Hari ini sudah masuk hari raya yang keenam atau 6 Syawal. Rata-rata anak perantauan yang pulang ke kampung untuk beraya sudah pulang ke kota bagi meneruskan kehidupan masing-masing.

Segala penat lelah serta kesesakan jalan raya yang dialami bagaikan tidak dirasa bila mengenangkan kegembiraan yang terpancar di wajah kedua ibu bapa tersayang meraikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Bagi warga kota pula, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi belum berkakhir. MASKULIN jangkakan bermula pada hujung minggu ini ramai yang akan ambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka.

Pastinya anda juga tidak terkecuali menerima jemputan. Namun di sebalik kemeriahan kunjung-mengunjung mengeratkan silatulrahim kita semua harus peka dengan beberapa adab ketika menghadiri majlis rumah terbuka. Tidak kiralah sama ada ia sebuah majlis besar atau kecil.

Niat yang baik

Salah satu cara mengeratkan hubungan dan hidup bermasyarakat ialabh saling kunjung-mengjungi terutama pada bulan Syawal. Jadi jauhkan niat yang tidak baik ketika hadir ke majlis rumah terbuka seperti nak menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai. Nak bergaya tak salah cuma jangnlah timbul rasa riak dan bongkak.

Ads

9 Adab Bila Anda & Keluarga Ke Rumah Terbuka, Antaranya Jangan ‘Membawang’!

BACA: Rakyat Malaysia Hadapi Sindrom Poket Kosong Selepas Raya Kelima?

Patuhi Masa

Setiap orang mempungyai masa yang sangat berharga. Kerana ia memang tak boleh dikembalikan. Jadi untuk hormati tuan rumah, hadirlah pada waktu yang ditetapkan. Anda perlu bertimbang rasa dan jangan pula tiba apabila tuan rumah sudah siap mengemas. Atau tiba lewat malam. Menyusahkan tuan rumah pula.

Ads

Pakaian sopan

Walaupun adan sebagai seorang lelaki tapi pakailah pakaian yang sesuai dengan majlis. Jangan pula anda memakai seluar pendek atau berseluar jean koyak sana sini. Sekurang-kurangnya pakailah pakaian yang sedap mata memandang.

9 Adab Bila Anda & Keluarga Ke Rumah Terbuka, Antaranya Jangan ‘Membawang’!

Hormat tuan rumah

Bila sampai di rumah terbuka jangalah pula anda terus terjah makanan. Berjumpalah tuan rumah dan bersalaman dahulu dengan mereka. Bila sampai beri salam dan bertanya khabar yang sepatutnya. Begitu juga bila nak pulang, jangan terus ghaib sahaja. Beritahulah tuan rumah dan minta izin untuk pulang.

Ads

Adab Makan

Ya, setiap rumah terbuka pastinya akan menyajikan pelbagai juadah makanan enak yang tak selalu kita jumpa. Namun janghalah anda jadi pelahap seperti hilang kewarasan. Berpada-padalah bila makan dan jangan ambil berlebihan. Jika tak cukup boleh tambah nanti. Ingat bukan anda seorang sahaja tetamu tuan rumah ya.

9 Adab Bila Anda & Keluarga Ke Rumah Terbuka, Antaranya Jangan ‘Membawang’!

Jangan terlalu lama

Bila ke rumah terbuka pastinya pelbagai topik perbualan akan muncul. Namun janganlah anda terlalu leka dan duduk terlalu lama. Tuan rumah juga perlu melayan tetamu yang lain.

Dilarang ‘membawang’

Bila pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.

Utamakan Solat

Walapun sibuk dan terpaksa meredah kesesakan jalan raya demi menghadiri rumah terbuka, namun janganlah sesekali anda lalai untuk menunaikan solat. Singgahlah terlebih dahulu di masjid atau surau bila masuk waktu. Ingatlah bahawa solat itu lebih penting dari semua rumah terbuka yang anda ingin hadiri.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI