Di era digital masa kini, pempengaruh atau influencer mempunyai peranan yang semakin relevan dalam masyarakat, terutamanya di kalangan generasi muda.

Setiap kandungan yang mereka hasilkan di media sosial, sama ada dalam bentuk foto, video, sketsa, komedi, atau ulasan, sentiasa berada di bawah lensa masyarakat.

Keberadaan mereka yang semakin kuat dalam dunia digital menjadikan mereka sebagai ikon yang mampu membentuk persepsi dan gaya hidup orang ramai.

Namun begitu, batas etika dalam dunia penciptaan kandungan sering kali menjadi satu persoalan yang perlu diberi perhatian.

Walaupun kebebasan berkarya itu penting, perlu ada garis panduan yang menghormati hak individu lain. Kadangkala, sempadan antara hiburan dan penghinaan menjadi kabur, dan inilah yang perlu diteliti dengan lebih mendalam.

Aaron Aziz Tegur Content Creatot Jangan Suka Cakap Tentang Orang Lain

Ads

Sebagai seorang yang sudah lama dalam industri hiburan, Datuk Aaron Aziz terpanggil untuk memberikan pandangan yang tegas berkenaan isu ini.

Menerusi laman media sosial kendaliannya, beliau menyatakan rasa kesal terhadap trend segelintir pencipta kandungan dan artis yang gemar bercakap tentang orang lain dengan niat yang tidak membina.

Dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini, Aaron mengingatkan para pengikutnya mengenai bahaya sikap sedemikian yang boleh membawa impak negatif dalam masyarakat.

“Sekarang ramai sangat ‘content creator’, artis suka cakap pasal orang. Jaga tepi kain sendiri sudah lah. Konon terpaling kreatif dan terpaling bijak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ads

Pandangan Aaron ini mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, namun majoriti menyokong pendapat beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Rata-rata beranggapan bahawa dunia hiburan dan media sosial harus menjadi platform untuk berkongsi perkara yang lebih positif dan bukan medan untuk menjatuhkan atau memburukkan individu lain.

Ads
Aaron Aziz Tegur Content Creatot Jangan Suka Cakap Tentang Orang Lain
Komen followers Aaron Aziz

BACA: 10 Pelakon Lelaki K-Drama Paling Popular, Pengikut Instagram Berjuta!

Terdahulu, timbul kontroversi apabila seorang pempengaruh media sosial menghasilkan kandungan dengan menyentuh nama seorang pelakon terkenal tanah air.

Tindakan tersebut mencetuskan perbalahan sehingga pelakon tersebut menuntut permohonan maaf, atau pempengaruh itu bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI