Cuba lihat kulit orang Korea, kebanyakannya bebas jerawat, bersih dan bercahaya. Selain mengamalkan regim kecantikan yang dilaporkan lebih daripada 5 langkah, orang pemakanan juga menjadi kunci untuk orang Korae miliki kulit wajah yang sihat.

Pasti anda tertanya-tanya, selain kimchi apa agaknya makanan lain yang mereka sering ambil sebagai makanan harian? Jom kita bongkar rahsia orang Korea miliki kulit bebas jerawat dan bersih dengan 9 makanan ini.

1. Kimchi

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

Makanan khas Korea dari fermentasi sayur kubis ini memang banyak khasiatnya. Ia mengandungi banyak probiotik dan lactic acid yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh dan menyeimbangkan bakteria baik dalam pencernaan. Kesihatan pencernaan pastinya berhubung kait dengan kesihatan kulit. Beta karoten dan vitamin C yang tinggi dalam kimchi dapat menghindarkan kulit daripada radikal bebas dalam tubuh selain melambatkan proses penuaan. Jika tubuh sihat maka kesihatan kulit pun akan terserlah.

2. Ikan laut

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

Selain kimchi, orang Korea juga rajin makan ikan laut. Makanan ini mengandungi banyak Omega 3 yang bagus untuk menjaga dan mempertahankan kesihatan kulit. Ikan laut juga mengandungi zink yang dapat membantu regenerasi kulit sehingga menjadi cerah dan anjal.

3. Sup seaweed

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

IKLAN

Rumpai laut yang merupakan makanan hijau ini kaya dengan pelbagai nutrisi. Dengan mengambil sup rumpai laut, orang Korea mudah mendapatkan iodine, vitamin B1 dan B2, Omega-3 acid yang dapat meningkatkan kualiti tubuh termasuk nutrisi untuk kulit. Omega 3 sendiri juga dapat membantu kulit untuk melawan radikal bebas daripada pancaran sinar matahari. Jadi tidak hairanlah jika orang Korea miliki kulit yang sihat dan cantik.

4. Teh barli

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

Selain minum air putih yang banyak setiap hari, orang Korea juga amalkan pengambilan teh barli. Dikenali dengan sebutan boricha di Korea atau maicha di China, teh ini adalah teh herbal yang memiliki banyak manfaat. Salah satunya sebagai antioksidan yang mampu melindungi sel tubuh daripada rosak dan baik untuk melawan proses penuaan. Mengikut koreandiet.com, satu kajian mengatakan orang yang mengikuti pola diet ala Korea selama beberapa hari akan merasakan perubahan yang lebih baik pada kulit yang berjerawat sebanyak 27 peratus.

5. Ginseng

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

IKLAN

Kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan, ginseng dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghilangkan sel kulit mati yang membantu menjadikan kulit lebih kukuh serta anjal. Ia juga boleh mengurangkan kemerahan dalam kulit dengan memerangi keradangan dan menguatkan sistem imun. Anda juga boleh mengamalkan teh ginseng untuk mendapatkan kulit yang bercahaya dan sihat dari bahagian dalam dengan meningkatkan peredaran darah dan menghidratkan kulit.

6. Teh hijau

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan serta antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan bahawa mengamalkan pengambilan teh hijau mampu mengelakkan kerosakan berpunca daripada pancaran matahari.

IKLAN

7. Madu

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

Dengan antioksidan dan asid alpha hydroxy (AHA), madu berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan menarik kelembapan pada kulit. Ini merupakan dua langkah penting untuk memastikan kulit kekal lembut dan anjal dari dalam. Madu juga mempunyai ciri-ciri antibakteria dan penyembuhan yang menjadikannya ubat yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan kerengsaan. Mulai hari ini, cuba gantikan madu untuk setiap hidangan sama ada dalam makanan mahupun minuman.

8. Ubi Keledek

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

Ubi keledek kaya dengan vitamin A dan C yang menjadi makanan diperlukan untuk kulit kekal sekata dan bercahaya dari dalam. Ia mengandungi biotin yang boleh menambahkan kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut. Anda boleh cuba hidangan Goguma Mattang iaitu ubi keledek goreng yang dibuat dengan sirap jagung atau madu serta ditabur dengan bijan.

9. Bibimbap sayuran

9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!

Ramai aktres Korea mengamalkan pengambilan sayur-sayuran sebagai rahsia untuk mendapatkan kulit sempurna. Bibimbap yang diperbuat daripada pelbagai sayur-sayuran seperti lobak, tauge, bayam, rumpai laut dan cendawan, menjadi antara sajian kegemaran orang Korea. Selain menawarkan makanan yang penuh dengan antioksidan, zat besi, vitamin C dan E, kandungan nutrisi yang ada dalam bayam baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Manakala cendawan pula mengandungi asid hyaluronik iaitu ramuan ultra-penghidratan untuk kulit wajah sihat dan bercahaya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI