Kini cara nak simpan duit ke akaun Tabung Haji dah semakin mudah. Anda tak perlu lagi pergi ke Tabung Haji, beratur dan menunggu lama semata-mata nak menyimpan atau mengeluarkan duit.

Segalanya cukup mudah kerana anda boleh menyimpan dan mengeluarkan duit hanya di hujung jari sahaja. Dengan menggunakan transfer duit terus dari bank secara online, anda kini boleh menjimatkan masa.

Cara mudah nak transfer duit dari Maybank2u ke akaun Tabung Haji dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor di laman Facebooknya. Jadi selepas ini, buat anda pemegang akaun Maybank bolehlah menggunakan cara mudah ini.

Ikut Je 9 Cara Paling Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji. Wajib Buat Untuk Tabung Simpanan Masa Depan.

Ramai juga yang gelisah sampai terpaksa PM Lia tanya cara macam mana kalau tak ada CIMB, tapi ada Maybank je dan nak transfer ke Tabung Haji. Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu info ini, membuatkan Lia risau sangat kalau kita tak pandai nak uruskan simpanan duit kita dengan baik ke Tabung Haji!

Sebenarnya sangat mudah! Ada 9 langkah je supaya duit anda selamat dipindahkan terus ke akaun Tabung Haji. Tapi sebelum itu, bagi anda yang pertama kali nak buat transfer macam ini, perkara pertama anda perlu buat ialah pergi ke ATM Maybank dan bawa sekali buku akaun Tabung Haji anda tu ye.

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!
Masa nak daftar akaun tabung haji di mesin ATM wajib bawa dua benda ni tau.

1. Masukkan kad ATM Maybank anda ke mesin ATM Maybank.

2. Pergi ke menu TABUNG HAJI (TH).

3. Tekan “Daftar Akaun TH ke ATM Kad”.

4. Masukkan nombor akaun TH anda. (Nombor akaun tengok di buku akaun TH ya).

5. Siap!

IKLAN

Lepas dah siap daftar akaun TH di mesin ATM, kemudian apa yang perlu anda lakukan ialah terus login ke akaun Maybank2u.

Dah login? Nah buka gambar di bawah ini satu per satu tau.

Lepas dah settle daftar di Mesin ATM, terus login Maybank2u anda.

1. Click pada menu “Accounts & Banking”

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

2. Click menu “Transfers”

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

IKLAN

3. Click menu “Tabung Haji”

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

4. Click “Maybank to TH Own Account Transfer”

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

Nota : Nak check berapa balance akaun Tabung Haji pon boleh tau. Click “Balance Inquiry” dan anda boleh check berapa baki dalam akaun TH anda. Senang dan mudah je kan boleh terus tengok baki dari handphone canggih anda tu je. Hehe!

5. Dekat sini masukkan berapa amount anda nak transfer ke akaun Tabung Haji.

IKLAN

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

6. Contoh Lia letak RM100
7. Siap? Pergi ke “Continue”

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

8. Click “Request for TAC” dan masukkan nombor TAC ke dalam ruang TAC.
9. Siap? Laju-laju click “Confirm”

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

Wah! Syukur Alhamdulillah, nampaknya dah selesai lah transfer duit ke akaun Tabung Haji. Tahniah!

9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

Ajak kawan-kawan kelas, team business, keluarga anda atau sesiapa sahaja mulakan simpan duit di Tabung Haji. Mulakan je dari sekarang, InshaaAllah lama-lama anda akan SUKA SANGAT simpan duit ni. Sampaikan nak shopping barang pon fikir 2-3 kali. Eh!

Silakan #SHARE dengan bahagia. ?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI