9 Idea Bijak & Mudah , Buat Duit Sambil Tidur Dengan Cara Yang Halal

Share

Hidup dalam dunia masa kini memang memerlukan kita cari duit walaupun tengah tidur. Kalau nak hidup senang dan kaya perlulah berusaha kan.

Malah Warren Buffett, seorang pelabur terkenal yang bermula daripada kosong pun berkongsi mengenai kepentingan untuk buat duit walaupun sedang tidur. Apa yang kami bakal kongsikan adalah beberapa cara praktikal yang boleh digunapakai untuk buat duit sambal tidur.

1. Buat Laman Web

Anda sudah semestinya banyak habiskan masa di internet bukan? Daripada habiskan masa melayari laman web orang lain, apa kata anda bangunkan laman web sendiri; dan biar orang lain pula yang layari laman web anda. Tapi bagaimana nak bangunkan laman web? Dan laman web berkonsepkan apa pula nak dibangunkan?

Itu kenalah belajar kan…

 

2. Buat Video YouTube

Samada anda sedar atau tidak, YouTube telah berjaya mencipta ramai jutawan. Anak-anak kecil pun cukup suka menonton video di YouTube, apatah lagi orang dewasa macam kita. Konsepnya sama saja, semakin ramai yang menonton video YouTube anda; lebih banyak dapat buat duit sambil tidur.

3. Melabur Dalam Pasaran Saham

Pasaran saham Bursa Malaysia adalah merupakan lubuk saham yang tidak diketahui ramai. Tapi dengan adanya seminar pelaburan saham di serata Malaysia, masyarakat mula celik dan memulakan langkah untuk melabur dalam saham. Kalau selama ini kita sudah terbiasa dengan dividen sebanyak 6-8% setahun yang diberikan Amanah Saham Bumiputera, pulangan 6-8% sebulan adalah tidak mustahil dalam pasaran saham.

Tak percaya? Rajin-rajinlah baca artikel yang kami sediakan untuk membuka mata tentang pelaburan saham yang sah dan patuh syariah di Bursa Malaysia:

4. Jual Barang Online

Trend online shopping semakin mendapat tempat di Malaysia, dengan adanya laman web seperti Lazada, 11Street, Lelong, Mudah, Carousell dan sebagainya. Cakap je nak apa, mesti jumpa punya. Daripada anda menjadi seorang pembeli, apa kata anda menjadi seorang penjual online pula.

5. Berniaga Vending Machine

Anda biasa nampak mesin jual air? Jika anda dapat cari lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai, pastinya ianya sangat menguntungkan. Selain daripada air kosong, ada juga mesin jual air tin, jual keropok dan sebagainya. Dan untuk pengetahuan, di negara maju seperti Jepun – nak beli apa pun boleh menerusi vending machine ini. Cuma pilih apa yang anda nak, bayar melalui telefon, dan ianya akan dihantar terus ke pintu rumah anda.

Bilalah agaknya Malaysia nak buat macam ni kan?

6. Buat Aplikasi Mobile

Rakyat Malaysia merupakan di antara pengguna telefon pintar tertinggi di dunia. Dah ada telefon pintar, mestilah guna banyak apps. Facebook, WhatsApp, Telegram, Angry Birds, Clash of Clans dan sebagainya. Dan kebanyakan daripada aplikasi ini adalah percuma. Tetapi kalau anda perasan, selang beberapa ketika anda pasti disajikan dengan iklan. Kalau anda minat, anda akan klik iklan tersebut; kalau tak minat anda pasti akan tekang butang ‘X’.

Melalui pengiklanan inilah boleh buat duit sambil tidur. Lagi ramai orang download, installdan guna aplikasi anda; lagi banyak iklan akan disiarkan; lagi banyak duit anda akan dapat.

7. Tampal Iklan Dekat Kereta

Biasa nampak iklan di bas-bas komersial, teksi dan juga di kereta Grab dan Uber je kan? Tapi tahu tak kereta peribadi anda pun boleh digunakan untuk buat duit menerusi pengiklanan. Salah satu contoh penyedia perkhidmatan ini adalah Moola. Sambil anda memandu, sambil itu anda akan dibayar. Tahu-tahu je hujung bulan duit masuk.

8. Sewakan Bilik

Anda beli rumah 3 bilik tapi duduk bersendirian? Atau sememangnya beli rumah untuk pelaburan? Daripada menyewa rumah dengan harga RM700 sebulan, lebih baik sekiranya sewakan kepada 3 orang dengan harga RM300 sebilik. Master Bedroom biasanya boleh sewa mahal sikit, RM400 ke. Jadi dapatlah RM1,000 sebulan untuk 3 bilik.

Atau boleh juga buat sewa dengan Airbnb . Bayangkan anda sewa hotel guna online, tetapi kali ini orang ramai boleh sewa rumah/bilik anda guna online juga. Kini anda buat duit sambil orang lain tidur di rumah anda pula.

9. Setelkan Semua Hutang

Eh, apa kena mengena langsaikan hutang dengan buat duit sambal tidur? Jawapan mudahnya. Sekiranya anda berhutang, sudah pasti ianya datang dengan faedah. Dan faedah ini yang membebankan sebenarnya. Jadi pastikan anda melangsaikan semua hutang anda terlebih dahulu, supaya tidak rugi setiap bulan. Malah ada bank yang akan reward pelanggan yang bayar hutang dengan segera.

Cara ini dianggap lain daripada yang lain, tetapi masih merupakan cara untuk buat duit sambal tidur.

Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja, yang penting kita kena usaha dan adakalanya kita perlu menjadi kreatif. Yang penting, kini anda dah tahu kan cara-cara nak buat duit sambil tidur ni.

Sumber : MajalahLabur via 101viral

Sumber: Soya Lemon

Published by
Ruziana Zainal