Masalah sakit lutut boleh menyerang sesiapa sahaja. Di kalangan pakar orthopedik mengatakan, masalah sakit lutut tidak hanya berlaku pada golongan tua sahaja kerana orang muda juga boleh mengalaminya.

Bahkan tidak mustahil untuk golongan muda antara usia 17 hingga 30 tahun mengalami masalah sakit lutut ini sehingga ada juga yang terpaksa dibedah.

Antara penyebab masalah sakit lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan ataupun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau adanya ketumbuhan pada lutut.

BACA: Ketahui Punca & Rawatan Terbaik Untuk Elak Sakit Lutut Selepas Berlari!

9 cara elak sakit lutut

1. Elak berdiri tegak sepanjang masa. Sekali-sekala bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki untuk menyeimbangkan bebanan berat badan anda.

2. Pastikan kaki dan lutut berada dalam keadaan yang selesa setiap kali anda duduk. Ubah cara duduk dan baring sekiranya anda rasa tidak selesa ketika itu.

3. Letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur terlentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot ketika tidur.

IKLAN

9 Cara Elak Sakit Lutut, Jangan Ambil Mudah Sebab Orang Muda Pun Boleh Kena!

BACA: Cara Mudah Nak Kurangkan Sakit Lutut, Kaki & Pinggul Dengan 7 Latihan Efektif Ini!

4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya anda dapat melakukan tugas dengan selesa.

5. Elak berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit. Ubah posisi duduk atau baring anda sekali-sekala.

IKLAN

6. Sekiranya anda alami sakit lutut, jangan berjalan jauh kerana ia akan memburukkan lagi keadaan lutut anda.

7. Balut dengan bandage atau gunakan pembalut jenis sarung sekiranya lutut anda sakit. Cara ini dapat mengurangkan kesakitan pada otot dan tisu di sekitar lutut.

8. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang anda lakukan sekiranya sakit lutut. Ini bermaksud otot-otot lutut anda memerlukan rehat yang secukupnya daripada sebarang tekanan beban.

9. Tuamkan bahagian yang sakit dengan ais batu yang diletakkan dalam tuala untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Manakala tuam menggunakan air panas pula boleh mengurangkan ketegangan pada otot.

IKLAN

10. Pastikan anda mengawal berat badan dengan mengamalkan diet sihat kerana bebanan berat boleh memberi tekanan pada otot lutut.

9 Cara Elak Sakit Lutut, Jangan Ambil Mudah Sebab Orang Muda Pun Boleh Kena!

BACA: Coach Kholis Kongsi 3 Senaman Efektif, Sesuai Untuk Si Badan Besar Yang Sakit Lutut Cuba!

Lutut dan kaki tentu sekali akan berasa haus apabila digunakan pada kadar yang maksimum terutamanya sekiranya anda seorang atlet.

Ini kerana mereka bersenam dan berlatih dengan kerap sehingga menyebabkan ketegangan pada tisu dan otot kaki serta lutut. Jadi, jagalah kaki dan lutut anda dengan sebaik mungkin.

Cegah masalah sakit lutut sebelum melarat kerana anda memerlukannya dalam masa yang lama. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin mengambil suplemen yang bersesuaian untuk penjagaan kaki dan lutut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI