9 Cara Kembangkan Kerjaya Dan Jadi Kaya, Bukan Hanya Tahu Mengeluh!

Share

 

  1. Tidak Berhenti Belajar

Dunia berubah sangat pantas, terutama dari segi teknologi dan cara. Pelbagai teknik yang digunakan dalam memajukan perniagaan dan kerjaya. Jika anda tidak mahu ketinggalan, sentiasalah mengikuti perkembangan semasa, tambahkan pengetahuan dan juga kemahiran anda.

 

 

  1. Tanya, Dengar Dan Belajar

Cuba dengar apa yang rakan sekerja anda cuba sampaikan tidak kira sama anda bos atau pekerja biasa. Dari situ pelbagai pengalaman boleh dikongsi. Tanya juga persoalan yang bermain di minda, dan dengar pula apa pendapat mereka. Beri peluang kepada mereka memberi tunjuk ajar serta cara dan kemudian anda beri penambahbaikkan. Percayalah, ramai rakan di pejabat anda yang sedia menjadi tutor secara percuma!

 

 

  1. Lakukan Terbaik

Tiada perkara yang datang dengan mudah. Jika anda lakukan kerja dengan penuh komitmen dan tanggungjawab maka inilah masa terbaik untuk memulakan karier yang baru pula. Terangkan kepada ketua apa yang mampu anda lakukan. Cadangkan penambahbaikkan. Hulurkan bantuan bila diperlukan. Sebagai balasan, anda telah memabntu membina kerjaya anda sendiri dan membuktikan yang anda sangat bernilai untuk syarikat.

 

 

  1. Bina Rangkaian

Tahukah anda lebih 50% dari semua sumber informasi kerja diperoleh daripada rangkaian kenalan? Jika anda mempunyai ramai kenalan dan prospek, ia juga sebagai satu ruang untuk melihat kerjaya masa hadapan anda, belajar perkara dan peluang baharu. Penting untuk anda sentiasa mewujudkan prospek baharu dan kenalan manakala maklumat yang sedia ada perlu dikekalkan. Sekali sekala tanya perkhabaran, apa yang mereka lakukan dan perkembangan terkini dalam karier masing-masing.

 

  1. Kenalpasti Kerjaya Sekarang

Jangan melakukan sebarang tugasan kerana hanya anda menyangka yang ia penting. Ini akan merugikan masa dan bakat anda.Apabila memulakan kerjaya baharu tanyakan akan halatuju atau kepentingan sesuatu perkara itu. Jika tidak pasti yang mana lebih penting tanya ketua anda. Nanti anda akan tahu perbezaan di antara sekadar menyangka dan apa yang lebih sepatutnya penting.

 

  1. Kenalpasti Kerjaya Seterusnya

Sebelum merancang  kerjaya seterusnya, pastikan anda mengenalpasti kerja idaman anda. Dalam kerjaya idaman, anda akan melakukan perkara yang anda suka dan bukan sebaliknya. Apakah kerjaya itu? adakah anda suka atau tidak menjadi ketua kepada pekerja lain?, adakah anda suka bekerja dengan teknologi atau individu?, adakah anda mahu menjalankan perniagaan sendiri?, adakah anda mahu menjadi pereka atau jurutera yang hebat? Atau mungkin menjadi pengurus? Sebelum membina kerjaya masa hadapan anda, perlu ada sasaran.

 

  1. Lakukan Persediaan

Jangan tunggu lagi. Kemaskini data anda dan sentiasa lakukan dari masa ke masa. Kerjaya impian hadir tanpa mengira masa. Jadi pastikan resume telah diisi dengan info dan pencapaian terkini. Jika anda tidak tahu cara menulis resume yang baik, belajar dari sekarang.

 

  1. Pilih Medium Tepat

Anda juga boleh membina kerjaya dengan menggunakan pelbagai medium. Mungkin juga dengan membeli buku dan bahan bacaan atau menghadiri kelas-kelas tambahan meningkatkan kemahiran. Ini juga akan memberi kelebihan dan nilai dalam resume

anda nanti. Tapi apa yang penting, kerjaya anda sekarang merupakan destinasi terbaik untuk anda mempelajari segala kemahiran yang diperlukan.

 

  1. Realisasikan Impian!

Sekadar bermimpi tanpa sebarang usaha pasti tidak akan membawa anda ke mana-mana. Lakukan langkah-langkah yang ideal dalam mencapai kerjaya impian anda. Jangan jadikan kerjaya kini sebagai ‘ruang menunggu’ kerana ia akan menjadi sibuk dari hari ke hari dan anda akan menemui jalan buntu. Ayuh! Jika anda ada semangat dan cara, realisasikan kerjaya impian anda sekarang!

 

 

Published by
Kim Rahim