengan protein dan rendah lemak. Ia mempunyai tekstur yang pekat dan kaya rasa, menjadikannya pilihan yang lazat dan memuaskan. Protein dalam yoghurt Greek membantu memperbaiki tisu otot dan memberikan tenaga yang diperlukan untuk latihan intensif.
3. Oat
Oat adalah makanan sarapan yang sangat sihat, dan ia juga boleh menjadi makanan ringan sebelum bersenam. Karbohidrat kompleks dalam oat memberikan tenaga yang berkekalan, menjadikannya pilihan yang ideal untuk latihan yang lebih lama. Anda boleh memakannya dengan menambah madu, buah-buahan, atau biji chia untuk rasa yang lebih menarik.
Hidangan overnight oats merupakan yang paling mudah kerana tidak perlu dimasak. Campurkan sahaja oats, susu serta bahan lain pilihan anda ke dalam balang bertutup, kemudian simpan semalaman di dalam peti sejuk. Ianya siap untuk dimakan sebelum anda ingin pergi bersenam pada keesokannya.
4. Kacang Badam
Kacang badam mengandungi lemak sihat, protein, dan serat, menjadikannya makanan yang sangat bertenaga. Segenggam kacang badam sebelum bersenam akan memberikan tenaga dan membantu anda merasa kenyang lebih lama. Pastikan anda mengambil kacang yang tidak diproses dengan garam berlebihan.
5. Telur
Telur adalah sumber protein yang hebat. Makan telur rebus sebelum bersenam memberikan tenaga dan membantu membaiki otot. Telur juga mengandungi pelbagai nutrien penting, termasuk vitamin B, selenium, dan kolin.
6. Kurma
Kurma adalah sumber karbohidrat semula jadi yang cepat memberikan tenaga. Makan beberapa kurma sebelum bersenam akan memberikan gula semulajadi yang akan memberi tenaga segera.
Ingatlah untuk memilih makanan yang tidak terlalu berat sebelum bersenam, kerana makanan berat boleh menyebabkan ketidakselesaan perut semasa bersenam. Selalu berikan masa yang mencukupi antara makan dan bersenam, kira-kira satu hingga dua jam sebelum anda memulakan latihan.
Dengan memilih makanan yang betul sebelum bersenam, anda akan dapat memaksimumkan prestasi anda dan mencapai hasil yang lebih baik dalam setiap latihan. Jadi, sentiasa perhatikan pemakanan anda dan nikmatilah latihan anda dengan penuh tenaga!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI