Masalah sakit lutut boleh menyerang sesiapa sahaja. Di kalangan pakar orthopedik mengatakan, masalah sakit lutut tidak hanya berlaku pada golongan tua sahaja kerana orang muda juga boleh mengalaminya.
Bahkan tidak mustahil untuk golongan muda antara usia 17 hingga 30 tahun mengalami masalah sakit lutut ini sehingga ada juga yang terpaksa dibedah.
Antara penyebab masalah sakit lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan ataupun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau adanya ketumbuhan pada lutut.
1. Elak berdiri tegak sepanjang masa. Sekali-sekala bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki untuk menyeimbangkan bebanan berat badan anda.
2. Pastikan kaki dan lutut berada dalam keadaan yang selesa setiap kali anda duduk. Ubah cara duduk dan baring sekiranya anda rasa tidak selesa ketika itu.
3. Letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur terlentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya anda dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elak berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit. Ubah posisi duduk atau baring anda sekali-sekala.
Ads
6. Sekiranya anda alami sakit lutut, jangan berjalan jauh kerana ia akan memburukkan lagi keadaan lutut anda.
7. Balut dengan bandage atau gunakan pembalut jenis sarung sekiranya lutut anda sakit. Cara ini dapat mengurangkan kesakitan pada otot dan tisu di sekitar lutut.
8. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang anda lakukan sekiranya sakit lutut. Ini bermaksud otot-otot lutut anda memerlukan rehat yang secukupnya daripada sebarang tekanan beban.
9. Tuamkan bahagian yang sakit dengan ais batu yang diletakkan dalam tuala untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Manakala tuam menggunakan air panas pula boleh mengurangkan ketegangan pada otot.
Ads
10. Pastikan anda mengawal berat badan dengan mengamalkan diet sihat kerana bebanan berat boleh memberi tekanan pada otot lutut.
Lutut dan kaki tentu sekali akan berasa haus apabila digunakan pada kadar yang maksimum terutamanya sekiranya anda seorang atlet.
Ini kerana mereka bersenam dan berlatih dengan kerap sehingga menyebabkan ketegangan pada tisu dan otot kaki serta lutut. Jadi, jagalah kaki dan lutut anda dengan sebaik mungkin.
Cegah masalah sakit lutut sebelum melarat kerana anda memerlukannya dalam masa yang lama. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin mengambil suplemen yang bersesuaian untuk penjagaan kaki dan lutut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan bekas atlit bina badan negara, Datuk Malek Noor yang dahulunya merupakan jaguh bina badan Asia heavyweight sebanyak 6 kali. Kini beliau akui masih lagi aktif ke pusat kecergasan dan menjaga pemakanan untuk kekal sihat. Jom kita lihat apa yang diamalkan oleh beliau untuk kekal sihat walaupun usia sudah menjangkau 63 tahun.
1.Banyakkan makan sayur-sayuran.
2. Ambil vitamin tambahan seperti Omega 3, Vitamin E, B-Complex untuk tenaga dan juga vitamin C.
3. Selain itu aktif bermain golf dan ke pusat kecergasan bagi menjaga stamina supaya tidak cepat letih ketika melakukan aktiviti harian.
Sumber : Astro Gempak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat kaki gym, ada satu bahagian yang sering kali dipinggirkan. Jadi tak hairanlah kita sering lihat abang-abang sado di luar sana memiliki bentuk badan yang sangat cantik.
Tapi bila tengok bahagian kaki… alahai kecilnya bagai tak ikut nisbah sesuai dengan bentuk badan. Ingat, do not skip your leg day!
Jangan hanya galak dan asyik nak bina otot di bahagian atas badan sahaja. Bahagian kaki juga perlu diberikan tumpuan sewajarnya.
Senaman kuatkan kaki ini terbukti dapat meningkatkan prestasi larian dan mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam. Masa yang paling sesuai untuk anda melakukan senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat, kerana ia penting untuk memanaskan otot.
1. CLOCK MOBILIZER
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan sebanyak lima kali bagi setiap kaki.
2. SINGLE LEG SQUAT
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat rata ke belakang.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kaki kanan tidak melepasi kaki kiri.
Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kiri.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki.
3. CURTSY LUNGE
Berdiri tegak dan kaki kanan diletakkan di belakang kaki kiri dalam keadaan selari.
Tangan diletakkan rapat ke dada.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan kaki kanan ditolak ke kiri.
Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
4. SINGLE LEG HIP HINGE
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke balakang dan pastikan ia selari dengan tubuh.
Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kanan.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
5. HOP-UP
Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-dua tangan diangkat ke belakang, manakala badan perlu direndahkan sedikit.
Lompat kehadapan menggunakan kaki kiri.
Pastikan anda imbangi badan.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain perempuan, lelaki juga perlu tahu waktu subur. Selalunya kita biasa dengar tentang info waktu kesuburan wanita. Tapi tak banyak pula orang mengambil tahu tentang waktu subur lelaki.
Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktu musim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.
Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya. Pada waktu siang dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Oleh itu, lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau “senang lekat”.
Pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri.
Untuk pasangan yang “susah lekat”, mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menarik untuk ketenangan minda. Suhu sejuk bilik ‘honeymoon’ akan menambahkan lagi kelebihan pada kesuburan anda.
Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk merancang kehamilan. Nak tahu sama ada sperma anda ada masalah atau tidak?
5 ciri-ciri sperma yang bermasalah:
1. Sperma terlampau pekat
2. Sperma berwarna coklat atau kemerahan (sperma yang sihat berwarna putih awan)
3. Sperma berwarna kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk
Sperma yang normal akan berbau seperti klorin. Jika sperma anda mengeluarkan bau busuk, kemungkinan adanya jangkitan. Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.
Do & don’t’s untuk kesuburan lelaki:
Gunakan seluar yang longgar dan elak seluar yang terlampau ketat.
Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi.
Kurangkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
Elakkan minuman beralkohol.
Jangan terlampau kerap makan daging merah.
Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan.
Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok.
Kurangkan stres terlampau yang boleh menjejaskan hormon anda.
Dapatkan berat badan yang ideal.
Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang.
Amalkan makanan tambahan atau suplemen yang selamat untuk kesihatan batin & hormon testosteron.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.