DIA TIDAK CUBA MENGUBAH ANDA
Mungkin memang ada sesetengah perkara boleh diperbaiki dalam diri anda, maklumlah tiada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ini. Tetapi kalau si dia kerapkali mencuba mengubah anda menjadi Mr. Perfect di matanya dan menyebabkan anda tidak selesa, maka mungkin dia bukanlah calon sesuai untuk anda.
Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang atau membiar janggut tumbuh di dagu ataupun telah ‘tertambah’ sedikit berat badan, namun si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.
DIA YAKIN DENGAN TUBUH BADAN SENDIRI
Ramai wanita yang merungut mahu diet dan kuruskan badan seumpama seorang supermodel. Setiap kali tahun baru, mereka pun memasang azam untuk mengurangkan berat badan. Masuk tahun ini, mungkin sudah 8 tahun azam itu masih belum tercapai. Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan nasi saja setiap hari.
DIA SEORANG PENDENGAR SETIA
Kadangkala ada sesetengah orang perempuan lebih suka bercakap daripada mendengar. Asyik cerita pasal diri sendiri sahaja. Letihlah, penatlah, mengantuklah. Tak pernah tanya langsung pun pasal anda.
Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai ‘mengajar’ anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ini!
DIA SANGAT ‘CLICK’ DENGAN ANDA
Apabila anda bersembang dengannya, anda berdua sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Misalnya anda berkongsi pendapat yang sama tentang kepentingan pendidikan sivik dalam masyarakat dan pandangan mengenai adab perhubungan dengan orang lain.
Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.
DIA BERSIKAP TERBUKA TENTANG DIRINYA
Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.
Dia menceritakan segala-galanya kerana dia menginginkan anda menyayangi dirinya seadanya. Bukan ibarat muka berjerawat tetapi dilindungi oleh bedak setebal 4 inci. Itu dusta namanya. Jika dari awal perhubungan lagi si dia bersikap terbuka tentang setiap perkara, insyaAllah hubungan anda berdua boleh kekal lama.
ANDA SENTIASA TERHIBUR DAN SERONOK BERSAMANYA
Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, meme atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.
DIA TIDAK CLINGY DAN SIBUK NAK JADI BELANGKAS
Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.
DIA SUKA BERJUMPA AHLI KELUARGA DAN RAKAN ANDA
Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.
DIA TAK KUAT MEMBEBEL
Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter. Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ini, alangkah bahagianya hidup.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI