Bercakap tentang hubungan romantis antara lelaki dan wanita ini memang tak akan habis sampai bila-bila.
Misteri hubungan antara dua jantina ini terus menjadi topik hangat. Tak kiralah sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya ada fiil dan perangai sendiri.
Ramai lelaki beranggapan bahawa wanita adalah ‘makhluk’ Tuhan yang penuh misteri. Namun mereka tak sedar bahawa lelaki juga tidak kurang misterinya.
Tetapi lelaki bila sudah jatuh cinta dengan seorang wanita dia akan berubah sedikit (atau banyak). Dalam sedar atau tidak banyak petanda yang ditunjukkan oleh lelaki yang dia sebenarnya jatuh cinta kepada wanita itu.
Untuk wanita yang membaca artikel ini, berikut merupakan petanda-petanda utama lelaki lakukan bila dia sudah sukakan seseorang.
SUKA USIK
Benda ini sudah banyak kali kita tengok dalam movie bukan? Ya, itu bukan khayalan fantasi semata. Memang lelaki akan buat begitu. Kalau sudah suka lelaki memang suka mengusik. Tapi dalam masa yang sama, dia tetap menjaga perasaan dan sentiasa caring terhadap perempuan tersebut.
LAJU REPLY WHATSAPP
Bunyi saja telefon laju saja periksa telefon. Kalau dah suka mesti sentiasa hubungi orang disukainya. Bukan senang ya nak jumpa lelaki yang sepanjang masa melayan orang lain di WhatsApp. Lelaki kalau buat sanggup buat begitu maknanya dia memang suka gila dengan gadis itu.
BUAT WANITA ITU KETAWA
Kalau lelaki tu sentiasa membuat hati korang senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius dengan korang. Lelaki jenis ini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali bersama dengan orang tersayang.
TAK MENGONGKONG
Dalam perhubungan cinta, lelaki sejati tidak akan control perempuan. Bukan bermakna tidak mahu ambil tahu tapi lelaki itu hanya nak perempuan berasa selesa ketika bersamanya. Biar tak rasa seperti terikat.
TAK SEGAN KONGSI PERASAAN
Tak ada lelaki yang akan menangis pada seorang perempuan melainkan dia betul-betul sayang dengan perempuan tu. Kalau dah nangis depan wanita, itumaknanya anda sangat mempercayai dan selesa dengan gadis itu.
BACA: Bila Sama Keras Kepala, Boleh Jadi Punca Perpisahan Utama
LEBIH SUKA UNTUK TAK TERBURU-BURU
Kalau lelaki betul-betul sayang dengan seorang perempuan, dia tak pasti tak mahu terburu-buru dalam hubungan. Maksudnya, dalam bab kahwin dia tidak akan terburu-buru kerana nak tunggu betul-betul stabil dan cukup duit untuk menyara isterinya nanti.
MUDAH LEMBUT HATI
Jika dahulu lelaki itu dikenali sebagai seorang yang keras kepala, dia boleh berubah menjadi seorang yang lembut hati dan boleh bertolak ansur kerana wanita disayanginya.Ini juga salah satu tanda yang dia sayang dan sanggup beralah dengan orang yang dia sayang.
TAK SEGAN
Lelaki kalau dah perangai macam budak-budak yang tiba-tiba nak bermanja dan kadang-kadang suka merajuk, itu tandanya mahukan perhatian wanita. Sekali-sekala merajuk itu perkara biasa.
MEMBEBEL
Jangan anggap lelaki yang kuat membebel setiap kali dia menegur dan marah tentang perkara-perkara yang padanya tidak elok. Dia hanya sekadar menasihati dan mengingatkan orang yang disayangi agar hubungan yang dijalinkan berjalan lancar tanpa masalah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI