Bila timbang, berat kekal, jarum penimbang pun sama sahaja, jangan salahkan penimbang, salahkan diri anda dahulu yang asyik mengunyah setiap masa. Masalah yang sering timbul ketika melakukan program diet adalah kerana tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik pada jarum penimbang. Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’ tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 punca berikut:
DIET DENGAN JENIS DARAH
• Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.
BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH
• Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.
• Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.
Ads
INGIN BERAT BADAN STABIL
• Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.
TIDAK PERNAH KENYANG
• Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.
Ads
BADAN TERASA BERAT
• Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.
KAWAL ‘LAPAR MATA’
• Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.
Ads
SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK
• Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.
TIADA MASA UNTUK BERSENAM
• Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.
SASARAN YANG TIDAK LOGIK
• Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda buka laman sesawang google pasti anda akan dapat melihat kecomelan huruf-huruf yang dieja google itu memegang kertas undi dan bendera Malaysia, manakala G pertengahan digantikan oleh kotak undi yang dilabel dengan Jalur Gemilang. Satu pemeriksaan arkib Google Doodle menunjukkan bahawa jangkauan doodle pilihan raya Malaysia 2018 ditetapkan untuk mereka di Malaysia sahaja. Pada 9 Mei tahun lalu, Google mencipta coretan yang sama untuk pemilihan presiden Korea Selatan. Baru-baru ini, Twitter juga memperkenalkan emoji baru untuk GE14, memaparkan undi yang ditandakan di atas bendera Malaysia yang berbentuk menyerupai kotak undi. Emoji muncul apabila hashtags #MalaysiaElection, # GE14 atau # PRU14 digunakan dalam tweet itu, dan akan tersedia sehingga 16 Mei. (sumber Star Online)
2) Panggilan Spam
Perdana menteri Najib Razak mengecam panggilan spam baru-baru ini yang mana banyak ahli politik di kedua-dua belah bahagian politik telah mendapat panggilan antarabangsa bertubi-tubi sejak pagi ini. Najib menjelaskan di ruang Twitternya mengatakan bahawa bukan sahaja telefon yang menjadi mangsa. “Selain telefon tidak berfungsi dengan normal, laman web BN juga tidak boleh diakses. Saya telah meminta tindakan segera diambil.
3) Lupa Kad Pengenalan
New Straits Times melaporkan sepanjang PRU14 yang berlangsung semalam, rata-rata yang berada di Ipoh terlupa untuk membawa kad pengenalan ke pusat mengundi. Ini mesti kes terlalu teruja untuk mengundi ni. Apa-apa pun, semua proses pengundian berjalan dengan lancar.
4) Terlewat Mengundi
HANYA kerana terlajak tidur, seorang pengundi hampir terlepas daripada menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, hari ini. Tiap Ooi Ah Chuan, 56, tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsan (SK) Tambun Tulang, Arau, 15 minit sebelum berakhirnya masa mengundi.
“Saya terjaga sahaja dari tidur tengok jam dah 4.20 petang. Nasib baik sempat kalau tidak menyesal kerana pilihan raya hanya lima tahun sekali.” katanya yang tinggal di Kampung Siam, Jejawi. Beliau adalah antara individu terakhir yang mengundi bagi Parlimen Arau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di pusat pengundian berkenaan. (Sumber Harian Metro)
5) Azwan Ali tewas ditangan Azmin Ali
Seperti yang semua sedia tahu dengan kejutan yang diberikan oleh Azwan Ali seorang selebriti tempatan dengan turut serta bertanding dalam Pilihanraya tahun ini. Azwan Ali bertanding dalam parti bebas menentang Azmin Ali yang merupakan ahli keluarganya sendiri. Walaupun tewas di tangan Azmin, namun Azwan Ali melakar sejarah kerana beliau saja selebriti yang berani menyertai politik.
6) 4 Pagi
Bukan setakat media terpaksa bersengkang mata melaporkan berita terkini mengenai PRU14, malah rakyat Malaysia juga tidak tidur sehingga 4 pagi menunggu keputusan PRU 14 kali ini. Sejarah tercipta buat Malaysia, tahniah kepada pemilik kerusi-kerusi di Parliment. Dengan ini, kami mengharapkan agar Malaysia melangkah ke corak perlembagaan yang baru, adil dan saksama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya, pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga, mahupun mereka yang telah lama menjadi pasangan suami isteri, akan dihidangkan dengan masakan yang mewah dan sedap-sedap belaka. Tambahan lagi kalau si isteri pandai memasak. Mestilah isteri akan hidangkan suami masakan yang paling istimewa. Kerana itu, seringkali suami akan tambah berat badan dan perut mula boroi. Menerusi post Nuruliman, laman FB ini ada memberi beberapa hidangan yang sesuai untuk dibawa oleh suami ke tempat kerja. Makanan ini kebanyakkannya sihat! Ini antranya:
Makanan di atas ini sebenarnya nampak seperti makanan “miskin” namun ia kaya dengan kesihatan. Protein, karbo dan serat cukup untuk tampung perut suami pada waktu makan tengah harinya. Isteri pun tak perlu habiskan masa di dapur untuk menyediakan masakan ini.
Beras perang merupakan beras yang mempunyai serat dan kandungan yang bukan saja boleh memberi kesihatan kepada anda, namun ia bagus untuk diet. Jangan terlalu kejam dengan badan anda, sekali sekala suami boleh menikmati minyak dengan makanan seperti telur kicap ini. Jika isteri dan suami pandai mengawal portion pemakanan dan tahu dimana perlu tambah dan dikurangkan, maka badan tidak mengalami masalah untuk maintain berat.
Ini satu lagi masakan yang boleh isteri buat untuk suami, Jaga minyak kerana menggoreng akan menggunakan minyak yang banyak, dan itu akan menyebabkan proses penambahan lemak. Jadi, kalau boleh elak dari masakan bergoreng, dan buatlah masakan rebus-rebus ataupun berkuah. Kadang-kadang nak makan ikan goreng tu tak apa lah. Masakan sayur pula, ada yang mengatakan bahawa paling terbaik makan ulam dan sayur rebus, namun jika anda pandai mengawal jumlag minyak, garam, gula dan santan, serta tanpa serbuk tambahan, maka sayur masak lemak boleh menjadi makanan yang baik untuk anda nikmati secara harian.
Masakan jenis ini sebenarnya baik untuk isteri sediakan buat suami untuk ke pejabat. Mungkin masak lemak tempoyak akan mengundang bau yang sangat kurang menarik untuk anda, namun masakan rebus merupakan contoh terbaik untuk makanan harian anda. Jika anda mampu, tos kan kuah dan ambik ikan sahaja. Telur dadar boleh dinikmati, namun tidaklah secara banyak. portion yang disediakan ini boleh dimakan, namun tidaklah selalu.
Menu ini juga memerlukan anda untuk kawal minyak anda. Jika anda boleh menukar stail masakan ayam tersebut lebih menarik. Anda boleh membakar ayam tersebut dari menggoreng. Penggunaan kentang, cendawan dalam sup tidak dikategorikan sebagai haram dalam dalam masakan, namun kentang, cendawan dan nasi merupakan karbo, dan karbo yang banyak tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, kawal cara pengambilan anda di situ. Jangan lupa tambah serat dalam makanan anda. Carilah mana-mana makanan berwarna hijau untuk diselitkan dalam makan tengah hari suami.
Kredit gambar: nurulimankehidupan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Biasanya selepas kita makan sesuatu yang sedap seperti tempoyak atau gulai, pasti tangan berbau. Puas basuh guna sabun, baunya tetap ada. Takkan nak makan guna sudu kan? Tak feel rasa makanan tu. Ada antara kita yang membersihkan tangan dengan sabun, kemudian oles pula losen untuk menghilangkan bau hamis itu. Masih juga sama, kesan bau itu tetap bersisa.
Maskulin kongsikan dengan anda 5 bahan natural yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau tidak enak itu.
1. GULA Ambil satu sudu teh gula dan gosokkan pada tangan selama 2-3 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Bukan saja bau hamis hilang, bahkan tangan tapak tangan juga akan terasa lebih lembut. 2. LIMAU Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.
3. CUKA Gunakan hanya 1-2 sudu besar cuka dan gosok pada tangan. Urut lembut tangan dan kemudian dibilas. Selepas itu, cucilah tangan dengan sabun seperti biasa.
4. GARAM Sama seperti gula, ambil sedikit garam dan gosokkan pada tangan umpama menggunakan skrub. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air.
5. DAUN SELASIH Basahkan sedikit tangan dan gosokkan daun selasih pada tangan. Pastikan setiap bahagian yang hendak dibersihkan digosok dengan daun selasih. Selepas itu, bolehlah dibersihkan dengan air.
Mudah kan? Selepas ini, jangan tahan diri jika mahu makan makanan kegemaran anda hanya kerana ia berbau. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.