Cuba lihat kulit orang Korea, kebanyakannya bebas jerawat, bersih dan bercahaya. Selain mengamalkan regim kecantikan yang dilaporkan lebih daripada 5 langkah, orang pemakanan juga menjadi kunci untuk orang Korae miliki kulit wajah yang sihat.
Pasti anda tertanya-tanya, selain kimchi apa agaknya makanan lain yang mereka sering ambil sebagai makanan harian? Jom kita bongkar rahsia orang Korea miliki kulit bebas jerawat dan bersih dengan 9 makanan ini.
1. Kimchi
Makanan khas Korea dari fermentasi sayur kubis ini memang banyak khasiatnya. Ia mengandungi banyak probiotik dan lactic acid yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh dan menyeimbangkan bakteria baik dalam pencernaan. Kesihatan pencernaan pastinya berhubung kait dengan kesihatan kulit. Beta karoten dan vitamin C yang tinggi dalam kimchi dapat menghindarkan kulit daripada radikal bebas dalam tubuh selain melambatkan proses penuaan. Jika tubuh sihat maka kesihatan kulit pun akan terserlah.
2. Ikan laut
Selain kimchi, orang Korea juga rajin makan ikan laut. Makanan ini mengandungi banyak Omega 3 yang bagus untuk menjaga dan mempertahankan kesihatan kulit. Ikan laut juga mengandungi zink yang dapat membantu regenerasi kulit sehingga menjadi cerah dan anjal.
Ads
3. Sup seaweed
Rumpai laut yang merupakan makanan hijau ini kaya dengan pelbagai nutrisi. Dengan mengambil sup rumpai laut, orang Korea mudah mendapatkan iodine, vitamin B1 dan B2, Omega-3 acid yang dapat meningkatkan kualiti tubuh termasuk nutrisi untuk kulit. Omega 3 sendiri juga dapat membantu kulit untuk melawan radikal bebas daripada pancaran sinar matahari. Jadi tidak hairanlah jika orang Korea miliki kulit yang sihat dan cantik.
4. Teh barli
Selain minum air putih yang banyak setiap hari, orang Korea juga amalkan pengambilan teh barli. Dikenali dengan sebutan boricha di Korea atau maicha di China, teh ini adalah teh herbal yang memiliki banyak manfaat. Salah satunya sebagai antioksidan yang mampu melindungi sel tubuh daripada rosak dan baik untuk melawan proses penuaan. Mengikut koreandiet.com, satu kajian mengatakan orang yang mengikuti pola diet ala Korea selama beberapa hari akan merasakan perubahan yang lebih baik pada kulit yang berjerawat sebanyak 27 peratus.
Ads
5. Ginseng
Kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan, ginseng dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghilangkan sel kulit mati yang membantu menjadikan kulit lebih kukuh serta anjal. Ia juga boleh mengurangkan kemerahan dalam kulit dengan memerangi keradangan dan menguatkan sistem imun. Anda juga boleh mengamalkan teh ginseng untuk mendapatkan kulit yang bercahaya dan sihat dari bahagian dalam dengan meningkatkan peredaran darah dan menghidratkan kulit.
6. Teh hijau
Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan serta antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan bahawa mengamalkan pengambilan teh hijau mampu mengelakkan kerosakan berpunca daripada pancaran matahari.
Ads
7. Madu
Dengan antioksidan dan asid alpha hydroxy (AHA), madu berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan menarik kelembapan pada kulit. Ini merupakan dua langkah penting untuk memastikan kulit kekal lembut dan anjal dari dalam. Madu juga mempunyai ciri-ciri antibakteria dan penyembuhan yang menjadikannya ubat yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan kerengsaan. Mulai hari ini, cuba gantikan madu untuk setiap hidangan sama ada dalam makanan mahupun minuman.
8. Ubi Keledek
Ubi keledek kaya dengan vitamin A dan C yang menjadi makanan diperlukan untuk kulit kekal sekata dan bercahaya dari dalam. Ia mengandungi biotin yang boleh menambahkan kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut. Anda boleh cuba hidangan Goguma Mattang iaitu ubi keledek goreng yang dibuat dengan sirap jagung atau madu serta ditabur dengan bijan.
9. Bibimbap sayuran
Ramai aktres Korea mengamalkan pengambilan sayur-sayuran sebagai rahsia untuk mendapatkan kulit sempurna. Bibimbap yang diperbuat daripada pelbagai sayur-sayuran seperti lobak, tauge, bayam, rumpai laut dan cendawan, menjadi antara sajian kegemaran orang Korea. Selain menawarkan makanan yang penuh dengan antioksidan, zat besi, vitamin C dan E, kandungan nutrisi yang ada dalam bayam baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Manakala cendawan pula mengandungi asid hyaluronik iaitu ramuan ultra-penghidratan untuk kulit wajah sihat dan bercahaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di sebalik pandemik yang masih menghantui kehidupan harian kita namun kejohanan bola sepak terulung di Eropah, EURO kini sedang berlangsung. Sedikit sebanyak ia memberikan satu harapan baru bahawa dunia kini sedang menuju ke arah pemulihan seperti sedia kala.
Kesepaatan dan perpaduan yang boleh kita saksikan menerusi kaca televisyen pada setiap perlawanan memberikan ‘nafas’ baru kepada dunia. Bersempena dengan kejohanan ini juga, BOSS Parfums turut serta meraikan musim bola sepak ini dengan melancarkan kempen ‘Unite to Celebrate’.
Kempen yang cukup istimewa dari BOSS turut menampilkan lima orang pemain bintang terkenal dunia yang mempunyai karier cukup hebat dan dikenali peminat bola sepak.
Mereka terdiri daripada midfield maestro pasukan Jerman, Toni Kross, penyerang sensasi England, Harry Kane, pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane, pemian tengah Sepanyol, Sergi Roberto dan legenda Colombia, Radamel Falcao.
Dengan status bintang yang dibawa mereka di atas dan juga di luar padang, kelima-lima wajah tang menjayakan kempen ‘Unite to Celebrate’ oleh BOSS ini mewakili generasi lelaki pada masa kini. Setiap seorang daripada mereka datang dari latar belakang berbeza dan substance yang bergaya kompleks dan variasi personaliti.
Namun dengan menjadi diri sendiri dan sentiasa bekerja keras membuatkan setiap seorang daripada pemain ini mengecap kejayaan dan seterusnya berstatus bintang.
Pengenalan BOSS Bottled United Limited Edition EDP oleh BOSS Parfums memberikan simbolik emosi yang cukup berkuasa meraikan perpaduan dalam sukan seperti bola sepak.
AKTIFKAN KESEGARAN
Bauan yang dihasilkannya pula seakan menghalusi sensasi bola sepak dengan aura kehangatan urban yang sedikit intense namun dalam masa yang sama menyentuh momen gemilang sukan bola sepak.
BOSS Bottled United Limited Edition EDP juga menawarkan bauan yang lebih segar dengan sentuhan signature BOOS Bottled. Nota bauan dari daun Buchu liar membuka kesegaran dan dijana pula oleh sensasi spearmint segar.
BOSS Bottled United Limited Edition EDP kini ditawarkan secara eksklusif hanya menerusi platform Zalora pada harga RM100. Anda boleh dapatkannya di sini.
Manakala pembelian bermula sekarang hingga 27 Jun bakal menerima Hugo BOSS pouch dan juga bola sepak secara eksklusif.
Mungkin ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah yang cukup istimewa sempena Hari Bapa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara mimpi ngeri untuk seorang lelaki ialah bila rambut di bahagian atas mula menipis. Anda risau perkara ini berlaku kepada anda?
Usah risau. You are not alone! Kami di team MASKULIN juga resah dengan kemungkinan yang fenomena ini berlaku terhadap kepala sendiri.
Mungkin anda menyangka hal ‘botak tengah’ ini hanya boleh berlaku kepada mereka yang sudah semakin meningkat umur. Anda jangan terperdaya kerana sudah banyak kes melibatkan lelaki yang masih muda dan berumur bawah 30 tahun.
Ssesetengah kes berlaku diktakanatas faktor genetik. Namun majoritinya berlaku kerana kurangnyakesedaran menjaga kesihatan rambut di kalangan lelaki.
Jadi bagaimana anda boleh mengelak perkara ini daripada berlaku? Takkan umur tak sampai 40 kepala dah ‘bersinar’ di tengah-tengah bak bola golf di sinari cahaya mentari. Jom ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah!
Tak dapat dinafikan produk penjagaan rambut untuk lelaki kini cukuop banyak sekali. Jadi amat penting untuk anda memilih produk yang sesuai. Ini kerana sekarang ini semakin banyak produk syampu lebih memberi fokus kepada pembersihan rambut dan bukannya kulit kepala. Jadi, pilihlah syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.
ELAKKAN RAWATAN KIMIA
Seeloknya anda elakkan menjalani rawatan rambut menggunakan bahan-bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun mewarna rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam produk ini jika tidak dikawal penggunaannya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.
GUNA SCARA KONSISTEN
Tonik atau serum. Ini dua jenis produk yang jika digunakan secara konsisten dan betul boleh ‘membantu anda elakkan masalah rambut gugur, kelemumur, rambut kering, dan sebagainya akan selesai.
DIET YANG BETUL
Ini antara tip yang sangat penting. Tahukah anda apa jua yang anda makan mampu memberi kesan terhadap penjagaan kulit kepala. Oleh itu jauhilh berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.
Banyakkan mengambil makanan yang mampu memberi zat dan mengikuti diet dengan batul. Pastikan anda ambil makanan yang mengandungi protein dan zink serta vitamin C & B.
UBAH GAYA HIDUP
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.
Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 10.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki zaman moden kini tidak lagi lokek untuk berbelanja untuk mendapatkan produk penjagaan wajah dan kulit. Jadi tidak hairanlah semakin banyak produk penjagaan lelaki kini semakin banyak dan dihasilkan untuk tujuan lebih spesifik. Antara jenama yang sering menampilkan produk tumpuan adalah Aesop.
Terbaru, Aesop memperkenalkan koleksi istimewa yang merupakan salah satu koleksi untuk tahun 2020 iaitu Gift Kits. Menariknya koleksi ini turut diberi nama gelaran ‘Sensory Chronicles’. Setiap kita yang ditawarkan membawa pengguna untuk merasai sendiri sensasi minda dan sentuhan menerusi koleksi ini.
Dilancarkan pada 2 November lalu, setiap Gift Kit yang hadir dengan kotak khas diperbuat daripada 100 peratus bahan mudah reput atau biodegradable yang boleh juga dikitar semula. Ia sekali gus selari dengan ideologi jenamanya yang ingin mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
TEMAN SASTERA
Jelas Aesop, koleksi ini juga mengandungi beberapa hasil seni sastera yang semakin dilupakan. Ia boleh dimuat turun sebagai eBook atau audio file (dalam bahasa Inggeris). Hasil sastera ini boleh dijadikan peneman tatkala pengguna merasai sendiri pengalaman escapism ketika menggunakan produk penjagaan kulitnya.
Terdapat 5 jenis Gift Kit berbeza yang ditawarkan oleh Aesop iaitu The Ardent Nomad, The Lore Collector, The Seasoned Wayfarer, The Mataphysical Voyager dan The Chance Companion.
Setiap satu hadir dengan karya sastera berbeza dalam bentuk digital hasil penulis terkenal seperti Isabelle Eberhardt, Lafcadio Hearn, Rabindranath Tagore, Joaquim Maria Machado de Assis dan Katherine Mansfield.
Koleksi Gift Kit ini boleh didapati di semua signature store Aesop seluruh negara serta stokis mereka yang terpilih.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.