Tidak dinafikan ketika ini cuaca agak panas dan lebih menimbulkan ‘pening kepala’, ada beberapa tempat di Selangor serta Kuala Lumpur ditutup bekalan air buat seketika.
Meskipun tujuannya untuk rawatan dan memudahkan keperluan pengguna pada masa akan datang, tempoh lebih dua – tiga hari boleh dikatakan sebagai beban juga.
Mana tidaknya, kalau berpeluh, pasti rasa nak mandi. Begitu juga kalau nak membuang bahan kumbahan, air sememangnya satu keperluan yang tidak dapat ditolak.
Sehubungan itu menerusi ini entri ini, Maskulin ingin berkongsi 10 port air terjun di sekitar Selangor yang boleh anda sekeluarga lepak bersantai tanpa memikirkan masalah air.
Air Terjun Sungai Gabai terletak di Hulu Langat, Selangor. Lokasi 36 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 48 minit.
Taman Rimba Kanching terletak di Kilometer 17, Jalan Rawang, Templer Baiduri. Lokasi 30 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 30 minit.
Air Terjun Taman Rimba Komanwel terletak di Kilometer 23, Jalan Kuala Lumpur – Rawang. Lokasi 27 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 27 minit.
Air Terjun Serendah terlatak di Serendah, Selangor. Lokasi 40 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 46 minit.
Air Terjun Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor. Lokasi 73 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran perjalanan 1 jam 12 minit.
Air Terjun Siong terletak di Jalan Sungai Lui, Kampung Gemi, Hulu Langat, Selangor. Lokasi 44 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 56 minit.
Air Terjun Sungai Pisang terletak di Batu Caves, Selangor. Lokasi 29 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 27 km.
Air Terjun Sungai Pinang terletak di Batang Kali, Selangor. Lokasi 56 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 53 minit.
Air Terjun Kuala Kubu Bharu terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor. Lokasi 60 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Anggaran masa perjalanan 57 minit.
Nanti kalau dah pergi, jangan lupa share gambar dekat ruang komen Facebook Maskulin ya!