Petai bukan makanan yang asing bagi orang Malaysia, lagi-lagi orang kampung. Namun bagi golongan yang urban dan ‘bandar’ mungkin akan memandang ‘rendah’ dengan petai ni tapi tak mengapa mari kita lihat khasiatnya pasti mampu buat korang ternganga.
Petai busuk disebabkan oleh kandungan asam amino yang terkandung di dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur. Kalau dekat Amerika, makan ini merupakan antara makanan paling busuk dan buruk!
Namun, di sebalik busuk petai, terkandung pelbagai manfaat kepada manusia. Nak tahu? Mari sama-sama kita lihat:
1. Menurunkan suhu badan
Buah petai dikenali sebagai buah penyejuk badan. Dengan makan buah petai, dipercayai dapat menyejukkan tubuh badan. Boleh cuba di musim-musim panas ni!
Ads
2. Menurunkan darah tinggi
Kandungan kalium yang tinggi dalam petai, tetapi rendah garam mampu menurunkan darah tinggi dan menstabilkan dengupan jantung, serta mengurangkan gejala-gejala disebabkan darah tinggi seperti cepat marah dan senang letih.
3. Mengatasi anemia
Anemia biasanya disebabkan oleh kurang zat besi dalam badan, sehingga menyebabkan penghidapnya jadi lesu, kurang bermaya dan ras ngilu di bahagian tulang. Oleh itu, petai adalah antara penawarnya. Petai mengandungi zat besi yang tinggi untuk mengurangkan masalah kurang darah atau anemia.
4. Mengurangkan stress dan depresi
Tahukah anda, makan petai boleh hilang stress dan mengurangkan tekanan. Kandungan tryptophan yang terdapat dalam petai mampu meredakan stress dan tekanan anda. fungsi tryptophan ialah memperbaiki mood anda. Sebab itu kawan-kawan anda yang suka makan petai selalu happy je.
Ads
5. Mencegah serangan stroke
Salah satu penelitian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan stroke pada seseorang.
6. Melancarkan sistem pencernaan
Petai mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda dan mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut,diare dan perut berangin.
Ads
7. Menghilangkan rasa senak ketika kenyang
Jika anda adalah orang yang selalu senak selepas makan, petai adalah ubat yang mujarab. Petai mengandungi antiasid yang mampu mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.
8. Membantu untuk berhenti merokok
Anda nak berhenti merokok? Cuba amalkan makan petai mentah-mentah. Kandungan vitamin B6, vitamin B12, kalium, dan magnesium yang terkandung di dalam petai dapat membantu menghentikan tabiat atau sangap merokok. Ia juga dapat mempercepatkan kesan penghentian nikotin yang masuk ke dalam tubuh.
9. Awet muda
Orang asli mempercayai dengan makan petai dapat mengekalkan muda agak tampak lebih muda. Jadi, tak perlui ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
TIP UNTUK KITA SEMUA AGAR TIDAK MELAKUKAN 8 PERKARA INI SELEPAS MAKAN. ANTARA 8 TABIAT INI, MANA SELALU KORANG BUAT TANPA SEDAR?
JANGAN MEROKOK
Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.
JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN
Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tip pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan
JANGAN MINUM TEH
Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.
JANGAN MELONGGARKAN TALI PINGGANG
Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.
JANGAN MANDI
Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.
JANGAN BANYAK BERJALAN
Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil. Baca fakta tetang berjalan di sini.
JANGAN TERUS TIDUR
Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.
JANGAN TERUS MINUM AIR
Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam – 1 jam selepas makan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi kes jerawat yang tidak begitu teruk, anda tidak memerlukan ubat dari doktor atau pakar kulit. Banyak rawatan yang boleh dibeli sendiri di farmasi dengan mudah. Antara pilihan yang terdapat di farmasi tanpa preskripsi doktor termasuk sabun, krim, gel dan losen. Setiap pilihan yang disenaraikan mempunyai bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengatasi jerawat.
ANTARA BAHAN KIMIA YANG TERKANDUNG
Benzoyl peroxide
Asid salicylic
Sulfur
Retinoid
Antara objektif rawatan di atas adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak “sebum”, membantu dalam mengurangkan proses radang berlaku di folikel, membantu dalam memusnahkan jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Ia juga bermatlamat untuk mengurangkan tersumbat di folikel. Antara rawatan di atas terdapat juga yang boleh mengurangkan pembiakan kuman P. acnes. Sila rujuk kepada ahli farmasi bagi nasihat selanjutnya.
Jika kes jerawat anda berada di tahap yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan preskripsi ubat dari doktor anda. Antara ubat yang boleh membantu adalah seperti berikut:
ANTIBIOTIK
Antibiotik yang diambil dalam bentuk pil mungkin boleh membantu dalam mengurangkan pencetusan jerawat. Terdapat antibiotik yang boleh disapu tetapi jika jangkitan kuman terlalu dalam, ubat tersebut mungkin tidak cukup ampuh untuk membunuh bakteria. Antibiotik pil boleh membunuh bakteria yang lebih dalam dengan lebih mudah. Walau bagaimanapun, penggunaannya tidak boleh terlalu lama kerana bakteria boleh membentuk tentangan. Selalunya anda akan mengambil ubat selama 3 hingga 6 bulan dan seiring dengan ubat juga akan mengguna sabun dan krim di muka untuk membasmi jerawat.
PIL PERANCANG
Bagi pihak wanita, pil perancang mempunyai hormon yang melaraskan kitaran haid. Tetapi pengawalan hormon juga mempunyai kesan dalam menangani jerawat. Cara ini tidak akan membuahkan hasil secara cepat dan selalunya digunakan seiris dengan ubat lain.
