Bau badan yang kuat atau bahasa saintifiknya “Bromhidrosis” adalah disebabkan bau kesan samping bahan penguraian peluh oleh bakteria. Pada badan kita terdapat dua jenis kelenjar peluh.
1-Kelenjar Eccrine yang terdapat di seluruh badan kita. Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar ini selalunya tidak berbau dan berfungsi untuk menyejukkan badan seperti semasa bersukan.
2-Kelenjar Appocrine terdapat banyak di bahagian ketiak , kawasan genital, kelopak mata , telinga dan di payu dara.
Ads
Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar Eccrine mengandungi kandungan garam tinggi. Oleh itu bakteria kurang aktif di dalam situasi “masin”. Manakala peluh yang dihasilkan kelenjar peluh Appocrine mengandungi paras Protein tinggi . Protein yang tinggi ini boleh diuraikan oleh bakteria Propioni dan bakteria Staphylococcus Epidemidis menjadi asid yang mempunyai bau kurang menyenangkan.
Untuk mengawal bau badan , dua perkara perlu anda lakukan adalah mengurangkan penghasilan peluh dan mengurangkan bakteria badan.
Ads
1-Untuk mengurangkan bakteria badan , anda dinasihatkan mandi 2 atau 3 kali sehari dan gunakan sabun antibakteria.
2-Untuk mengurangkan peluh, cukur bulu roma atau lakukan rawatan laser hair removal agar kawasan terbabit cepat kering. Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas agar peluh cepat kering.
Ads
Penggunaan deodoran antiperspirant
Dari segi perubatan, anda boleh menjalani rawatan suntikan Botulinum Toxin A untuk mengurangkan peluh. Suntikan ini sangat selamat dan berkesan. Namun begitu, rawatan ini perlu dilakukan setiap 4 hingga 6 bulan dan kos agak tinggi.
Masalah penyakit diabetes dan obesiti juga boleh menyebabkan badan kita berbau. Oleh itu, cuba kurangkan berat badan dan jaga pemakanan. Elakkan juga makan kari atau bawang putih. Semoga Berjaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minyak kelapa adalah bahan yang berkesan untuk merawat kelemumur kerana mempunyai sifat anti-kulat yang kadang membuat kulit kepala jadi berminyak dan tidak sihat. Ia juga boleh dipakai untuk melembapkan rambut yang mudah kering dan membantu mengurangkan rasa gatal akibat kelemumur.
Siapkan minyak kelapa pada sebuah mangkuk.
Tuangkan air perasan limau ke dalam mangkuk hingga bercampur dengan minyak kelapa.
Sapukan pada kulit kepala dan urut selama 3 minit.
Basuh rambut hingga minyak kelapa hilang selepas 20 minit.
Cubalah petua hapuskan kelemumur ini tiga kali dalam seminggu.
Cuka Epal
Memberi rambut rawatan secara tradisional pakai bahan semulajadi memang lebih minimum kesan negatifnya. Cuka epal termasuk bahan yang berkesan dalam menyingkirkan kelemumur. Ia dapat mengembalikan keseimbangan pH kulit kepala dan membersihkan rambut dengan merontokkan kotoran rambut yang dihasilkan oleh pemakaian produk kimia seperti hair spray.
Teteskan cuka epal sebanyak dua sudu makan pada cawan.
Tambah dengan 20 titis tea tree oil, aduk.
Sapukan ke kulit kepala pakai telapak tangan lalu beri urutan ringan.
Bersihkan rambut selepas 10 minit pakai syampu.
Rawatan ini boleh Anda cuba dua atau tiga kali dalam seminggu.
Baking Soda
Baking soda boleh mengurangkan kesan buruk akibat syampu biasa yang mengandungi ammonium lauryl sulfate, ammonium laureth sulfate, sodium lauryl sulfate, dan sodium laureth sulfate. Bahan-bahan kimia tersebut boleh membuat rambut jadi kering dan kusut. Bila rambut kering maka akan mudah mencipta kelemumur. Anda boleh elak kelemumur akibat syampu dengan baking soda.
Basahkan rambut dan sapukan sedikit baking soda sampai kena kulit kepala Anda.
Tunggu beberapa minit, siram rambut dengan air hangat.
Ulangi satu atau dua kali dalam seminggu selama sebulan atau lebih.
Ingat, jangan pakai syampu selepas mengikuti petua ini.
Cuka Putih
White vinegar in English, ialah salah satu yang berkesan sebagai rawatan rumah untuk kelemumur. Cuka menyimpan asid asetik yang bekerja menghalang pertumbuhan kulat pada kulit kepala dan melegakan rasa gatal yang disebabkan oleh kulat.
Tuang satu setengah gelas cuka putih ke dalam dua gelas air.
Cuci kulit kepala Anda dengan campuran ini selepas mencuci rambut.
Selepas beberapa minit, urut kulit kepala dengan campuran minyak zaitun dan air.
Selepas 10 minit, bilas dan pakai syampu lembut untuk membersihkan rambut anda.
Cuba rawatan ini dua kali dalam seminggu.
Minyak Zaitun
Adanya kelemumur akibat kulit kepala yang kering boleh dirawat dengan penggunaan minyak zaitun secara teratur. Ia menjadi pelembap semula jadi yang berkesan dan kerap dijadikan penghawa.
Panaskan minyak zaitun dalam masa sesaat.
Urut kepala Anda pakai minyak zaitun, lalu balut rambut dengan tuala panas.
Biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau satu malam dan bersihkan dengan syampu selepasnya.
Ulangi beberapa kali seminggu hingga kelemumur singgah dari rambut Anda.
Rawatan di atas tidak hanya baik sebagai petua hilangkan kerak kelemumur di rambut, akan tetapi ada kelebihan lain yang dibawa seperti rambut kilau dan lembap.
Minyak Pokok Teh
Tea tree oil in English, ialah minyak berwarna hijau kekuningan yang diperolehi dari pokok melaleuca. Di Malaysia jarang ditemui, kebanyakan ditemui di Australia. Minyak pokok teh dapat menghidrasi kulit, mengelak jerawat, mengubati jangkitan kulit, mengelak dan mengatasi rambut gugur, serta mengubati rambut kelemumur.
Tuang syampu secukupnya ke telapak tangan, lalu tambahkan beberapa tetes minyak pohon teh. Gunakan untuk mencuci rambut.
Selain ditambah minyak pokok teh, Anda juga boleh menambah dengan minyak zaitun atau minyak kelapa.
Sapukan secara merata pada rambut, lalu diamkan sekurang-kurangnya 30 minit atau semalaman.
Selepas itu, bersihkan rambut dengan air.
Lakukan cara rawat kelemumur semula jadi ini dua kali dalam satu minggu.
Jus Limau
Limau mengandungi asid yang dapat memerangi kulat penyebab kelemumur pada rambut. Ia juga berguna untuk melegakan gatal-gatal pada kulit kepala.
Buat jus limau segar tanpa ice.
Campurkan setengah cawan jus limau dengan plain yoghurt.
Sapukan pada rambut dan kulit kepala, biarkan 20 minit.
Bilas dan cuci rambut Anda.
Anda boleh mengurut kulit kepala memakai campuran satu sudu jus lemon dan air.
Biji Halba
Herba halba mempunyai sifat anti-kulat dan sifat menenangkan yang boleh membantu mengawal kelemumur dengan kesan hebat.
Rendam 3 sudu makan biji halba di dalam air semalaman.
Di pagi hari, isar mereka menjadi pes. Tambah beberapa sudu makan plain yogurt bila punya.
Usapkan pes ke seluruh kulit kepala dan tinggalkan agar ia bekerja dalam beberapa jam.
Bilas ia pakai air, lalu gunakan syampu untuk mencuci rambut.
Cubalah petua untuk menghilangkan kelemumur ini satu atau dua kali seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amalan minum air sarang burung memang banyak khasiatnya. Selain untuk kesihatan, air sarang burung juga tinggi khasiatnya untuk kecantikan kulit.
Maka tidak hairanlah mengapa orang Cina sering mengamalkan air sarang burung ini. Lihat sahaja kulit mereka, sentiasa gebu, bersih, cantik dan awet muda.
Seorang pengguna Twitter bernama Umaira Haris berkongsi kebaikan minum air sarang burung yang boleh dibeli di drugstore. Bukan sahaja berkhasiat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan, air sarang burung jenis yang diminumnya ini juga sedap.
Jom ikuti perkongsiannya.
Rahsia kulit lembut, gebu & lambat tua
Boleh beli kat drugstore
Rahsia kulit orang Cina lembut, gebu, sihat & bersih tanpa cela
Rasanya sedap & ada pelbagai perasa
Cara nak minum
Kalau ada duit lebih, belilah jenis raw
Letak pemanis kalau ambil jenis raw
Cara nak masak jenis yang raw
Selain kulit, elok untuk imunisasi & kesembuhan
Teksturnya ala cincau & kenyal
Ambil ikut kesesuaian tubuh bada
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekali jerawat menyerang wajah, bukan mudah nak pudarkan parut. Ditambah lagi bila adanya parut, kulit mula menjadi kusam selain timbulnya jeragat.
Terdapat banyak produk nak pudarkan parut dijual di pasaran, namun adakah ia selamat untuk digunakan? Jika anda ragu-ragu, anda boleh baca perkongsian ini.
Seorang lelaki dengan nama Kanda Aziz berkongsi di laman Facebooknya info tentang produk pencerahan, selain produk nak pudarkan parut jerawat, kulit kusam dan jeragat.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami produk-produk yang selamat untuk digunakan bagi mengatasi masalah pudarkan jerawat, kulit kusam dan jeragat.
Jom ikuti perkongsiannya.
PRODUK UNTUK PUDARKAN PARUT JERAWAT, KULIT KUSAM & JERAGAT
Produk pencerahan ni bukan nak bagi putih. Tak ada produk skincare yang boleh buat korang putih kecuali Hydroquinone ?
Itu pun tak kekal. Once you quit using it, kulit akan kembali kepada warna asal. Sebab gene korang memang gitu.
And I don’t endorse anyone to use Hydroquinone. Sebab ia boleh merosakkan skin barrier dan penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan kanser kulit. Banyak negara yang dah haramkan penggunaan Hydroquinone di dalam produk kosmetik.
So today we’re gonna talk about the safe brightening products.
Produk pencerahan biasanya akan mengandungi ingredients seperti:
1. Vitamin C
2. Arbutin
3. Niacinamide
4. Kojic Acid
5. AHA – Glycolic Acid, Lactic Acid
6. Licorice
etc
Secara asasnya, produk pencerahan berfungsi dengan menyekat penghasilan melanin pada kulit.
Melanin adalah pigmen yang memberi warna pada kulit, yang menjadikan kulit gelap. Ianya berfungsi untuk melindungi kulit dari radiasi UV yang boleh merosakkan kulit dan juga melindungi kulit dari potentially skin cancer.
Kalau exfoliant acids macam AHA BHA, especially Glycolic Acid pulak, ianya berfungsi mempercepatkan proses peralihan sel-sel kulit, sel-sel kulit lama yang kusam dan kasar diganti dengan sel-sel kulit yang baru yang lebih sihat dan cerah.
Masalah apa yang sebetulnya memerlukan brightening products?
1. Kulit kusam
2. Parut gelap bekas jerawat
3. Jeragat
Antara produk yang mungkin boleh membantu masalah korang seperti yang ditulis di atas:
1. Am+pm Mandelic Acid 5% Serum
Mengandungi Mandelic Acid 5% dan Lactic Acid yang bertindak sebagai GENTLE chemical exfoliaters. Also contains Niacinamide and Licorice to boost the brightening effect. This serum also acts as a hydrator because it contains a good amount of Hyaluronic Acid in it.
2. Tiam Vitamin C 20% Serum
Vitamin C is the best ingredient to combat pigmentation. But it could be a bit stingy. Sebab 20% tu agak tinggi. Not recommended for sensitive skin. P/s: Vitamin C is very unstable.
3. Pixi Glow Tonic
Mengandungi Glycolic Acid 5% yang berfungsi untuk exfoliate the dead skin cells and reveals the healther and brighter skin.
4. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
Niacinamide bertindak untuk mencerahkan kulit, pada masa sama membantu mengawal pengeluaran sebum. Good for oily skin.
5. Elta MD UV Clear Broad-Spectrum SPF 46
Well, it’s just another sunblock. Cuma sunblock yang ni antara yang paling bagus in the market mengikut bahan-bahan yang digunakan dan juga review baik yang tinggi. Basically, mana-mana sunblock pun okay. Yang penting, ianya boleh lindung kulit dengan baik dan harus dipakai hari-hari.
6. The Ordinary Ascorbic Acid 8% + Alpha Arbutin 2%
Vitamin C dan Arbutin adalah antara bahan yang terbaik untuk pencerahan. Disyorkan untuk kulit kusam.
P/s: Please be informed that the regular use of AHA and BHA may increase the skin sensitivity towards UV, so please be mindful to use sunscreen daily. Or consult a derm before using.
Reminder: Please make your own studies before purchasing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.