Memang sakit hati kalau kita dah bayar beratus ringgit tapi apa yang dapat rupanya minyak wangi tiruan!
Sebenarnya sudah ramai yang jadi mangsa penipuan penjualan perfume tiruan. Alasan biasa yang kita dengar ialah ‘perfume reject kilang’. Lalu dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran.
Apatah lagi produk tiruan kini semakin hari semakin nak menyamai rekaan yang asli. Jadi janganlah anda jadi mangsa membeli minyak wangi tiruan dengan harga original!
MASKULIN ingin kongsi 9 cara macam mana nak kenal pasti perfume tiruan di bawah!
Periksa Kotak & Bungkusan
Pertama sekali adan harus perinksa bagaimana perfume tersebut dibungkus. Bungkusan kotak original biasanya lebih kemas berbanding dengan yang tiruan. Walaupun tak berapa ketara, namun jika anda perhatikan betul-betul, pasti anda dapat lihat perbezaannya.
Seal Yang Kemas
Sekiranya seal pada pembungkus plastik kelihatan tidak kemas dengan ada lebihan gam yang ketara dan sebagainya, maka secara sah itu adalah perfume yang yang bukan original!
Papan Kertas
Kotak perfume original diperbuat daripada bahan-bahan kertas yang berkualiti. Ia bertujuan untuk melindung botol perfume itu daripada sebarang kerosakan. Di dalamnya terdapat sekeping papan kertas yang meletakkan botol kekal pada tempatnya. Ia sepatutnya berwarna putih dan bukannya kelabu.
BACA: Bagaimana Mahu Mencari Perfume Yang Sesuai Dengan Personaliti
Label & Tulisan Di Kotak
Kadangkala rekaan kotak perfume palsu memang seakan sama. Akan tetapi jika anda perhatikannya betul-betul, pasti akan perasan bahawa kekemasan pada tulisan di kotaknya agak berbeza dengan yang asli. Corak di kotak palsu tidak kemas dan sedikit serabut. Anda juga boleh periksa maklumat yang tertera pada kotak itu dan bandingkan dengan yangh original dengan carian di Internet.
Rekaan Botol
Ini merupakan perbezaan yang yang paling mudah untuk dikesan terutamanya di kalanga mereka yang peminat perfume sejati.
Warna Perfume
Pola warna pada perfume original kelihatan sedikit pucat berbanding dengan yang palsu. Kebiasaannya perfume palsu lebih terang daripada yang asli. Ini disebabkan kebanyakan perfume palsu menggunakan banyak pewarna.
Penutup Botol
Penutup botol perfume yang original adalah mempunyai garis simetri tanpa sebarang cacat cela. Beza jauh dengan yang palsu.
Nombor Siri
Anda juga boleh semak nombor sirinya. Ia sepatutnya tertera dengan jelas pada bahagian bawah botol dan bukannya digam. Selain itu, nombor siri pada botol perfume ini haruslah serupa dengan nombor yang tertertera pada kotaknya.
Botol
Akhir sekali anda juga boleh periksa dengan melihat keadaan pada botol perfume itu. Produk original memiliki bentuk botol yang sempurna dan rata tanpa sebarang cacat-cela. Sekiranya anda perasan ada yang tak kena dan syak bahawa ia produk palsu tukarkan pembelian anda dengan yang baru ataupun anda boleh laporkan sahaja kepada pihak berkuasa.
Follow Instgram MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI