Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan kaki dan lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah kaki dan lutut tidak hanya berlaku pada golongan orang tua sahaja.
Malah kebanyakan orang muda malah remaja kini juga turut tidak ketinggalan dari mengalami masalah yang sama. Malah jika anda berada di hospital ketika ini hampir 50% daripada mereka yang mengalami masalah lutut adalah daripada mereka yang berusia 17 – 30 dan ada yang terpaksa dibedah.
Antara penyebab masalah pada kaki dan lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan ataupun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan di lutut.
JOm lihat perkara yang perlu kamu lakukan atau elakkan :
- Elakkan berdiri tegak sepanjang masa. Sekali sekala anda harus juga bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki untuk menyeimbangkan bebanan berat badan anda.
- Pastikan kaki dan lutut anda berada dalam keadaan yang selesa setiap kali anda duduk. Ubah cara duduk dan baring anda jika berasa tidak selesa ketika itu.
- Letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur terlentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot ketika tidur.
- Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
- Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih dari 30 minit. Ubah posisi duduk atau baring anda itu sekali sekala.
- Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh ia akan ia akan memburukkan lagi keadaan.
- Hadkan perjalanan anda dan tunggu sehingga anda benar-benar sembuh.
- Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa sakit. Ini bermaksud otot-otot kaki anda memerlukan rehat yang secukupnya dari sebarang tekanan beban.
- Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.
Lutut dan kaki kita ini tentu sekali akan berasa haus juga nanti apabila digunakan pada kadar yang maksima terutamanya bagi atlet. Mereka bersenam dan berlatih dengan kerap dan menyebabkan ketegangan pada tisu dan otot-otot kaki. Jadi, jagalah kaki dan lutut anda sebaik mungkin.
Cegah ia sebelum melarat kerana anda bakal menggunakannya buat masa yang lama. Dapatkan suplemen yang bersesuaian untuk penjagaan kaki dan lutut yang lebih optimum. Ada juga alternatif semulajadi untuk penjagaan lutut dan kaki jadi tak salah jika anda mulai mengambilnya sekarang.