9 Fakta Tentang Kesihatan Lelaki Yang Harus Diberi Perhatian, Sila ‘Alert’ Guys!

Share

Kesihatan merupakan perkara yang utama dalam kehidupan ini. Yelah kalau tak sihat macam mana kita boleh melakukan dan melaksanakan tanggungjawap yang perlu digalas sebagai seorang insan di dunia ni. Mengambil berat dalam menjaga kesihatan bukan sahaja untuk kelihatan kacak dan maskulin, tetapi juga untuk menjamin keadaan kita pada masa hadapan kelak.

Mari kita lihat 10  fakta tentang kesihatan yang perlu kita ambil peduli.

1. Tidak ramai yang tahu bahawa aktiviti seksual bagi suami isteri sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan. Terdapat kajian yang menyatakan lelaki yang mengadakan hubungan seksual dua kali atau lebih dalam seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Pakar sexologist Patti Brittom mengatakan bahawa seks dapat membakar kalori walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi satu- satu sesi. 

2. Lelaki cenderung untuk menghidapi obesiti kerana corak pemakanan mereka yang tidak teratur. Mereka tidak secerewet wanita dalam memilih makanan oleh itu lebih cenderung untuk makan apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mereka. Malah lelaki akan memberi alasan menggunakan tenaga yang banyak jadi mereka harus makan dengan lebih banyak untuk memastikan mereka kekal bertenaga.

3. Kebanyakan lelaki mungkin terlibat dalam beberapa amalan yang kurang sihat seperti merokok dan pengambilan minuman beralkohol. Kedua amalan ini antara penyumbang terbesar dalam kemerosotan kesihatan lelaki. Amalan yang tidak sihat ini menjurus kepada sakit jantung dan darah tinggi yang boleh membawa kepada kematian.

4. Pengurusan emosi juga amat penting dalam kehidupan lelaki demi memastikan kesihatan anda sentiasa baik. Bersikap baran dan stress akan mengganggu emosi anda dan sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan. Bijak mengendalikan emosi dan sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan strok.

5. Gaya hidup sihat seperti bersenam membantu meningkatkan tahap kesihatan lelaki sama ada dari luar dan juga dalaman. Badan akan kelihatan ‘fit’ dan risiko untuk terkena penyakit juga dapat dikurangkan. Jika susah untuk anda meluangkan masa untuk bersenam, aktiviti mudah seperti menaiki tangga daripada lif, berjalan ke masjid atau menaiki basikal ke tempat kerja adalah satu bentuk senaman ringan.

6. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18. Ya memang benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.

7. Lelaki pun punya risiko hadapi kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.

8. Penis lelaki boleh patah. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.

9. ‘You are what you eat’. Apa yang dimakan menentukan tahap kesihatan seseorang. Oleh itu, para lelaki haruslah peka dan ambil tahu cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Tambahan pula punca penyakit sekarang banyak datan daripada perut.

 Ini adalah sangat penting kerana Rasulullah pernah bersabda:

 “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”

(Muttafaq Alaih)

Published by
Ruziana Zainal