Barangan tirun merupakan satu industri yang besar dan masih berleluasa. Malah idnsutri kecantikan dan fesyen turut terasa terjejas dengan sikap tak bertanggungjawab sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menghasilkan barang tiruan.

Antara barang yang sering ditiru ialah minyak wangi. Disebabkan ia mempunyai reka bentuk botol dan bau yang seakan sama ramai pengguna yang tertipu dengan kegiatan penjualan minyak wangi tiruan.

Jangan jadi mangsa beli barang tiruan dengan harga original!

Anda boleh kenal pasti minyak wangi tiruan dengan 9 cara di bawah!

Periksa Kotak & Bungkusan

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Pertama sekali adan harus perinksa bagaimana minyak wangi tersebut dibungkus. Bungkusan kotak original biasanya lebih kemas berbanding dengan yang tiruan. Walaupun tak berapa ketara, namun jika anda perhatikan betul-betul, pasti anda dapat lihat perbezaannya.

Seal Yang Kemas

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Sekiranya seal pada pembungkus plastik kelihatan tidak kemas dengan ada lebihan gam yang ketara dan sebagainya, maka secara sah itu adalah minyak wangi yang yang bukan original!

IKLAN

Papan Kertas

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Kotak minyak wangi original diperbuat daripada bahan-bahan kertas yang berkualiti. Ia bertujuan untuk melindung botol minyak wangi itu daripada sebarang kerosakan. Di dalamnya terdapat sekeping papan kertas yang meletakkan botol kekal pada tempatnya. Ia sepatutnya berwarna putih dan bukannya kelabu.

BACA: Bagaimana Mahu Mencari Perfume Yang Sesuai Dengan Personaliti

Label & Tulisan Di Kotak

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

IKLAN

Kadangkala rekaan kotak minyak wangi palsu memang seakan sama. Akan tetapi jika anda perhatikannya betul-betul, pasti akan perasan bahawa kekemasan pada tulisan di kotaknya agak berbeza dengan yang asli. Corak di kotak palsu tidak kemas dan sedikit serabut. Anda juga boleh periksa maklumat yang tertera pada kotak itu dan bandingkan dengan yangh original dengan carian di Internet.

Rekaan Botol

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Ini merupakan perbezaan yang yang paling mudah untuk dikesan terutamanya di kalangamereka yang peminat minyak wangi sejati.

Warna Perfume

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

IKLAN

Pola warna pada minyak wangi original kelihatan sedikit pucat berbanding dengan yang palsu. Kebiasaannya minyak wangi palsu lebih terang daripada yang asli. Ini disebabkan kebanyakan minyak wangi palsu menggunakan banyak pewarna.

Penutup Botol

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Penutup botol minyak wangi yang original adalah mempunyai garis simetri tanpa sebarang cacat cela. Beza jauh dengan yang palsu.

Nombor Siri

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Anda juga boleh semak nombor sirinya. Ia sepatutnya tertera dengan jelas pada bahagian bawah botol dan bukannya digam. Selain itu, nombor siri pada botol minyak wangi ini haruslah serupa dengan nombor yang tertertera pada kotaknya.

Botol

9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

Akhir sekali anda juga boleh periksa dengan melihat keadaan pada botol minyak wangi itu. Produk original memiliki bentuk botol yang sempurna dan rata tanpa sebarang cacat-cela. Sekiranya anda perasan ada yang tak kena  dan syak bahawa ia produk palsu tukarkan pembelian anda dengan yang baru ataupun anda boleh laporkan sahaja kepada pihak berkuasa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI