9 Sifat & Ciri Lelaki Pilihan Wanita, Salah Satunya Berjambang Nipis. Ini Bukti Kajiannya

Share

Wanita adalah antara salah satu ciptaan yang unik di muka bumi ini. Mereka tidak seperti lelaki. Sifat mereka yang sukar difahami serta peribadi yang tidak menentu membuatkan lelaki sering keliru. Namun, jika anda ingin menawan hati gadis idaman anda, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu yang dapat mencairkan hati para gadis

1. Suka Kanak-kanak & Bayi
Mengikut kajian daripada Perancis, lelaki yang sukakan atau selalu bermain dengan bayi dikatakan mempunyai peluang tiga kali ganda untuk menawan hati gadis berbanding lelaki yang tidak mengendahkan bayi. Juga, 40% daripada wanita tertawan atau tertarik selepas melihat jejaka senyum dan melayan kerenah dengan bercakap dengan bayi. Bagi wanita, mereka melabelkan jejaka yang menyukai bayi sebagai menarik. Secara logiknya, wanita berfikiran, perilaku yang baik terhadap bayi adalah signal seseorang jejaka akan melayan anak-anak mereka dengan baik pada masa hadapan.

2. Berjambang nipis
Wanita beranggapan lelaki yang mempunyai jambang yang sederhana tebal kelihatan lebih kacak dan tampan daripada mereka yang berjambang nipis, atau berjambang penuh atau bercukur licin, menurut penyelidik di Australia. Saintis percaya bahawa jambang melambangkan kemaskulinan seseorang lelaki.

3. Berkereta mewah
Kalau anda tak ada kereta mewa, cuba minta pinjam pada rakan anda yang mempunyai kereta mewah atau sporty. Kajian di UK menunjukkan wanita lebih tertarik kepada lelaki yang memandu Bentley Continental daripada lelaki yang memandu Ford Fiesta, walaupun penampilan dan perwatakan merekan adalah serupa. Kereta mewah menunjukkan yang lelaki ini mempunyai kewangan yang stabil, dan mungkin lebih mampu untuk “melabur” untuk kekasihnya.

4. Ringan tulang membantu orang lain
Melabur masa anda untuk membantu membuatkan wanita tertarik. Kajian dari Cornell Universiti menemukan bahawa wanita lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan jangka masa panjang bersama lelaki yang menunjukkan perwatakan tidak mementingkan diri, seperti bekerja sebagai sukarelawan contohnya membantu memberi makan kepada gelandangan.

5. Berperwatakan kelakar dan lucu
Jenaka dan kelucuan anda boleh membuatkan wanita tertawan. Lelaki yang mempunyai sense of humor, lebih disenangi wanita dan juga membuatkan wanita tidak berasa bosan. Jika anda memiliki sifat ini, kemungkinan besar anda mudah untuk memikat wanita, dan wanita beranggapan bahawa lelaki yang berperwatakan lucu adalah sebagai calon yang lebih baik.

6. Bertubuh sasa
Sesuatu yang tidak dapat disangkal. Kajian daripada UCLA menunjukkan wanita beranggapan lelaki sasa dan tegap adalah lebih maskulin dan tertarik kerana lebih seksual daripada lelaki kurus tidak berotot dan juga lelaki gemuk. Ketegapan dan kesasaan berkait rapat dengan dominasi kata penyelidik. Wanita amat menyukai dominasi, namun tidak berlebihan. Terlalu berotot juga akan membuatkan mereka tidak senang, dan jika tidak berotot pula membuatkan mereka berasa tidak selamat.

7. Berparut di muka
Bagi wanita, lelaki yang mempunyai parut kecil di muka adalah lebih menarik daripada mereka yang mempunyai kulit mulus, menurut kajian di UK. Wanita melihat parut ini sebagai kejantanan yang tinggi. Jadi jika wajah anda berparut dan tidak licin, anda tak perlu terlalu risau. Ia mungkin suatu kelebihan bagi anda.

8. Berbakat dalam muzik
Ini adalah satu perkara penting yang perlu ada pada seorang lelaki. Jika sesorang itu boleh bermain alat muzik, ia akan meningkatkan peratusan untuk wanita tertarik kepada mereka. Wanita melihat bakat ini sebagai sesuatu yang sangat seksi dan mereka berbangga jika mempunyai pasangan yang berbakat dalam muzik. Lelaki seperti ini dianggap lebih romantik daripada lelaki yang tidak pandai bermain alat muzik.

9. Hadiahkan bunga
Dengan hanya berada di dalam bilik yang dipenuhi bunga-bungaan sahaja dapat mempengarui cara wanita memandang lelaki, menurut journal Social Influence. Hadiahkan bunga kepada wanita sangat membantu anda untuk memikat hati wanita, dan anda tak akan pernah salah jika memberikan wanita bunga, kerana mereka seolah-olah dijampi apabila mendapat bunga. Bunga memberi signal romantik, serta dapat menaikkan mood wanita.

 

Published by
Ruziana Zainal