Punggung sangat sensitif terhadap ketegangan otot akibat tekanan. Dalam keadaan lemah dan kaku, otot punggung mengalami kekejangan. Keadaan ini menyebabkan aliran darah yang mengangkut oksigen menjadi pelahan sehingga otot kekurangan oksigen. Akibatnya, penderita mengalami rasa nyeri (sakit) yang semakin parah jika tidak dirawat.
2-Postur tubuh tidak seimbang
Masalah postur tubuh yang kurang tepat atau tidak seimbang menyebabkan lengkung tulang belakang tidak berada dalam satu garis lurus sehingga mudah cedera. Kelainan akibat postur tubuh yang tidak seimbang boleh menyebabkan tulang belakang terlalu melengkung ke depan atau ke belakang.
Ads
3-Kurang bersenam
80 peratus rasa sakit pada tulang punggung disebabkan kelenturan (tonus) otot tidak baik atau kurangnya bersenam. Otot yang lemah terutama pada daerah perut tidak mampu menyokong punggung secara maksimal.
4-Kecederaan dan ketegangan otot
Gerakan memutar, membongkok atau mengangkat beban berat yang tidak dilakukan secara betul akan mengakibatkan ketegangan pada otot atau terjadinya kecederana ligament. Hal yang sama juga boleh berlaku akibat gerakan secara mengejut ketika bersenam. Contohnya ketika bertukar arah.
Ads
CARA ATASI
1-Berlajarlah untuk bersikap bertenang dan jauhi utin yang boleh membuatkan anda berasa tertekan.
2-Pelajari cara yang betul untuk mengangkat beban, berdiri, duduk dan baring.
3-Dengan melakukan senaman secara teratur dapat meningkatkan kelenturan otot-otot serta sendi punggung.
Ads
4-Anda disarankan untuk menjalani gaya hidup sihat dengan belajar mengatasi tekanan serta menjaga berat badan agar seimbang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sedia maklum lelaki jarang melakukan pemeriksaan kesihatan. Hanya akan melakukan pemeriksaan kesihatan apabila ingin masuk kerja atau untuk tujuan tertentu. Apakah pemeriksaan yang akan diterima lelaki apabila mereka ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ini? Berbanding dengan wanita , lelaki lebih kurang prihatin untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan. Kita tahu wanita melakukan pemeriksaan mammogram dan pap smear untuk mencegah kanser payu dara serta kanser pangkal serviks. Berikut adalah cadangan pemeriksaan kesihatan untuk lelaki :
Lelaki berumur sehingga 20 tahun
1- Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau setiap tahun jika mempunyai masalah penglihatan
3-Tekanan darah diperiksa setiap 2 tahun setengah.
4-Pemeriksaan penuh darah untuk buah pinggang , fungsi hati , darah , kencing manis , kolesterol , pemeriksaan urin ,
Lelaki berumur 20-50 tahun
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan atau yang di syorkan oleh doktor gigi
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau tahunan jika mempunyai masalah mata
3-Pemeriksaan fizikal setiap 3 tahun atau yang dicadangkan oleh doktor merawat.
4-Pemeriksaan darah tinggi setiap 2 tahun setengah atau setiap tahun jika anda mempunyai faktor risiko darah tinggi
5-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun
6-Pemeriksaan kolon dan rectal selepas berumur 40 tahun
7-Pemeriksaan prostat selepas berumur 45 tahun
8- Pemeriksaan penuh darah .
Lelaki berumur 50 tahun ke atas
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan darah tinggi setiap tahun
3-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun jika normal atau atas nasihat doktor merawat
4-Pemeriksaan penuh darah
5-Pemerisaan kolon dan prostat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula dengan memuat naik kandungan di laman YouTube, Syahmi Sazli kini melebarkan kariernya sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit dan pengarah menerusi filem ‘Mael Totey The Movie’. Dengan jumlah tontonan yang luar biasa tinggi di YouTube, Syahmi mencuba nasib pula menerbitkan filem dengan tayangan di Astro First. Ternyata penangan karyawan muda dari Kelantan ini cukup berbisa.
‘Mael Totey The Movie’ merupakan filem pertama Syahmi Sazli yang kini telah meraih sebanyak RM2.56 juta. Angka luar biasa itu berjaya dikutip dalam tempoh empat hari tayangan sahaja sejak mula ditayangkan pada 22 Oktober lalu menerusi pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk rekod, angka tersebut mencatat sebagai kutipan paling tinggi pernah dicatatkan di platform Astro First (first run film) dan sekali gus memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.
‘Mael Totey The Movie’ mengangkat genre drama komedi dan mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
PLATFORM TERBAIK
Penangan hebat filem ini membariskan Syahmi Sazli sendiri bersama pelakon setianya yang sentiasa muncul di YouTube iaitu Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.
“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton, peminat, pengikut kami serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang memberi sokongan padu pada filem ini.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih buat pihak Astro serta radio ERA, SINAR, ZAYAN dan terutamanya radio GEGAR yang banyak membantu dan memberi sokongan dari fasa produksi sehingga fasa promosi sekarang ini.
“Tidak dilupakan buat rakan media yang tidak putus-putus menghebahkan karya-karya saya selama ini. Saya tidak menyangka filem arahan pertama saya akan mendapat sambutan luar biasa. Fenomena yang tercetus ini memberi semangat baharu buat saya untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik,” jelas penerbit dan pengarah Filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli.
‘GAME CHANGER’
Bagi pihak Astro Shaw & Nusantara, pihak mereka sentiasa komited untuk membuka ruang dan menyediakan platform kepada pengkarya tempatan untuk menayangkan hasil kerja mereka kepada penonton.
Jelas Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina berkata inisiatif ini dilihat mampu memberi jalan positif untuk pengkarya menjana semual ekonomi dalam industri hiburan dalam tempoh sekarang.
“Sesuatu yang agak istimewa tentang Mael Totey The Movie, ia merupakan hasil filem pertama produksi dan arahan bakat kreatif, Syahmi Sazli dan kejayaan ini telah menambahkan lagi sinar harapan baru buat industri perfileman tempatan yang terjejas akibat Covid-19.
“Disamping itu, kejayaan ini juga secara tidak langsung telah melahirkan bakat baru dan menjadi game changer di dalam industri di mana seorang Youtuber berusaha memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi.
“Sokongan positif diberikan oleh para penonton mendorong pihak kami untuk membawakan lebih banyak filem yang dilihat berpotensi sebagai karya terbaik dan menepati cita rasa penonton.”
Tahniah buat Syahmi Sazli dan pasukan produksinya. Sedikit sebanyak ia memberikan inspirasi kepada pembikin kandungan terutamanya menerusi YouTube untuk terus maju.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah. Semoga penangan content MASKULIN juga mampu buat anda terinpirasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda tidak akan boleh menarik perhatian si dia hanya dengan mengingati untuk memberus gigi. Apa yang benar-benar penting bagi mereka adalah impresi pertama apabila mereka melihat anda.
Apa yang menarik perhatian mereka berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Di sini ada 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.
1. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
3. Bulu Leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda.
Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku Jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian Dan Pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian keluaran Dove dan Aveeno.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.