90% Perempuan Terpikat Dengan Lelaki Berbau

Share

 

Bau badan yang kuat atau bahasa saintifiknya “Bromhidrosis” adalah disebabkan bau kesan samping bahan penguraian peluh oleh bakteria. Pada badan kita terdapat dua jenis kelenjar peluh.

1-Kelenjar Eccrine yang terdapat di seluruh badan kita. Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar ini selalunya tidak berbau dan berfungsi untuk menyejukkan badan seperti semasa bersukan.

 

2-Kelenjar Appocrine terdapat banyak di bahagian ketiak , kawasan genital, kelopak mata , telinga dan di payu dara.

 

Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar Eccrine mengandungi kandungan garam tinggi. Oleh itu bakteria kurang aktif di dalam situasi “masin”. Manakala peluh yang dihasilkan kelenjar peluh Appocrine mengandungi paras Protein tinggi . Protein yang tinggi ini boleh diuraikan oleh bakteria Propioni dan bakteria Staphylococcus Epidemidis menjadi asid yang mempunyai bau kurang menyenangkan.

Untuk mengawal bau badan , dua perkara perlu anda lakukan adalah mengurangkan penghasilan peluh dan mengurangkan bakteria badan.

 

1-Untuk mengurangkan bakteria badan , anda dinasihatkan mandi 2 atau 3 kali sehari dan gunakan sabun antibakteria.

 

2-Untuk mengurangkan peluh, cukur bulu roma atau lakukan rawatan laser hair removal agar kawasan terbabit cepat kering. Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas agar peluh cepat kering.

Penggunaan deodoran antiperspirant 

Dari segi perubatan, anda boleh menjalani rawatan suntikan Botulinum Toxin A untuk mengurangkan peluh. Suntikan ini sangat selamat dan berkesan. Namun begitu, rawatan ini perlu dilakukan setiap 4 hingga 6 bulan dan kos agak tinggi.

Masalah penyakit diabetes dan obesiti juga boleh menyebabkan badan kita berbau. Oleh itu, cuba kurangkan berat badan dan jaga pemakanan. Elakkan juga makan kari atau bawang putih. Semoga Berjaya.

 

Published by
Kim Rahim