Dunia berubah sangat pantas, terutama dari segi teknologi dan cara. Pelbagai teknik yang digunakan dalam memajukan perniagaan dan kerjaya. Jika anda tidak mahu ketinggalan, sentiasalah mengikuti perkembangan semasa, tambahkan pengetahuan dan juga kemahiran anda.
Tanya, Dengar Dan Belajar
Cuba dengar apa yang rakan sekerja anda cuba sampaikan tidak kira sama anda bos atau pekerja biasa. Dari situ pelbagai pengalaman boleh dikongsi. Tanya juga persoalan yang bermain di minda, dan dengar pula apa pendapat mereka. Beri peluang kepada mereka memberi tunjuk ajar serta cara dan kemudian anda beri penambahbaikkan. Percayalah, ramai rakan di pejabat anda yang sedia menjadi tutor secara percuma!
Lakukan Terbaik
Tiada perkara yang datang dengan mudah. Jika anda lakukan kerja dengan penuh komitmen dan tanggungjawab maka inilah masa terbaik untuk memulakan karier yang baru pula. Terangkan kepada ketua apa yang mampu anda lakukan. Cadangkan penambahbaikkan. Hulurkan bantuan bila diperlukan. Sebagai balasan, anda telah memabntu membina kerjaya anda sendiri dan membuktikan yang anda sangat bernilai untuk syarikat.
Ads
Bina Rangkaian
Tahukah anda lebih 50% dari semua sumber informasi kerja diperoleh daripada rangkaian kenalan? Jika anda mempunyai ramai kenalan dan prospek, ia juga sebagai satu ruang untuk melihat kerjaya masa hadapan anda, belajar perkara dan peluang baharu. Penting untuk anda sentiasa mewujudkan prospek baharu dan kenalan manakala maklumat yang sedia ada perlu dikekalkan. Sekali sekala tanya perkhabaran, apa yang mereka lakukan dan perkembangan terkini dalam karier masing-masing.
Ads
Kenalpasti Kerjaya Sekarang
Jangan melakukan sebarang tugasan kerana hanya anda menyangka yang ia penting. Ini akan merugikan masa dan bakat anda.Apabila memulakan kerjaya baharu tanyakan akan halatuju atau kepentingan sesuatu perkara itu. Jika tidak pasti yang mana lebih penting tanya ketua anda. Nanti anda akan tahu perbezaan di antara sekadar menyangka dan apa yang lebih sepatutnya penting.
Kenalpasti Kerjaya Seterusnya
Sebelum merancang kerjaya seterusnya, pastikan anda mengenalpasti kerja idaman anda. Dalam kerjaya idaman, anda akan melakukan perkara yang anda suka dan bukan sebaliknya. Apakah kerjaya itu? adakah anda suka atau tidak menjadi ketua kepada pekerja lain?, adakah anda suka bekerja dengan teknologi atau individu?, adakah anda mahu menjalankan perniagaan sendiri?, adakah anda mahu menjadi pereka atau jurutera yang hebat? Atau mungkin menjadi pengurus? Sebelum membina kerjaya masa hadapan anda, perlu ada sasaran.
Ads
Lakukan Persediaan
Jangan tunggu lagi. Kemaskini data anda dan sentiasa lakukan dari masa ke masa. Kerjaya impian hadir tanpa mengira masa. Jadi pastikan resume telah diisi dengan info dan pencapaian terkini. Jika anda tidak tahu cara menulis resume yang baik, belajar dari sekarang.
Pilih Medium Tepat
Anda juga boleh membina kerjaya dengan menggunakan pelbagai medium. Mungkin juga dengan membeli buku dan bahan bacaan atau menghadiri kelas-kelas tambahan meningkatkan kemahiran. Ini juga akan memberi kelebihan dan nilai dalam resume anda nanti. Tapi apa yang penting, kerjaya anda sekarang merupakan destinasi terbaik untuk anda mempelajari segala kemahiran yang diperlukan.
Realisasikan Impian!
Sekadar bermimpi tanpa sebarang usaha pasti tidak akan membawa anda ke mana-mana. Lakukan langkah-langkah yang ideal dalam mencapai kerjaya impian anda. Jangan jadikan kerjaya kini sebagai ‘ruang menunggu’ kerana ia akan menjadi sibuk dari hari ke hari dan anda akan menemui jalan buntu. Ayuh! Jika anda ada semangat dan cara, realisasikan kerjaya impian anda sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam era digital masa kini, media sosial telah menjadi platform utama bagi manusia untuk berinteraksi, berkongsi pandangan, dan mengekspresikan diri.
Antara ciri yang paling popular di platform ini adalah butang ‘Like’, yang membolehkan pengguna menunjukkan penghargaan atau persetujuan terhadap kandungan yang dipaparkan.
Hukum ‘Like’ Gambar Wanita Lain
Namun, apakah hukum menekan butang ‘Like’ pada gambar wanita lain tambahan lagi buat lelaki yang sudah berkahwin dan bergelar suami?
Tapi ramai suami yang tak tahu bahawa tindakan ini sebenarnya boleh mengundang dosa.
Ustaz Azhar Idrus memberikan penjelasan ini ketika ditanya dalam satu sesi soal jawab. Dia menjawab pertanyaan seorang isteri ‘Apa hukumnya suami ‘like’ gambar wanita tidak menutup aurat, sedangkan saya disuruh menutup aurat.’
“Jika suami itu ‘like’ gambar wanita tersebut kerana dia cantik dan mendedahkan aurat maka itu berdosa.
“Tapi jika suami ‘like’ gambar bukan kerana aurat yang terdedah sebaliknya kerana ucapan atau tulisan contohnya resipi yang dikongsi itu tidak mengapa. Ini kerana dia bukan ‘like’ sebab aurat tapi kerana resipi.
“Akan tetap jika tindakan suami ‘like’ gambar wanita lain mengundang perasaan cemburu oleh isterinya maka sebaiknya jangan ‘like’,” pesan Ustaz Azhar
Ini kerana katanya ia menyebabkan isteri berasa ragu, jika meragukan sebaiknya tinggalkan perkara itu.
Dalam tempoh beberapa hari ini suasana dan keadaan trafik di hampir kesemua lebuh raya utama di negara akan menjadi sangat sesak.
Ketibaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan akan menyaksikan bermula pada minggu ini kenderaanb akan berpusu-pusu keluar meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman.
Dengan cuti yang panjang pasti ramai yang akan ambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung. Bila jumlah kenderaan bertambah berkali-kali ganda di atas jalan raya kesesakan luar biasa pasti akan berlaku.
Dan dalam kesesakan ini kita sudah biasa melihat pemandu-pemandu yang mementingkan diri sendiri dan tak bertamadun melakukan kesalahan seperti menggunakan laluan kecemasan dan memotong barisan.
Jumlah kenderaan yang akan keluar dari bandar-bandar utama akan meningkat mendadak sepanjang musim perayaan ini.
Pastinya kita akan berasa sangat geram dengan sikap tak bertanggungjawab seperti ini. Jadi apa yang boleh anda lakukan?
Sebenarnya menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda sebagai pengguna jalan raya boleh membuat aduan kepada mereka. Tapi saluran manakah yang boleh kita sebagai pengguna jalan raya membuat aduan ini?
Anda boleh membuat aduan dengan menghangtar e-mel kepada aduantrafik@jpj.gov.my. Tapi perkara pertama ada perlu lakukan ialah maklumat berikut:
nyatakan secara ringkas laporan kesalahan yang ada saksikan
tarikh dan masa ia berlaku
lokasi kejadian
jenis kenderaan
nombor plat pendaftaraan yang melakukan kesalahan
foto atau video untuk dijadikan sebagai bukti
Jika anda lengkap mempunyai maklumat di atas janganlah ragu-ragu untuk terus e-mel kepada JPJ. Pihak JPJ akan membalas e-mel anda bahawa tindakan akan diambil dengan memanggil pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut untuk memberikan maklumat lanjut. Jika didapati bersalah saman akan dikeluarkan.
Antara kesalahan utama yang boleh anda laporkan ialah;
Salah guna lorong kecemasan
Mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat
Memotong barisan
Foto: BERNAMA
Dan tahukah anda tiga kesalahan yang dinyatakan di atas boleh disaman serta-merta RM300! Anda juga jangan teragak-agak membuat aduan jika adan kenderaan melanggar lamput isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Tapi janganlah pula anda merakamkan foto atau video sambil memandu. Itu sudah jadi satu kesalahan pula untuk anda yang memandu. Jika boleh minta penumpang lain ambilkan foto atau video.
Andai kata anda seorang diri, tunggu bila kenderaan berhenti dan rakamkan apa sahaja kesalahan yang anda saksikan.
Sama-sama kita menjadi netizen yang lebih peka dengan keselamatan jalan raya!
Sejak servis e-hailing atgau e-panggilan diperkenalkan di negara kita, MASKULIN dapati ramai golongan muda yang menjadikan platform ini sebagao sumber pendapatan sampingan dan utama.
Penggunaan khidmat e-panggilan seperti Grab dan MyCar menjadi semakin popular dan pilihan utama ramai pengguna terutamanya yang celik teknologi maklumat.
Sebelum ini mereka yang ingin menjadi pemandu perkhimatan ini perlu mendaftar dengan syarikat tersebut. Namun kini mereka harus mengikuti peraturan perlu mendapatkan lesen vokasional (PSV-Teksi/e-Hailing).
Bermula 1 April ini, semua pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-panggilan yang memenuhi syarat memohon Lesen PSV boleh mendaftar di Isntitut Mmenadu dan Pusat Latihan Memandu E-Hailing Operator (eHO) yang diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menerusi kenyataan media JPJ, modul latihan tersebut adalah selama 6 jam dengan adar yuran siling ditetapkan kerajaan sebanyak RM600. Pelaksaan ini melibatkan pemandu dan kenderaan yang digunakan untuk khidmat e-panggilan. Dengan itu pemandu perkhidmatan ini adalah setara dengan pemandu teksi.
Bagi anda yang kini bekerja sepenuh masa atau separuh masa memandu perkhidmatan seperti ini, sila ambil perhatian.
Untuk infio lanjut ikuti perkongsian JPJ Malaysia menerusi posting yang dilakukan di Facebook.
————————-
Kenyataan Media Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
PELAKSANAAN PERATURAN E-HAILING
JPJ Malaysia adalah ini memaklumkan bahawa pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan Teksi/e-hailing yang memenuhi syarat memohon Lesen Vokasional (PSV – Teksi/E-hailing) boleh mendaftar bermula 1 April 2019 di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu E-hailing Operator (eHO) yang diiktiraf oleh JPJ. Modul latihan Lesen Vokasional (PSV – Teksi/E- hailing) yang terlibat adalah selama 6 Jam dengan kadar yuran siling yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM200.00.
Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini. #DigitalisasiKeArahIntegriti #JPJMalaysia #SambutanHariJPJke73 #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ
Kemungkinan besar peraturan baru ini diperkenalkan oleh kerajaan bagi membentuk sebuah persekitaran yang lebih selamat kepada pengguna. Di samping itu juga ia juga boleh menjadikan pemandu lebih berhemah serta peka dengan pelbagai undang-undang membawa penumpang atau orang awam.
Bagaimana dengan pendapat anda? Adakah peraturan baru sedikit sebanyak menjejaskan rutin harian bagi yang melakukan servis seperti Grab secara sambilan atau separuh masa. Berkemungkinan besar juga jumlah pemandu akan sedikir menurun dalam tempoh terdekat.
Ia adalah satu perkara menarik untuk kita sama-sama saksikan nanti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.