Salah satu masalah besar dengan mana-mana telefon adalah jangka hayat baterinya. Semakin lama tempoh telefon itu digunakan, semakin cepat baterinya boleh habis.

Namun demikian, bagaimana untuk kita memastikan bateri telefon yang digunakan itu tak mudah rosak atau boleh bertahan lama?

Memetik beberapa portal berkait dengan telefon, terdapat 9 perkara asas yang perlu pengguna lakukan secara konsisten :

1. Cas semula kuasa dengan lebih kerap

Kita sering dimomokkan dengan mitos bahawa mengecas bateri hanya selepas bateri peranti habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul satu masa dulu, tapi tidak kini. Namun berbeza dengan hari ini.

Ia kerana bateri lithium-ion & lithium polymer yang digunakan oleh kebanyakan peranti hari ini tidak mempunyai efek memori. Maka anda tidak lagi perlu menunggu peranti kehabisan kuasa sepenuhnya untuk mengecas semula.

Waktu terbaik untuk mengecas semula ialah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.

2. Jangan cas peranti sepanjang masa

Mengecas peranti dengan terlalu lama tidak lagi menjadi masalah untuk peranti hari ini. Ia disebabkan peranti sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh.

Namun, ia tidak bermakna anda boleh terus menerus mengecas peranti tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri peranti untuk berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi.

Untuk keputusan yang terbaik, kekalkan bateri peranti pada tahap 40% hingga 80% untuk menjaga kesihatan bateri anda.

IKLAN

3. Tanggalkan sarung peranti ketika mengecas

Kebanyakan dari kita menggunakan sarung pelindung pada peranti demi menjaga peranti daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu.

Akan tetapi, semasa mengecas peranti, pastikan anda menanggalkan sarung tersebut daripada peranti. Ini bagi memastikan suhu bateri peranti tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.

4. Elakkan terdedah pada suhu tinggi atau terlalu rendah

Masih lagi berbincang mengenai suhu. Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan peranti terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah.

Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.

Bateri peranti juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan peranti semasa di luar bangunan.

IKLAN

5. Kosongkan kuasa bateri dari masa ke semasa

Walaupun anda dinasihatkan untuk tidak membiarkan peranti kehabisan kuasa sepenuhnya dengan kerap, ia perlu juga dilakukan dari masa ke semasa. Ia bertujuan untuk ‘menyegarkan’ kembali bateri peranti.

Anda dinasihatkan untuk mengosongkan bateri peranti sekurang-kurangnya sekali untuk setiap tiga bulan. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat melakukannya untuk sebulan sekali.

Untuk keputusan terbaik, pastikan jarak masa antara setiap pengosongan kuasa itu adalah sama. Dalam kata mudah, jika anda mengosongkan bateri buat kali pertama selepas 30 hari, maka pengosongan bateri yang kedua juga perlu dilakukan 30 hari selepas itu.

6. Tanggalkan peranti apabila ia dicas sepenuhnya

Meninggalkan telefon dipasang apabila ia dicas sepenuhnya seperti pengguna cas telefon semasa tidur, tidak baik untuk bateri dalam jangka masa panjang.

Sebaik sahaja telefon pintar pengguna mencapai caj 100%, ia masih lagi akan mendapat aliran cas yang kecil untuk mengekalkan nilai 100%.

IKLAN

7. Gunakan charger yang original sahaja

Sebaiknya pengguna menggunakan charger yang datang sekali dengan telefon itu (original) kerana sudah pasti charger itu mengikut spesifikasi bateri telefon pengguna yang telah ditetapkan oleh smartphone manufacturer.

Atau sekurang-kurangnya gunakan charger 3rd party yang lebih mahal serta berjenama.

8. Elakkan fast charging

Banyak telefon baru yang keluar sekarang menyokong teknologi fast charging. Teknologi ini membolehkan pengguna cas bateri dari 0% ke 100% dalam masa yang singkat.

Ia memang bagus untuk menjimatkan masa, tetapi sebenarnya ia tidak bagus untuk bateri. Apabila fast charging aktif, bateri akan menerima voltage & current yang lebih tinggi dari biasa.

Ini akan menyebabkan suhu bateri cepat panas. Suhu yang terlampau tinggi tidak bagus untuk bateri smartphone & akan mengurangkan jangka hayat bateri dengan cepat.

9. Jauhi wireless charging

Wireless charging memang satu feature yang sangat berguna untuk smartphone, tetapi ia tidak berbaloi dibandingkan kesan buruknya.

Wireless charging induktif sering mengeluarkan haba yang tidak sepatutnya. Haba dari Wireless charger juga membuatkan bateri telefon panas. Seperti point yang belum ni aku katakan, haba adalah musuh utama bateri.

Sumber : Wiser.my & Mr. Fix

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI