Curang membawa definisi keadaan curang, ketidakjujuran, tidak lurus hati, dan khianat. Sekaligus memberi pengertian negatif kepada kesan buruk impak dari perlakuan ini. Untuk isu kali ini, Maskulin ingin mengupas lebih lanjut masalah curang yang menimpa realiti kehidupan yang melibatkan hubungan insan bernama lelaki dan wanita.
Tanpa kita sedari, ramai individu di luar sana yang mengalami situasi mencurangi dan dicurangi. Samaada mereka dapat mengatasi masalah ini ataupun hanya berserah pada takdir kesudahan kecurangan yang berlaku dalam perhubungan tersebut. Di bawah ini adalah kes-kes lazim terjadinya kecurangan dalam realiti kehidupan manusia. Ambil kisah dan jadikan pedoman untuk melalui kehidupan ini. Bagi individu yang terlibat dengan kes curang, anda tidak terlambat untuk berfikir baik dan buruknya perlakuan anda tersebut.
CURANG ‘JUST FOR FUN’
- Terdapat kes-kes curang yang kantoi melibatkan pasangan kekasih yang belum lagi berumahtangga. Bagaimana dengan istilah ‘teman tapi mesra’? Istilah ini kebiasaannya kurang disedari oleh pihak pasangan kerana individu yang sedang memainkan peranan curang tersebut sering menggunakan alasan hanya ‘teman’. Maka, pasangannya pula tidak dapat berbuat apa dan hanya akan berdiam diri untuk mengelakkan dari dicop sebagai cemburu buta.
- Kebiasaannya pasangan curang baik lelaki atau wanita telah pun mempunyai satu hubungan yang serius. Sebagai contoh sudah menjadi kekasih atau tunangan orang. Akan tetapi mereka ini masih gemar bermain cinta dengan individu yang lain tanpa pengetahuan pasangan mereka.
- Pernah dengar ayat ini?; “Tunang untuk kahwin bro, skandal untuk sedap-sedap” atau “yang itu tak boleh usik, stok laki/bini. Yang lain tak apa”. Walaupun ia hanya ayat biasa dalam percakapan harian, ianya membawa niat tersirat untuk situasi curang sebenarnya.
- Individu yang gemar berlaku curang sering menganggap perlakuan tersebut tiada erti dan tidak mempunyai maksud tertentu menuju kepada sesuatu yang rasmi dalam perhubungan. Erti kata lain ‘just for fun’.
- Kebiasaan curang ini melibatkan tunangan/kekasih orang bersama rakan sekerja, rakan baik, dan tidak ketinggalan sahabat maya (wechat, whataps, facebook, chating dll)
Punca:
- Kemungkinan besar individu terlibat kurang serius dengan hubungan yang telah dijalinkan.
- Masih belum bersedia untuk menjalinkan sesuatu hubungan tetapi kerana telah BERJANJI maka mereka terpaksa mengotakan janji tersebut.
- Kecanggihan teknologi sekarang mengajar erti curang tanpa disedari pasangan sendiri.
- Kurangnya ilmu agama di dada. Iaitu tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk kepada hubungan mereka.
- Terlalu baik kepada individu lain menyebabkan wujud satu kemesraan dalam persahabatan dan akhirnya berakhir dengan cinta. Alasan yang sering diberi sekiranya kantoi adalah ‘ter’suka. Anda mungkin selalu mendengar alasan ini bukan?
CURANG DALAM PERKAHWINAN
- Istilah curang dalam kes ini merujuk kepada pasangan yang sudah berumahtangga.
- Contoh; suami/isteri yang mempunyai ‘kekasih gelap’ di luar rumah. Ianya berlaku tanpa pengetahuan pasangan mereka. Tetapi terdapat jua sebahagian kes pasangan mengetahui bahawa suami/isteri mereka mempunyai skandal tetapi malas untuk menghadapi masalah tersebut.
- Terdapat banyak punca curang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin. Tetapi kali ini Maskulin kupas tiga puca utama yang sering melanda. Teliti pucanya di bawah.
Punca:
- Nafsu Seksual
- Tiada kepuasan layanan seksual dari pasangan menyebabkan pasangan kecewa lalu ‘makan luar’ dan mewujudkan kecurangan dalam rumahtangga.Nafsunya gagal dipuaskan oleh pasangan hidup.
- Nafsu besar
- Pantang ada peluang, digunakan sehabis baik. Walaupun sedar diri sendiri sudahpun mempunyai teman hidup yang halal tetapi mereka masih lagi gemar bermain cinta dengan individu selain pasangan mereka.
- Dendam
- Makan hati dengan kecurangan pasangan menyebabkan si dia juga mendapatkan individu lain untuk dijadikan skandal. Erti kata lain, pembalasan/puas hati!Melawan antara satu sama lain. Untuk buktikan siapa yang lebih hebat tanpa memikirkan kesan burukyang bakal terjadi pada rumahtangga mereka.
- Kerjaya
- Suami/isteri yang terlalu sibuk menyebabkan pasangan sunyi dan mencari alternatif lain.Pembahagian masa yang tidak betul juga menyebabkan kecurangan. Jika anda bekerja secara berkumpulan melibatkan lelaki dan wanita, elakkan berada terlalu lama di tempat kerja bagi mengelakkan wujudnya faktor curang.
Solusi: Pasangan yang belum berkahwin
- Bagi individu yang gemar mewujudkan skandal atau sedang melakukan kecurangan, tanya diri anda sendiri untuk apa perbuatan tersebut? Jika untuk seronok sahaja, hentikan segera perlakuan tersebut kerana anda sedang ‘bermain’ dengan perasaan manusia yang lain. Jika anda tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius, berterus teranglah sahaja kepada tunang atau kekasih hati. Katakan anda belum bersedia. Hidup anda maka keputusan di tangan anda. Tiada insan lain yang berhak memberi arahan kepada hidup anda.
- Fahami ayat ini. Perlakuan anda sebelum berkahwin ini adalah perlakuan anda selepas berkahwin. Ambil serius dengan sesuatu perhubungan yang anda jalinkan. Ubah perangai anda sebelum bergelar suami/isteri kerana jika anda tidak serius, anda juga tetap tidak serius selepas berumahtangga.
Solusi: Pasangan yang sudah berkahwin
- Bagi individu yang menghadapi masalah dicurangkan oleh pasangan, bincang dengan pasangan sebaiknya. Perlu bijak mengawal emosi agar segala persoalan boleh dijawab oleh pasangan. Jika pasangan masih enggan mengaku, anda boleh gunakan medium ke dua seperti teman rapat sebagai jalan penyelesaian mengetahui punca pasangan mencurangi anda. Jika tidak berjaya juga, dapatkan khidmat kaunseling.
- Adalah lazim kehidupan dalam perhubungan, manusia akan tertarik dan mesra dengan individu yang banyak menghabiskan masa bersama mereka. Kerana itu elakkan berada lebih lama di pejabat. Tidak salah bergaul mesra dengan rakan yang lain asalkan anda tahu batas yang telah disarankan oleh agama.
- Lebihkan perhatian terhadap pasangan.
- Anda juga bersalah dalam hal ini. Pasangan yang mencurangi anda merupakan individu yang tidak mendapat secukupnya layanan dari anda. Kaji semula apa kelemahan anda.
- Hasil kajian dari Dr.Satoshi Kanazawa pakar Psikologi Evolusi dari Sekolah Ekonomi & Sains Politik London, mengatakan lelaki yang sudah berumahtangga apabila mereka curang, ia memiliki IQ yang rendah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI