Bila badan tak cukup air, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. Tak dinafikan minum air kosong dengar macam mudah tapi pasti anda susah nak buat kan?
Ramai lelaki kurang menitikberatkan pengambilan air putih yang secukupnya, malah lebih gemar memilih air manis berbanding air kosong. Perlu diingatkan, jika badan tak cukup air ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda.
Ini 9 tanda yang akan berlaku kepada anda, jika badan tak cukup air.
1. BIBIR KERING
Antara tanda mudah nak detect bila badan tak cukup air ialah bibir kering. Ada sesetengah orang bila mulut kering, ambil air manis pula. Ramai tak tahu, air bergula adalah penyelesaian yang bersifat sementara. Sebaliknya ambillah air kosong kerana ia mampu melincirkan lendir pada membran dalam tekak dan mulut dan menjadikan bibir sentiasa lembap.
2. KULIT KERING
Ads
Kulit kering adalah petanda awal masalah dehidrasi. Bila air tak cukup, peluh pun kurang. Ini menjadikan tubuh anda kurang berupaya membuang kotoran berlebihan dan minyak sepanjang hari. Ia juga dikaitkan dengan masalah mudahnya tumbuh jerawat akibat minyak berlebihan yang tidak dibuang dari tubuh.
3. SELALU RASA DAHAGA
Selalu rasa dahaga walaupun banyak minum air dan mulut masih kering. Mana tidaknya. Bila dahaga anda terus minum air bergula. Sampai bila pun dahaga tak akan hilang kerana kandungan gula dalam air hanya menjadi penyelesaian sementara untuk rasa dahaga anda.
4. RASA SAKIT PADA SENDI
Cakera tulang belakang dan tulang rawan kita terhasil daripada 80% air. Ini bermakna air sangat perlu untuk mengelakkan ‘mengisar’ antara satu sama lain sewaktu kita bergerak. Dengan memastikan air mencukupi dalam tubuh, sendi-sendi pada tubuh akan mudah menyerap sebarang pergerakan mengejut yang anda lakukan seperti berlari, melompat atau terjatuh.
Ads
5. JISIM OTOT BERKURANGAN
Kalau anda rajin ke gim, anda kena minum sedikit air sebelum, ketika dan selepas selesai bersenam. Air yang mencukupi membolehkan aliran cecair berada pada otot-otot yang sepatutnya pada tubuh anda. Ini seterusnya mengurangkan risiko radang dan bengkak-bengkak pada bahagian tubuh sesudah anda melakukan senaman.
6. SAKIT YANG AMBIL MASA LAMA NAK BAIK
Minum air membolehkan tubuh secara berterusan membuang toksin daripada tubuh. Organ dalam badan menapis bahan buangan tertentu-sama seperti mesin. Kalau ‘mesin’ ini tidak diberikan air secukupnya, ia akan cuba ‘menarik’ sumber air daripada darah, yang bakal menimbulkan masalah kesihatan lain pula.
Ads
7. LETIH DAN LESU
Bila tubuh terpaksa ‘menarik’ cecair daripada darah, ia mengakibatkan darah kekurangan oksigen secukupnya untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Apabila oksigen tak mencukupi, anda akan berasa ngantuk dan letih yang tak sudah. Bila ngantuk, jam 2-3 petang muka dah tersembam di meja. Nak cover balik ada yang minum kopi. Sedangkan untuk jangka masa panjang, kopi tidak membantu pun untuk anda kekal segar.
8. TIMBUL MASALAH PENCERNAAN
Hanya kerana badan tak cukup air, perut pun turut sama terheret kerana bendalir dalam perut berkurangan. Ini menyebabkan asid perut boleh merosakkan tubuh hingga menyebabkan anda rasa pedih ulu hati dan senak perut.
9. SENTIASA RASA LAPAR
Apabila tubuh kekurangan air, anda akan mudah nak makan. Selalunya bila waktu malam sebelum anda tidur, perut terasa lapar dan nak makan snek. Itulah akibatnya. Sedangkan apabila anda makan, tubuh anda perlu bekerja lagi sedangkan ia sepatutnya berehat. Selepas itu komplen pula kata tak makan banyak waktu siang pun badan tak kurus!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang luar panggil Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU . Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan yang boleh didapatkan di kedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .
Selain untuk dimakan , tahukah anda bahawa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesihatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik . Kandungan serat-serat yang ada di dalam budu lebih bagus dari serat ikan-ikan lain, dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita.
PENCEGAH KANSER
Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya, salah satunya kanser.
AWET MUDA
Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.
TURUNKAN KOLESTEROL
Tahukah anda, dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu, mampu menurunkan kolesterol.
CEGAH CIRIT BIRIT
Budu mengandungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu manfaat budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan juga hypertensi.
TINGKATKAN IQ
Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak.
Khasiat Budu ini diperoleh dari proses ikan bilis yang diperam. Wah, selain sedap dimakan ternyata Budu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan bila duduk lama mengadap komputer boleh menyebabkan kita mengalami sakit leher dan belakang badan.
Rasa lenguh ini jika tidak diatasi segera boleh melarat hingga menjejaskan bahagian bahu, lengan dan ada kalanya membawa kepada sakit kepala. Malah ia juga boleh menjejaskan kerja-kerja harian kita.
Bagi memulihkan kesakitan pada leher dan belakang badan kesan daripada duduk lama mengadap komputer, seorang pengguna Facebook, Noor Hafiza Mohamad berkongsikan 11 teknik regangan yang diajar pegawai fisio terapi kepadanya.
Dengan melakukan teknik regangan ini, sakit leher dan belakang badan yang dialaminya beransur hilang. Jadi kepada anda yang sepanjang hari duduk lama mengadap komputer, bolehlah amalkan teknik regangan yang dikongsikan ini.
Ini Steps Yang Pegawai Fisio Terapi Ajar Buat 11 Teknik Regangan
Alhamdulillah selepas hampir sebulan ulang alik ke klinik buat fisio terapi, sakit leher dan belakang semakin hilang. Dekat ofis dan rumah pun kena rajin buat. Selalunya sakit leher dan belakang datang balik bila kena siapkan laporan kerja atau terlalu sibuk siapkan kertas kerja ?.
Kita tidak boleh duduk statik lebih dari 30 minit. Setiap 30 minit kita kena buat pergerakan / regangan. Regangan pula dikira dalam detik 14 saat. Tidak boleh terlalu lama. Takut kita paksa urat bekerja lebih dan jadi cepat tua. Kalau terlalu cepat kiraannya nanti kurang berkesan pula.
Teknik 1: Buat regangan ini jika anda duduk sepanjang masa
Teknik 2: Menenangkan minda & bagus untuk pencernaan
Kehadiran penyakit pelik juga menyaksikan bermacam-macam rawatan pelik. Hampir setiap negara di dunia mempunyai cara rawatan atau perubatan yang pelik, sama ada ia dikategorikan sebagai rawatan alternatif atau berdasarkan kepercayaan masyarakat.
Apa yang menjadikan ia bertambah pelik apabila membabitkan bahan yang dianggap ramai sebagai najis dan disangkal dunia perubatan moden atas faktor kebersihan, keberkesanannya dan juga memudaratkan pesakit.
1.Lintah sedut penyakit
Jika di negara kita, rawatan yang boleh dianggap pelik adalah rawatan bekam lintah. Jika diamati ia agak menggelikan, selain persoalan sejauh mana keberkesanannya, namun rawatan bekam lintah dikatakan mampu mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi, resdung, migrain dan terbaharu ada yang mendakwa ia berkesan merawat kanser.
Lintah akan dibiarkan di kawasan muka atau kawasan lain tubuh dalam tempoh tertentu untuk menyedut darah pesakit. Tetapi ada pertikaian dari segi kebersihan. Adakah lintah itu hanya digunakan sekali saja untuk seorang pesakit atau lintah yang sama digunakan untuk ‘merawat’ ramai pesakit.
Jika ia digunakan secara berulang, bukankah ia mengundang bahaya seperti berlaku pemindahan penyakit. Itu satu contoh rawatan yang boleh dianggap pelik tetapi ia belum cukup pelik berbanding pelbagai jenis rawatan yang diamalkan segelintir pihak di seluruh dunia.
2.Kitar semula air kencing
Bunyinya seperti satu kaedah penjimatan tetapi jika terpaksa minum semula air kencing, berapa ramai yang sanggup membuat rawatan ini? Bukan setitik tetapi lima gelas sehari, seolah-olah minum air kosong untuk kesihatan.
Inilah yang berlaku kepada seorang penghidap kanser dari Amerika Syarikat, yang meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu dan menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.
Sejak disahkan menghidap kanser peringkat ketiga beberapa tahun lalu, pesakit itu nekad mencuba pelbagai rawatan moden, alternatif dan pelik.
Namun, kaedah rawatan peliknya ini disangkal oleh pakar perubatan. Seorang pakar pemakanan dari Universiti Southampton, Britain, Dr Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah mengarut dan tidak boleh dipercayai.
Begitu juga laporan Persatuan Dietetik Britain, yang menyatakan tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri, sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat kerana setiap kali meminum kembali air kencing, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana boleh merosakkan usus.
Belum lagi mengambil kira bahan buangan yang terkandung dalam air kencing berikutan kencing adalah antara satu kaedah perkumuhan tubuh (membuang bahan kotor dalam badan).
3.Digigit tuntung
Tuntung adalah sejenis haiwan yang tergolong dalam keluarga kura-kura dan haiwan ini juga adalah antara spesies yang banyak dijadikan ubat tradisional. Tetapi apa yang peliknya adalah di Wilayah Kandal, Phnom Penh Barat, ada rawatan digigit tuntung.
Rawatan ini dikatakan mampu menyembuhkan penyakit sendi, lenguh-lenguh badan, resdung dan pelbagai penyakit lain. Caranya mudah, hanya membiarkan tuntung menggigit muka atau kawasan tubuh yang lain sehingga berdarah.
Walaupun nampak agak menyakitkan, masih ramai yang datang mencuba kerana ia berkaitan dengan kepercayaan masyarakat, yang yakin dengan kuasa ghaib haiwan seperti penyu, lembu dan ular, dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
4.Minum campuran najis haiwan
Penduduk Kampung Jinshicun di Wilayah Hunan China telah menemui cara yang agak pelik sekali untuk mengekalkan kesihatan dengan meminum ramuan campuran tahi lembu dan kambing. Campuran air najis itu dikatakan penawar ajaib untuk merawat kanser dan mencergaskan badan.
Penemuan ‘ajaib’ itu diperoleh seorang wanita tua tempatan yang menderita penyakit kanser. Beliau meminta anaknya mengumpul najis haiwan sebanyak mungkin setelah bermimpi mendengar suara ghaib menyuruhnya berbuat demikian.
Beliau mengeringkan semua tahi itu di bawah sinaran matahari dan najis kering itu dihancurkan menjadi serbuk sebelum dicampur dengan air. Beliau mendakwa berasa lebih sihat selepas mengamalkan rawatan peliknya itu walaupun hakikatnya dia tidak menjalankan pemeriksaan di hospital untuk sebarang pengesahan atau susulan sejak mula mengambil ‘ubat’ itu.
Selepas itu, beberapa orang lain mula mengikut cara rawatannya dan semakin hari, semakin ramai penduduk kampung yang menggunakan ramuan tahi haiwan itu.
Sekumpulan pakar perubatan China menyatakan kaedah rawatan itu telah lama dipraktikkan pada zaman purba China sebagai satu cara untuk mengepam keluar toksin dan haba, tetapi mereka yang mencuba kaedah itu menghadapi risiko jangkitan bakteria dan parasit jika tahi tidak dirawat dengan betul.
Hidu kentut
Bau kentut mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser dan sakit jantung. Jangan terkejut jika rawatan pelik ini bukan dicipta oleh masyarakat biasa tetapi ini hasil kajian sekumpulan doktor dari University of Exeter, United Kingdom.
Aroma luar biasa daripada kentut ini menghasilkan gas hidrogen sulfida iaitu gas daripada makanan yang dipecahkan oleh bakteria. Gas hidrogen sulfida jika dihidu dalam kuantiti yang banyak mampu membunuh, tetapi jika dihasilkan daripada kentut (kuantiti kecil), ia mampu menyihatkan.
Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal MedChemComm, selain dijadikan tajuk utama pada persidangan June International Conference on Hydrogen Sulfide in Biology and Medicine di Kyoto, Jepun.
6.Yoga purba
Di Chandigarh, India, ada teknik rawatan pelik yang dikatakan sebahagian daripada teknik yoga purba iaitu memasukkan getah ke dalam hidung sebelum dikeluarkan semula melalui mulut.
Teknik yang dikenali sebagai Getah Neti ini agak popular dan menjadi teknik ikutan, bukan saja kepada warga tua, malah pelajar universiti turut menggunakan kaedah ini, yang dipercayai mampu mengawal penyakit selesema, batuk, dan asma, selain menjadikan saluran hidung menjadi bersih.
7.Kencing unta
Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd, Dr Fatin Khoursheed, telah menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan air kencing unta.
Penyelidikan bermula pada tahun 2004 itu dilaporkan berjaya memulihkan berpuluh kes penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu.
Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus. Terbaharu, pihak berkuasa Jepun turut memintanya berkongsi penyelidikan itu dan mahu mencuba kesan air kencing unta secara saintifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.
8.Ditoreh pisau
Beratus-ratus pesakit mendapatkan rawatan kuno di klinik terbuka di luar masjid terbesar di New Delhi, India. Klinik terbuka yang dimiliki oleh Ghyas Hakim, 80-an, mendakwa rawatannya ini mampu menyembuhkan penyakit, termasuk artritis dan peringkat awal kanser darah.
Pesakit yang rela mendapatkan rawatan di sana akan dihiris menggunakan pisau cukur dan bagi memudahkan pendarahan, pesakit mesti berdiri di kawasan panas selama setengah jam, kemudian tempat yang sakit akan dibalut dengan tali.
Darah yang keluar akibat torehan itu akan dibiarkan mengalir sehingga ia berhenti sendiri. Dipercayai juga rawatan pelik dan menyakitkan ini mampu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
9.Larva lalat
Sangat menggelikan, namun ia diakui berkesan. Rawatan pelik menggunakan larva lalat ini mula dikesan kali pertama dijalankan oleh sekumpulan doktor tentera ketika zaman perang dunia pertama dulu.
Menyedari tidak mempunyai kelengkapan dan tenaga kerja yang mencukupi membuatkan mereka menjalankan eksperimen menggunakan larva lalat.
Larva lalat diletakkan pada luka untuk memakan sel kulit mati dan bakteria. Eksperimen mereka berjaya dan anggota tentera yang terbabit dalam rawatan ini sembuh lebih cepat daripada biasa.
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia juga dilaporkan membuat kajian mengenai keberkesanan terapi larva lalat (Maggot Debridement Therapy – MDT) ini. Hasilnya bagaimanapun tidak diketahui.
Dikatakan, tidak semua jenis lalat sesuai untuk kaedah rawatan ini, hanya yang akan memakan tisu reput saja digunakan. Di Malaysia, spesies lalat yang digunakan ialah Lucilia Cuprina, manakala di Barat pula adalah spesies Lucilia Sericata.
Telan ikan ubati asma
Sebuah perkampungan di Hyderabad, selatan India bertukar wajah menjadi seperti pesta setiap bulan Jun apabila ramai penduduk India sanggup datang ke sini bagi menemui keluarga Goud yang dikatakan mampu mengubati penyakit asma.
Rawatan yang dijalankan memerlukan pesakit menelan ikan tuna hidup yang sudah disapu dengan ramuan ubat rahsia keluarga Goud. Menariknya rawatan ini ditawarkan secara percuma.
Keluarga Goud mendakwa mereka mendapatkan ramuan rahsia itu daripada orang suci Hindu, kira-kira 170 tahun yang lalu. Selepas pesakit menelan ikan itu, mereka diwajibkan untuk mengawal pemakanan selama 45 hari dan dilarang memakan 25 jenis makanan, termasuk daging kambing, gula putih, mangga kering dan bayam. Mereka juga tidak dibenarkan makan makanan yang digoreng dan perlu menjalani rawatan itu selama dua tahun.
Sumber : Berita Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.