9 Perkara DO’S & DON’TS Bila Memakai Sut, Salah Satunya Jangan Penuhkan Poket

Share

Ada ketikanya seorang lelaki memang memerlukan sepasang sut lengkap yang baik dan sempurna. Terutamanya bila menghadiri majlis-majlis rasmi melibatkan kerja dan juga aktiviti sosial di lokasi-lokasi eksklusif.

Bagi MASKULIN, setiap lelaki wajib memiliki sekurang-kurangnya sepasang sut kerana kita tak tahu bila ia akan diperlukan.

Namun pernahkah anda mengambil kira bagaimanakah untuk memilih sepasang sut yang sempurna mengikut saiz badan dan cara pemakaiaanya?

Setiap orang mempunyai gaya dan cita rasa masing-masing namun ada sesetengah perkara yang tak boleh dilakukan apabila memakai sut.

Di dalam artikel ini MASKULIN akan kongsi beberapa tip untuk anda patuhi bila menggayakan sut.

1. Buka butang bawah

Apabila memakai blazer yang mempunyai dua butang anda harus titik beratkan satu perkara. Jangan sesekali anda mengetatkan kedua-dua butang terutamanya yang paling bawah. Biarkan butang bawah sentiasa terbuka kerana ia memberikan gaya yang lebih fleksibel. Selain itu ia juga memudahkan anda bergerak.

2. Fit yang betul

Jangan jadi mangsa tersasalah pilih saiz. Antara beberapa perkara yang anda harus ambil kira sebelum membeli sut ialah bahagian bahu, trouser break, mid section dan kepanjangan lengan. Anda boleh rujuk saiz sesuai dengan tukang jahit atau juru jual bagi sut ready made.

3. Warna sesuai

Ia satu rule yang cukup mudah. Jika anda memakai kasut berwarna coklat pastikan tali pinggang juga mempunyai warna yang sama. Anda tak perlu warna yang tepat sama, tapi cukuplah nampak lebih kurang. Jangan sesekali guna kombinasi hitam dan coklat untuk kasut dan tali pinggang.

BACA: 8 Stail Fesyen Lelaki Kurus Kena Ikut, Kalau Tak Mahu Tampil Sekeping

4. Buka butang bila duduk

Apabila anda ingin duduk jangan lupa untuk buka butang blazer. Bila berdiri ketatkan semula butang bila perlu.

5. Kepanjangan lengan blazer

Perkara yang kecil boleh memberi impak sangat besar. Contohnya ukuran lengan blazer anda. Pastikan ukurannya setengah inci lebih pendek daripada kemeja yang anda pakai di bahagian dalam. Contohnya bila anda berdiri, bahagian lengan itu berada betul-betul di pergelangan tangan.

6. Pastikan tiada jahitan lebihan

Ramai lelaki yang lupa untuk membuka jahitan pada bahagian vent sebelum melangkah keluar dari rumah. Apabila membeli sut baru kebiasaannya terdapat jahitan di bahagian belakang dan tepi poket.

7. Jangan penuhkan poket

Ini juga satu perkara yang sering dilakukan oleh ramai lelaki. Apabila menggayakan sut jangan sesekali penuhkan poket seluar atau blazer. Ia memberi gambaran yang tidak cantik kepada penampulan anda. Bawa apa yang perlu sahaja. Simpan telefon pintar di bahagian poket dalam blazer

.

8. Kasut berkilat

Apalah gunalah memakai sut yang cantik tetapi bila pandang ke bawah kasut tak berkilat. Sebelum hadiri majlis anda boleh luangkan sedikit masa untuk kilatkan kasut dahulu. Paling malas sekalipun pergilah ke mana-mana tukang pengilap kasut.

9. Jangan sarat aksesori

Lelaki zaman sekarang seakan sudah menjadi seperti perempuan yang sarat dengan pelbagai aksesorui. Jika memakai sut cukuplah anda memakai jam tangan sahaja sebagai pelengkap. Dan jangan pakai jam sporty. Padankanlah dengan jam bertali besi atau kulit.

Published by
Farizul Izwany