Perut Buncit Tu Seksi? Emmm…tidak semua berpendapat macam tu kot. Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten.
Ada fakta yang mengatakan bawah mengunyah gula-gula getah boleh buat seseorang jadi kurus. Sebaliknya kata pakar, mengunyah gula-gula getah boleh menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara sekaligus buat perut jadi kembung dan buncit. Bahkan, rata-rata produk gula-gula getah mengandungi pemanis buatan seperti sorbitol dan xylitol serta gula alkohol yang buat perut jadi buncit secara tidak langusng!
Kita sering mendengar pakar-pakar kesihatan berkata bahawa sayur itu baik untuk meningkatkan imunisasi badan serta menyumbang nutrien terbaik pada tubuh. Pada hakikatnya ada sesetengah sayur yang buat perut jadi buncit seperti bawang putih, jagung, brokoli, kubis bunga, bayam dan cedawan butang.
Perasan tak perut bayi selalunya buncit? Ini kerana mereka hanya minum susu dan apabila susu lama berada dalam perut, tidak mustahil ia bisa bertukar menjadi pepejal lalu membuatkan perut buncit. Oleh itu, sila kurangkan pengambilan produk tenusu okay?
Mulai dari hari ini, jadikan lemon sebagai teman rapat kamu! Lemon adalah diuretik semula jadi, jadi tambahkannya dalam minuman anda kerana ia bisa mempercepat proses mengempiskan perut!
Biar pun pisang tersenerai sebagai makanan yang boleh buat individu jadi mengantuk, tahukah anda bahawa pisang sebenarnya kaya dengan potassium, mampu bertindak mengawal keseimbangan cecair bagi meratakan perut buncit!
Bila tengah lapar, agak sukar kita untuk mengawal etika mengunyah makanan. Nabi juga menasihatkan kita untuk menguyah makanan sebanyak 40 kali untuk setiap suapan agar makanan tersebut mudah dicerna dan perut akan berasa cepat kenyang. Jika tak mahu perut buncit, kunyahlah makanan secara perlahan untuk elak tertelan lebih banyak udara. Makanan yang terlalu cepat ditelan akan menyebabkan perut kembung dipenuhi gas. Pastikan juga mulut ditutup rapat ketika menguyah!
Tembikai susu mengandungi kandungan diuretik yang melawan pengekalan air manakala nanas dan betik mengandungi enzim yang membantu pencernaan dan memecahkan protein yang biasanya menyebabkan kembung.
Meskipun ramai yang sukakan kopi berbanding teh, kopi yang lebih tinggi mengandungi kafein sebenarnya akan menyebabkan tubuh kering (dehidrasi) lalu akan buatkan anda berasa cepat lapar untuk menggalak pengambilan kalori. Hati-hati si peminat kopi!
Berhenti minum ais mungkin tak akan buat anda kurus tapi ia mampu mengempiskan perut. Tak percaya cuba! Ini kerana minum minuman berais selepas makan akan melambatkan proses pencernaan seterusnya buatkan penampilan perut menjadi buncit untuk jangka masa yang lama.
Selamat beramal!
Sumber: Wanista