ISORETINOID
Ubat ini adalah retinoid berbentuk pil dan ia merupakan ubat yang sangat ampuh tetapi oleh kerana itu ia juga mempunyai kesan sampingan yang banyak dan mungkin serius. Ubat ini dijadikan pilihan terakhir bagi kes yang tidak boleh diselesaikan dengan cara yang lain dan bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah kulit dan bibir kering, hidung berdarah, gangguan emosi dan sakit otot. Tidak semua orang boleh menanggung kesan sampingan tersebut. Anda perlu berbincang dengan doktor secara terperinci sebelum mengguna ubat ini.
Oleh kerana setiap individu berbeza, sila rujuk nasihat ahli farmasi dan doktor untuk mendapat rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keterampilan seseorang lelaki itu mencerminkan daya maskulin yang terpancar dari dalam diri. Lebih berani dan berkeyakinan tatkala berhadapan dengan umum, lelaki harus kelihatan tampan agar dilihat dengan lebih positif. Semua ini harus dicapai supaya setiap lelaki dapat menginjak ke aras yang lebih tinggi dalam pencapaian kehidupan dan perlu melalui beberapa elemen yang mendorong seperti kesihatan, kecergasan, cara berkomunikasi dan penggayaan stail. Semuanya harus diterjemahkan dari dalam diri dan percaya dengan kemampuan diri.
MASKULIN : BAGAIMANA ANDA MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN DUNIA KECERGASAN?
Sedari kecil saya sememangnya telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak. Banyak menyertai aktiviti di sekolah sehingga saya mula minat akan elemen kecergasan dalam kehidupan seharian ini. Bermula sebagai hobi pada tahun 2010 sebelum menjadikannya sebagai fokus dan profesional pada tahun 2012 sehingga kini. Setiap minggu melihat perubahan diri ke arah yang lebih baik menjadikan saya terus bermotivasi untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan agar lebih ideal dan menarik. Bukan semata-mata secara fizikal malah secara dalaman harus dilihat sebagai penting untuk dijaga dan dihargai. Meskipun saya mempunyai pekerjaan tetap dan perniagaan sendiri, saya menjadikan bidang kecergasan ini sebagai kerja separuh masa untuk membantu mereka yang mempunyai impian dan cita-cita. Saya belajar dan membuat beberapa kajian tentang kecergasan dan latihan agar dapat melatih dengan lebih baik.
MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Mencipta inspirasi melalui diri sendiri dengan melihat dan menilai kemampuan diri sendiri. Mengenali kemampuan diri adalah sumber inspirasi dan motivasi yang terbaik untuk menginjak keupayaan dan mencipta kejayaan dalam mengejar impian. Jika melihat dari sisi individu yang berjaya, saya meletakkan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ sebagai idola kerana kejayaannya. Dia melengkapi ciri-ciri lelaki maskulin apabila seimbang di antara kerjaya, populariti dan kecergasan dalam mengekalkan bentuk badan yang sempurna sehingga kini.
MASKULIN : APA YANG PERLU DITITIKBERATKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENDEKATKAN DIRI DALAM DUNIA KECERGASAN?
Di dalam konteks sekarang, setiap individu perlu menanamkan kepercayaan bahawa kita makan adalah untuk sihat. Sedar bahawa apa yang dimakan adalah untuk memenuhi keperluan badan dan bukannya apa yang disukai sahaja. Oleh sebab itu, kecergasan itu bermula daripada dalam dan bagaimana kita menyusun diet serta plan pemakanan setiap hari. Sebenarnya, setiap individu pasti punya masa dalam keadaan tidak bermotivasi untuk melakukan senaman dan diet. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong untuk merasakan sebegitu. Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui keupayaan dan kekuatan kita untuk kembali bermotivasi setiap hari. Kepercayaan terhadap diri sendiri sahajalah jalan untuk mengubah sesuatu.
MASKULIN : DIET ANDA?
Pengamalan diet dan nutrisi seimbang harus diamalkan setiap hari meski terdapat sehari dalam seminggu yang dikategorikan sebagai ‘cheat day’. Mengikuti amalan saya, saya akan bangun tidur setiap pagi dan memastikan saya mengambil satu gelas air kosong untuk mengekalkan transisi dalam badan. Selepas itu, saya akan mengambil madu lebah dan propolis untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan juga bertindak sebagai anti-virus. Pada jam 11 pagi, saya akan memakan dua biji buah epal sama ada hijau atau merah. Ketika makan tengah hari pada jam 1 petang, saya akan mengambil protein seperti dada ayam atau ikan yang direbus bersama air kosong. Saya sentiasa memastikan air yang saya minum adalah air mineral kerana kebaikan mineral semula jadi yang terkandung di dalam air tersebut. Pada jam 4 petang, saya akan mengambil lagi dua biji buah epal bersama dengan teh hijau tanpa gula.
MASKULIN : HARAPAN?
Saya ingin memberi motivasi kepada semua individu yang ingin berubah dan memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan ini. Memenuhi impian setiap individu lain adalah impian saya pada masa akan datang untuk terus kekal di dalam bidang kecergasan ini. Selain itu juga, saya berhasrat untuk mempunyai sebuah gimnasium atau akademi kecergasan sendiri dan melatih mereka sehingga berjaya. Di situ nanti mungkin saya boleh lakukan lebih banyak kajian tentang kesihatan dan teknik serta skil kecergasan yang baru.
GAMBAR : BADLISYAH_BS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.